🎶 CHAPTER 89 🎶
45 minit begitu barulah Puteri Aria bertenang dan gadis itu terlena setelah ditenangkan oleh Liana.
Bersama nafas lega dilepaskan, Liana tarik selimut lalu menutupi badan Puteri Aria baring mengiring di atas katilnya. Terlena sebab penat banyak menangis. Turun saja dari katilnya, Liana dekat almari sebelah katil. Mencapai telefon dengan berhati-hati. Niatnya mahu menghubungi Ares. Risau kalau orang istana mencari Puteri Aria, dia mahu maklumkan keberadaan gadis itu.
Namun baru sahaja Liana menekap telefon ke telinga, pintu biliknya terbuka. Ares yang masih berpakaian lengkap suit terjegul di depan muka pintu itu. Memandang kejung ke arah Liana sebelum ke arah katil dengan bingung.
"Apa yang dah berlaku?"bisik Ares saat memegang beg kertas McDonald dekat tangan.
Liana turunkan telefonnya dari telinga lalu pegang tiang IV drip dia bersama sebelum atur langkah ke arah Ares. Datang pun!Ingatkan tak datang!Lega dia rasakan waktu itu lepas lihat wajah Ares.
Dengan risau Ares hulur tangan untuk pegang tiang drip itu. "Kenapa Aria boleh ada dekat sini?"bisiknya.
Liana pegang lengan Ares dengan perlahan dan menepuknya dengan lekas.
"Baik awak maklumkan pada pihak istana keberadaan adik awak dekat sini. Saya risau parents awak tak tahu Puteri Aria ada dekat sini."bisik Liana berkerut kening kerisauan.
Sementara Ares berkerut kening memandang Liana. Dah tahu diri sendiri tak sihat nak jugak sibuk risaukan orang lain!Haih!
"Kenapa?"Ares menekup dahi Liana untuk check suhu badan itu. Masih tersisa lagi hangat demam tu di badan Liana. "Aria lari dari rumah ke?"soalnya sebelum mengerling ke Aria yang sedang tidur di atas katil pesakit milik Liana.
"Dia beritahu saya, dia dan Redd dah berpisah. Ni pun dia baru berhenti menangis."
Mengetap bibir Ares bila. Dia buat muka tidak gemarnya. "Aku dah cakap awal dengan Aria pasal ni. Dia tak nak dengar...sekarang tengok la.."
Terus Liana pukul lengan Ares. "Jangan nak membebel boleh tak?Adik awak tu tengah sedih. Bukannya awak nak risau, malah nak marah."tegurnya dengan nada berbisik kegeraman.
"Budak keras kepala tu kadang-kadang kena belajar sakit biar dia tahu.." Ares membebel lagi saat mengocek poket kotnya. Memancing keluar telefon dari situ.
"Cepat je la...jangan nak banyak ceritanya.."
Tak menyabar betul."Kau mesti belum makan kan sebab tunggu aku?Ni aku ada bawakan bubur dari McD...makan sikit nak?"ajak Ares saat tunduk menyentuh itu dan ini di skrin telefon tu menghantar pesanan."Awak baru balik dari perjumpaa tu ke? Awak dari situ terus jumpa saya?Lambatnya siap. Dah nak tengah malam macam ni."
Selesai menghantar pesanannya Ares pandang Liana dengan senyuman di bibir. "Sorry. Ada sesi makan-makan pulak. Aku nak balik awal...tak sopan pulak. Itu yang tunggu sekejap."beritanya semasa pegang belakang badan Liana lalu memimpin gadis itu ke set kerusi sebelah jendela di bilik tu.
"Aria macam mana?"
"Aku dah maklumkan pada Jeremiah untuk sampaikan hal ni pada nanny Aria. Tahulah nanti dia orang."Ares dudukkan Liana di sofa itu sebelum dia adjust kedudukan tiang drip di tepi lalu ambil tempat dekat dengan Liana.
Liana mengerling ke arah katil. memandang belakang badan Puteri Aria dengan renungan serba salahnya. Kasihan pulak dia perhatikan Puteri Aria. Yalah...suka dekat lelaki yang salah dan pada waktu yang salah. Dari awal lagi dia tak pernah berkenan akan Si Redd tu. "Kalau macam esok saya dah boleh keluar hospital la kan?"tanya dia semasa memalingkan mukanya ke Ares.
"Kalau suhu badan kau dah drop kepada suhu normal aku boleh izinkan. Tapi kalau badan kau masih panas, kau kena tahan wad dulu.."beg kertas itu dibuka Ares lalu mangkuk bubur di dalamnya dia keluarkan berhati-hati.
Liana pegang tali leher Ares bila lelaki itu dengan cuai buka penutup tanpa tengok keadaan dan hampir hendak menceluh hujung tali leher ke dalam mangkuk berisi bubur nasi itu. "Tak perlu la. Saya boleh rehat dekat akademi...."beritahunya memandang tepi muka tu.
Saat Ares bertentang mata dengan Liana, lelaki itu terdiam seketika kerana terpandang bibir Liana. Hampir sahaja dia hendak mengucup Liana, tapi dikawalnya sebaik mungkin.
"Aku dengar kau tak makan banyak masa nurse hantar makanan hospital. Makan bubur ni sementara masih panas.."ngelatnya dengan bersahaja.
Tengok la tu."Ares.."Liana berkerut kening kerana Ares tidak menghiraukan kata-katanya.
"Ya...ya..."angguk Ares akur dengan kehendak Liana itu.
"Apa yang iya?"
"Kalau esok keadaan kau dah okay, kau boleh keluar.."Ares menyua sudu berisi bubur ke depan mulut Liana sambil itu.
Mahu tak mahu Liana buka mulutnya nak makan dari suapan itu dengan berhati-hati. "Janji ya."
"Ya janji.."senyum Ares dengan senang bila nampak Liana makan.
Dalam diam, di atas katil ketika itu, Puteri Aria dengar perbualan dua orang tersebut sejak tadi. Matanya yang terpejam rapat terbuka dengan perlahan-lahan dan tidak bergerak sama sekali. Dia cuba memasang telinga perbualan dari bisikan perlahan mereka itu.
"Lagi satu,rajin-rajin tengokkan adik awak tu Ares...saya tahu awak sibuk. Parents awak sibuk. Tapi disebabkan awak paling dekat dengan dia, banyakkan berborak dengan Puteri Aria..."
"Kenapa?Kau risaukan Aria ke?"
"Mestilah saya risau..dia tu kecik lagi..masih nak membesar, emosi belum stabil lagi..kalau apa-apa berlaku macam mana?"
"Kalau macam tu apa kata kau jadi kakak dia terus...kan simple. Perempuan dengan perempuan kan lagi senang..."
"Ke situ pulak awak ni..."
"...bonda aku sendiri tak pernah risaukan Aria...kau orang luar yang bukan sesiapa peduli dekat tuan puteri bratty seorang ni kenapa?"
"Serius boleh tak..awak ni kan.."
"Ya...ya..."
"Jangan awak tambah stress Puteri Aria ya. Kalau saya tahu...seminggu saya tak nak cakap dengan awak."
"Apa la aku nak buat dengan kau ni Lia.."
Puteri Aria tersenyum mendengar perbualan Liana dengan Ares. Lucu kerana jarang sekali dia dengar orang marah atau menegur Ares kecuali parents mereka berdua. Biasanya Ares yang marah orang. Kali ni, buku bertemu dengan ruas. Ares memang dah cuba pasangan yang sesuai dengan karakter lelaki tu.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...