📜Faham📜

593 82 0
                                    

🎶 CHAPTER 51 🎶


Dengan renungan dinginnya Liana pandang akan gadis yang sedang bersilang tangan di dada atas kerusi biasa dia duduk jalani latihan. Banyak-banyak masa kenapa si bratty ni ke studio dia?

         "Hai Lia...."Puteri Aria bermain dengan helaian note musik di atas note stand music depannya.

         Mata Liana dengan berhati-hati mengerling helaian kertas yang ada di tangan Puteri Aria. "Apa yang tuan puteri mahukan dari saya?"tanya dia masih berdiri di situ. Niatnya hendak ambil note muzik yang dia tinggalkan dalam studio. Tak sangka pulak akan bertemu dengan Puteri Aria di situ.

          Puteri Aria tersenyum manis semasa mengangkat matanya memandang Liana. "Kenapa?Tak boleh ke aku jenguk bekas ahli kumpulan aku?Kan dah lama kita tak bersua sejak pembubaran kumpulan kau..."

Sesiapa boleh tak beritahu dia...macam mana nak handle anak terlebih manja seperti Puteri Aria ni?Serius..dia tak boleh brain dengan sikap Puteri Aria ni sejak mereka bertemu. kenapa la nak sakitkan hati sangat dekat dia?

         "Beritahu saya apa yang tuan puteri mahukan atau keluar dari bilik ni.."arah Liana dengan nada tidak berminat.

          "Aku dengar kau akan ikuti pertandingan Muse Diraja tu nanti?"

          "Memangnya kenapa?"

          "Aku nak kau tarik diri. Aku tak nak kau ikuti pertandingan tu. Sebab Senior Redd akan ikuti pertandingan tu dan dia perlu menang untuk mendapat anugerah Muse Diraja tu."Puteri Aria beritahu dengan nada demand kebiasaannya.

          "Dan kenapa saya perlu ikut permintaan tuan puteri?"Liana menyilang tangannya ke dada dan melentokkan kepala sedikit memandang judging akan Puteri Aria. "Kalau nak menang cuba dapatkan dengan cara yang betul. Bukan melalui favouritism. Itu salah tau."

          "Kau tak nak tarik diri?"Puteri Aria menjungkit kening kanannya. Mencabar Liana.
 
          "Boleh saya tahu kenapa ya tuan puteri benci  sangat dekat saya?"Liana memberi senyuman manisnya kepada Puteri Aria bila pandang muka comel gadis yang mengingatkan dia pada Ares. Mata dan rambut Aria persis seperti Ares. Apa agaknya Ares sedang lakukan sekarang ni?

           Puteri Aria terpegun bila dia pandang kakak cantik sedang tersenyum kepadanya. Dia hampir hendak ikut tersenyum kerana Liana.  "Kau tahu kenapa aku bencikan kau.."ujarnya dengan jengkel.

Liana menjungkit bahu.

           "Saya tak tahu. Takkan la hanya sebab Redd  sukakan saya... tuan puteri bencikan saya?"

            "Bukan sebab Redd aje...sebab memang aku bencikan kau sejak aku nampak kau buat persembahan musim panas tu!" beritahu Puteri Aria. Dia cemburu dengan Liana sebab Liana nampak smart dan segak setiap kali memegang violin. Dan dia tahu kenapa Liana digemari ramai orang dalam akademi ni. Karakter Liana yang mesra dan care free buatkan orang mudah dekat. Itu yang buatkan Puteri Aria sakit hati. Sebab dia tak ada sikap tu! "Sekarang ni bukan pasal aku!Aku nak kau tarik diri..yang melalut cerita lain kenapa!"bentaknya.

           Liana menggeleng kepala sambil tersenyum tak percaya. Takkan la sebab tu!? "Sebab saya cuba nak fahamkan tuan puteri sekarang ni. Tuan puteri tahu...membencikan saya takkan beri apa-apa benefit pada tuan puteri. Bahkan ianya membuang masa tuan puteri. Lagipun lambat laun saya akan keluar dari akademi ni dan takkan kembali lagi."

Kening mencerun Puteri Aria melurut kendur saat dia dengar suara lemah lembut tu bercakap dengannya. Dadanya yang berdegup kencang sebab sakit hati berdenyut sesak. Kenapa Liana masih tenang dan tak tinggikan suara kepada dia. Masih jugak bercakap lembut walaupun dia dah meninggikan suara. Kata-kata Liana itu buatkan dia sentap sendiri.

           "Dan bila saya tiada lagi dekat sini..tuan puteri dah tak orang yang tuan puteri nak bencikan...kemudian apa?Takkan tuan puteri cari orang lain untuk dibenci pulak..."

Rahang Puteri Aria berketik. Masuk akal kata-kata Liana tu.

           "Suka hati aku la nak bencikan sesiapa ke nak susahkan sesiapa ke!Kau jangan nak banyak cakap dengan aku!!Apa aku tahu kau kena tarik diri atau aku akan susahkan kau sepanjang pertandingan tu nanti!Sebab Senior Redd aku perlu menang! Bukan kau!Bukan sesiapa!"

             Lantas Liana menarik nafas panjang lalu dihela pendek. Memang jenis orang tak makan saman tau Puteri Aria ni. "Saya takkan undurkan diri. Saya akan ikut pertandingan ni tak kira apa sekalipun yang terjadi. Kalau tuan puteri nak susahkan hidup saya ke...nak sabotaj pertandingan saya tu..tuan puteri buatlah. Janji tuan puteri senang hati.." beritahunya dengan nada mengalah.

Berkerut-kerut kening Puteri Aria bola Liana cakap macam tu dengan dia. Macam bonda dia cakap dengan dia kalau dia merajuk kalau bonda atau ayahanda dia tidak tunaikan permintaannya.

             "Selagi saya masih ada dekat akademi ni, saya sudi luangkan masa dengan tuan puteri untuk jadi tempat tuan puteri luahkan perasaan. Jadi jangan susahkan orang lain macam tuan puteri lakukan pada ahli kumpulan tuan puteri tu."beritahu Liana. "Lepaskan geram dan marah tuan puteri tu puas-puas pada saya saja."

Dalam diam Puteri Aria mengetap gigi kerana terkelu dengan kata-kata Liana. Sebab Liana buatkan dia sedar yang selama ini tiada orang dalam istana ni nak berkawan dengan dia apalagi pedulikan kewujudan dia. Selain Liana, tiada orang lain yang nak bercakap dengan dia atau hiraukan dirinya selepas dia marah mereka. Lain pula ceritanya dengan Liana. Tak kira la apa dia maki dan hamun Liana, Liana masih hendak bercakap dan hiraukan diri dia. Yang mana menambahkan lagi perasaan tak suka dia pada Liana.

            "Diamlah kau!Cakap macam tahu semuanya. Jangan nak berlagak bagus boleh tak!?"cebik Puteri Aria.

            "Saya beritahu aje. Bukan semua orang boleh terima sikap tuan puteri macam mana saya layan tuan puteri. Saya faham tuan puteri jengkel dan marah sebab Redd tak dapat sukakan tuan puteri kerana saya. Tapi tuan puteri kena ingat satu perkara ni. Kalau kita nak orang sukakan kita, kita kena terlebih dahulu belajar untuk cintakan diri sendiri dan terima diri kita sendiri. Dari situ tuan puteri baru boleh buatkan orang suka pada tuan puteri tanpa paksa atau kekerasan. Kita hidup ni kena banyakkan kawan bukan lawan. Suatu hari nanti, kawan jugak yang ada berada di sisi kita saat kita susah."

Bersama dada naik turun hendak mengamuknya. Puteri Aria bangun dari kerusi tu dengan marah. Dia tak suka Liana cakap semua tu! Dia cengkam kuat nota muzik Liana lalu di robek-robek!

            "Apa kau tahu!Cakap macam kau tahu aku!Diam!"jerit Puteri Aria mencampak cebisan kertas yang dikoyaknya atas lantai lalu berjalan keluar dari situ dengan berang. Dekat sahaja dia dengan Liana, bahu Liana dilanggar dengan kuat.

Terundur ke belakang Liana di buatnya. Dia pandang pemergian Puteri Aria dengan renungan tak percaya sebelum geleng kepala. Dasar budak keras kepala! Bukannya rugi sesen pun jadi budak baik. Degil-degil tu nak bawak ke mana?Haih!

Tanpa mengatakan apa-apa Liana tunduk mengutip cebisan note muziknya yang bersepah di situ dengan cermat. Sudahlah susah nak salin semua note-note muzik ni. Boleh pulak bertuah tu koyakkan!

Nanti balik dorm, terpaksa la dia tampal semula dengan pita pelekat.

🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now