🎶 CHAPTER 44 🎶
Empat orang itu duduk saling berhadapan antara satu sama lain atas meja bulat di ruang lapang center bangunan akademi itu.
Ianya adalah kawasan riadah untuk para pelajar luangkan masa sekiranya mereka tiada kelas atau untuk makan snek. Kawasan lapang itu diipenuhi dengan meja bulat dan tumbuhan renek. Tiada bumbung. Hanya rumput hijau sahaja yang menjadi lantai tempat itu. Waktu itu tempat itu sibuk dengan kehadiran pelajar-pelajar lain juga. Masing-masing sibuk berborak akan itu dan ini. Ada juga yang makan snek saat menyiapkan tugasan atau nota di situ.
"Apa yang dah berlaku Seth?"tanya Liana berkerut kening kepada Seth di hadapannya ketika itu. Lelaki itu tidak mengenakan kot akademi hanya blazer sahaja.
Walaupun tidak mengenakan tali leher dan lengan baju itu di sinsing selekoh, sedikit pun tidak mengurangkan visual lelaki itu. Buatkan beberapa orang pelajar perempuan berdekatan dengan meja mereka tidak berhenti dari melongo akan Seth waktu itu.
"Aku tak tahu. Something terlintas dalam fikiran aku lepas Master Carol beritahu kita orang perlu jalankan persembahan?" tambah Liana dengan curiga.
"Awak yang masuk campur ke Seth?"soal Lana pula.
Mathias yang tidak terkejut pandang wajah Seth menanti pengakuan lelaki itu. Takkan la Seth sanggup susahkan diri semata hendak bantu mereka bertiga?
Hujung bibir Seth terjungkit meleret mendengar tuduhan itu, tetapi tidak mengatakan apa-apa.
"Seth..aku tanya kau ni. Betul ke kau yang buatkan Master Carol ubah fikirannya? Aku kenal perangai kau macam mana Seth.." Liana berkerut ingin tahu.
Tanpa sebab, Seth pandang sekeliling meja mereka. Melihat pelajar-pelajar yang berdiri dan jalan ke hulu dan hilir di situ. "Yup...aku memang beritahu pihak akademi untuk fikirkan balik keputusan dia orang membubarkan kumpulan kau tapi aku tak mintak dia orang berikan kau orang event atau sediakan jadual baru untuk persembahan kepada kau orang..."angguknya teragak-agak.
Liana mengetap gigi menahan perasaan, keningnya mencerlung tidak puas hati kerana berasa malu dengan Seth sebab lelaki ini telah lakukan banyak untuk dia. Dan sekali lagi Seth susahkan diri hanya untuk mereka!
"Aku tahu kau tak suka. Tapi kalau dibiarkan semua usaha kau orang akan sia-sia. Sebab tu aku ajukan bantahan kepada Badan Majlis Akademi untuk bantu kau orang semula. Dan Master Carol sendiri setuju. Tanpa paksaan. Aku jumpa Master Carol sebab Master Carol nak maklumkan kelulusan ni pada aku. Maaf sebab masuk campur."
"Aww!Man!Kenapa la aku lelaki!Kalau aku perempuan dah lama aku jadikan kau teman lelaki aku!"seloroh Mathias yang kemudiannya merangkul bahu Seth di sebelahnya waktu itu.
Dengan bersemangat Lana menepuk tangan. "Hahahaha...kan sememangnya jejaka pujaan gadis dalam akademi ni. Lama-lama macam ni saya pun boleh jatuh cinta pada awak Seth. You're so awesome!"
Liana melepaskan hela nafas kesalnya. "Kenapa la kau suka susahkan diri kau Seth?Berapa kali aku nak beritahu pada kau...jangan susahkan diri untuk masalah yang bukan urusan kau...kau buat aku rasa serba salah je."
"Relaks la. Bukannya susah mana pun. Aku cuma cakap sikit aje dengan dia orang tu.."Seth tepuk tangan Liana yang ada di atas meja tu. "Kau kawan baik aku Liana. Susah senang kau susah senang aku jugak."
Tidak tahu hendak membalas apa, Liana hanya menggeleng kepala sambil tersenyum nipis. Makin susah situasi dia saat ini. Seth terlalu baik pada dia. Buatkan dia berasa kejam dekat situ, sebab dia tahu apa perasaan Seth terhadapnya tapi dia tidak mengatakan apa-apa mengenai kenyataan itu.
"Tengok tu Mathias. Ini contoh jadi lelaki gentleman. Bukan tahunya nak buat pick up line je..sampai ke sudah tak kemana."Lana memukul tepi lengan Mathias di tepinya waktu itu.
"What?Hei!Aku belikan kau aiskrim hari tu masa kau sakit period. Lupa ke!Jangan nak jadi kacang lupakan kulit eh!"bidas Mathias.
Lana menjuling mata menyampah. "Itu cerita berapa lama punya hah?"
"Kau tengok sikit perangai kasar kau tu. Siapa aje nak manjakan kau?"cebik Mathias sambil menggosok lengannya yang pedih di pukul Lana tadi.
Seth ketawa dekat situ perhatikan tingkah mereka berdua. "Kau jangan la menjawab Mathias."pesannya.
"Dengar tu. Jangan menjawab. Kau tak tahu ya konsep ni...women always right. Sebab lelaki selalu salah. Contohnya adalah kau sekarang."
"Memang la orang perempuan selalu betul..sebab apa aje yang lelaki buat semua salah dekat mata orang perempuan...buat itu salah tak buat itu salah, buat ini salah tak buat ini salah...apa aje yang kau orang rasa betul kalau lelaki buat? kau nak cakap apa!"
"Apa dia?Ulang balik?"Lana cuba mencapai kolar baju Mathias waktu itu.
Liana pandang silih ganti akan Lana dan Mathias. Dua orang ni kan!Sabarkan aje la menghadap. "Sudah la kau orang berdua ni kenapa?"
Dengan senyuman senang di bibirnya, Seth pandang Mathias dan Lana yang kembali ceria semula. Dan bila dia gerak hendak memandang Liana, tanpa diduga Liana sedang memandangnya.
"Kenapa?"soal Seth sambil menjungkit kening kepada Liana.
Liana cengkam tangan Seth yang berehat atas meja itu sekejap. "Terima kasih."ucapnya.
"Kasih diterima."balas Seth di dalam hati semasa tersenyum kepada Liana. Dia tidak kisah kalau dirinya hanya dipandang sebagai kawan sahaja oleh Liana. Asalkan dia dapat berada dekat dengan Liana dan bantu gadis itu tidak kira masa dan dimana!
"Minta maaf balik!"beritahu Lana.
"Kenapa aku kena minta maaf. Aku tak salah kut. Kau yang nak menyentap sendiri."
"Hei kau orang!Aku kahwinkan jugak nanti baru tau!"
"Lia...tengok ni Mathias.."rengek Lana dengan muka mencebik hendak menangis. "Dia kata aku perempuan kasar tak layak dimanjakan..sampai hati dia cakap macam tu.."
Ketika mereka di situ sibuk berbual, dalam diam Seth mengerling ke kirinya kerana perasan ada yang memerhati jauh dari situ. Dan bila mereka saling bertentang mata, Seth beri anggukan dengan isyarat mata sebagai tanda sapaan kepada orang itu. Yup!Mata-mata Seth yang selama ini dalam diam tolong pantau Liana di dalam akademi. Terutama sekali ketika di dalam kelas.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...