🎶 CHAPTER 26 🎶
Chapter 26
"Kenapa diam?"tanya Ares sewaktu mereka berdua jalan merentasi laluan hutan itu untuk keluar memandangkan waktu sudahpun lewat.
Liana waktu itu tunduk memandang kakinya. Menyepak ranting kering yang dilewati kerana sedang memikirkan sesuatu sejak tadi. Tapi tidak tahu bagaimana hendak mengatakannya secara terang kepada lelaki di sebelahnya.
Kalau dia cakap terang-terang takut terasa hati pulak Guitar Boy dia ni.
Kalau dia tak cakap terang-terang, dia jugak yang tertanya-tanya.
Merunsingkan!
Tiba-tiba Ares mencapai tangan Liana lalu menggengam ia dengan erat. Menarik Liana supaya berdiri dekat padanya apabila gadis itu kelihatannya tidak pandang-pandang ke tika berjalan. Hampir saja hendak melanggar pokok di tepi waktu itu.
"Lia?"
Dengan nafas tertahan dan gugupnya, Liana mengangkat kepalanya. Buatkan dia bertentang mata dengan renungan dalam itu.
"Apa dia?"
"Kau termenung...kenapa ni?Ada apa-apa lagi yang kau nak beritahu aku ke?"
"Saya cuma terfikir.."geleng Liana dengan senyuman nipis di bibir.
Hujung bibir Ares terjungkit kecil saat dia pandang Liana di sebelahnya. "Mind to share?"
"Hari tu masa kita selinap keluar dari kawasan ni, tentera yang mengawal pintu gerbang tu lepaskan kita macam tu aje tanpa soal...memangnya apa awak dah buat masa tu?"
Terdiam Ares kerananya. Anak matanya beralih serta merta. Dia teragak-agak saat cuba membalas renungan Liana. Tiba-tiba jadi tidak senang.
"Kemudian..hari tu awak dapat selinap masuk akademi begitu aje... tanya saya tentang kecederaan saya..dan nak tahu nama orang yang terlibat...tak sampai beberapa hari kemudian berita tentang Miley ditahan dalam penjara sampai..Lana dapat balik duit kemenangan dia...lepas saya beritahu awak.."tambah Liana lagi.
Makin terdiam la Ares dibuatnya. Lelaki tu pandang kanan dan kiri keresahan. Bukan ini yang dia expect!
"Semalam saya diberitahu mengenai pertandingan yang dianjurkan oleh Istana Utama, iaitu Muse Diraja..senarai lagu yang diberi pun adalah senarai lagu yang saya selalu saya mainkan untuk awak dan pernah beritahu awak ianya adalah lagu kegemaran saya..tiba-tiba aje ia disenaraikan sebagai lagu yang perlu dipertandingkan..."Terus Liana berdiri menghadap Ares. Dia pandang dengan kening mencerun. "Adakah awak ada kaitan dengan semua ni?"
Bila Liana berdiri di depannya begitu, Ares terpaksa berhenti mendadak. Dia balas tatapan serius Liana itu dengan senyuman di bibir. "Kemudian?"
"Dan hari ni..sekali lagi awak hantar nota tepat di depan pintu bilik asrama saya?Macam mana awak lakukannya?"
"So?"Ares balas dengan jungkitan bahu.
Liana melentokkan kepalanya ke tepi bila riak wajah Ares begitu tenang dan bersahaja. Adakah lelaki ini tidak dengar apa yang dia tanyakan tadi? "Yalah..saya tanya awak kan...adakah awak ada kaitan dengan semua tu?"
"Kalau aku kata ya?Kau nak buat apa?" Ares menyeluk tangannya ke dalam poket seluar. Memandang senang akan wajah bersih Liana yang sepadan dengan potongan rambut pendek paras lehernya. Fringed degil yang mengenai kening dan mata gadis itu sering buatkan dia ingin menyentuhnya.
"Jadi betul la?Awak yang lakukan semua tu?"tapi macam mana?Mata Liana terkebil-kebil laju kerana berasa bingung akan lelaki di depannya ini. Dari awal kenal sehingga sekarang, Guitar Boy tidak pernah gagal menyembunyikan emosi di wajah tu. Buatkan Liana tidak dapat pastikan sama ada lelaki tu jujur atau tidak setiap kali mereka berbual.
"Doesn't it obvious?"senyum Ares penuh misteri. Tiada sedikit pun reaksi risau atau gugup di wajahnya.
"Siapa awak sebenarnya ni?"perlahan Liana bertanya tanpa mengalihkan tenungannya.
Ares ketawa kecil saat tunduk memandang ke bawah seketika, "Haih susah betul la kalau dapat orang cepat tangkap macam Liana ni, nak mengelat pun tak dapat."detik hatinya. Dia kembali memandang Liana tidak lama lepas tu.
Liana tunggu dengan sabar di situ apabila mereka saling bertentangan mata.
Dia tidak pasti adakah patut dia beritahu siapa dirinya yang sebenar sekarang atau kemudian saja. Risau pulak dia kalau Liana lari atau jauhkan diri dari dia nanti lepas tahu nanti. Yalah, dia faham sikap Liana ni bagaimana. Jadi ianya buatkan dia teragak-agak hendak jujur. "Jangan risau...aku bukan seseorang yang merbahaya."beritahu Ares saat selak anak rambut Liana ke belakang telinga sebelum mengusap rambut pula. "Yang penting kau tahu, bahawa kau bersama dengan aku sekarang. Okay?"
Waktu itu Liana dapat rasakan bulu roma meremang tegak, jantungnya berdegup laju bagaikan nak gila apabila tangan itu naik mengusap kepalanya. Bukan kerana sentuhan tu, tapi kerana bahasa gerak badan yang ditunjukkan.
Nampak macam mesra kan, sedangkan waktu itu, naluri Liana merasa seakan dia diberi amaran secara indirect dengan Guitar Boy. Lelaki tu suka cakap secara bertapis dan berselirat tau. Dengar macam biasa, tapi kata-katanya boleh berubah jadi sinis. sindiran, carutan atau ejekan tanpa sedar.
"Okay.."angguk Liana perlahan tidak lagi meneruskan perbualan mereka. Apa yang pasti dia tahu bahawa Guitar Boy dia ini mungkin seseorang berpengaruh dan boleh lakukan sesuatu tanpa dihukum atau terlibat dalam masalah.
"Good..jom kita sambung jalan. Lambat-lambat nanti hutan gelap..."ajak Ares semula memegang belakang badan Liana.
Dalam diam Liana pandang tepi muka itu. Dia cuba hendak faham tapi semakin dia cuba semakin misteri dibuatnya.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...