📜Karakter.📜

639 89 1
                                    

🎶 CHAPTER 45 🎶

Berdiri di depan jendela biliknya Liana dengan tekun memetik tali violinnya dengan buku musik terbentang atas music note stand yang tegak di depan dia waktu itu.

Lana yang niatnya hendak duduk lepak ajak berbual dengan Liana sudahpun terlena di atas katil single milik Liana di tepi bilik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lana yang niatnya hendak duduk lepak ajak berbual dengan Liana sudahpun terlena di atas katil single milik Liana di tepi bilik itu. Berselimut selesa dalam keadaan tangan di atas kepala dan kepala berpaling ke kanan.

Petang itu Liana tidak dapat masuk ke hutan kerana cuaca tidak mengizinkan. Lagipula Ares berpesan supaya keluar bila lelaki itu minta sahaja. Jika tidak, dia tidak boleh keluar. Mahu tak mahu Liana turutkan sahaja tanpa complaint. Yalah dia ke hutan itu kan sebab hendak bertemu dengan Ares. Kalau lelaki itu tiada apa gunanya dia ke situ.

Knock!

Knock!

Pintu bilik diketuk.

Terhenti separuh jalan gesekan Liana waktu itu. Dia pandang ke arah pintu untuk memastikan dia tidak salah dengar.

Knock!

Knock!

Yup!

Memang tak salah dengar!

Liana tunduk meletakkan violin ke atas meja belajarnya lalu berjalan ke arah pintu biliknya itu. Diselak sahaja kunci itu ke tepi, tombol pintunya di pulas lalu daun pintu itu di tarik ke dalam dengan senyap.

Berdirinya di situ seorang pengawas lelaki. Masih mengenakan pakaian uniform dan lencana emas di tepi kolar kot itu.

        "Ya?"sapa Liana yang sudah familiar dengan pengutus diraja Ares ni. "Ada surat untuk saya ke?"bisik dia selepas itu hampir hendak tersenyum.

         "Tiada. Putera Mahkota hanya sampaikan pesan. Sehingga tarikh sambutan hari lahirnya dia tak dapat hendak berjumpa dan menghantar surat kepada awak."beritahu pengawas itu kepada Liana dengan nada separa berbisik.

          Liana mengangguk kepala faham. Dia tak apa-apa. Lagipun sedia maklum la dengan latar belakang lelaki tu. Tak boleh nak buat apa la. "Okay."

          "Tapi tuanku ada berikan nombor panggilan pejabat kepada awak untuk hubungi dia nanti seperti waktu yang ditetapkan.."pengawas itu serahkan sekeping kad warna krim kepada Liana. "Dia masih belum kongsikan nombor telefon peribadinya atas factor keselamatan. "

            Dengan senyuman nipis di bibir, Liana capai kad itu. Lalu di teliti dengan perasaan tidak sabar. "Terima kasih.."

Pengawas itu pandang Liana seketika. Tidak berganjak dari situ.

            Bila Liana angkat kepalanya baru la dia perasan yang dirinya saat itu sedang di tenung lama. "Ada apa-apa lagi ke?"

            Pengawas itu menggeleng kepala. "Saya cuma tertanya-tanya. Macam mana awak buat putera mahkota tu tersenyum?Selama saya tinggal di situ waktu kecil kerana ibu saya adalah maid di situ tak pernah sekali Nampak putera mahkota tersenyum. Tapi awak...bukan aje buat dia tersenyum..malah tak dingin lagi."bisiknya sambil letak tangan di tepi mulut.

Ketawa kecil lepas dari Liana.

           "Mana ada saya buat apa-apa. Bukan ke itu karakter sebenar dia selama ni?"dia tak pernah nampak Guitar Boy dia itu marah atau tidak senyum. Kecuali satu hari tu la masa dia cedera. Itupun sekali je.

            Pengawas itu menggeleng kepala. "Tak. karakter dia dalam istana tu serius dan sangat menakutkan untuk dipandang. Sesiapa tak berani nak bertentang mata dengan dia..lepas saya dapat tahu bahawa selama ini awak berhubung dengan putera mahkota, baru saya tahu kenapa."

Liana mengedip-ngedipkan matanya beberapa kali kerana tidak tahu hendak balas bagaimana lagi. Iya ke?Mana la dia tahu. Sebab setahu dia Guitar Boy yang dia kenali suka senyum, pandai bergurau dan ceria. tak ada pulak nampak menakutkan selama ni?

           "Apapun...saya rooting awak dan putera mahkota. Awak berdua nampak sangat serasi."pengawas itu berbisik sambil membuat thumbs up dengan kedua-dua tangan. "Saya lebih prefer putera mahkota yang sekarang ni dibandingkan yang dulu.."

           Liana tidak memberi sebarang komen kecuali gelengan kepala saja. Kalau la pengawas depan dia ni tahu betapa complicated kisah dia bersama Ares, rasanya ucapan itu perlu ditarik semula."Terima kasih sekali lagi."

           "Okay."lambai pengawas itu sebelum bergerak pergi dari koridor itu.

Perlahan-lahan Liana tutup pintu biliknya lalu diselak kunci ke soket dengan kemas. Dan berdiri saja dia di depan pintu itu, matanya terbutang bulat.

Oh sh*t!

           "Apa dia tadi?"Lana pandang tak percaya ke arah Liana dengan muka baru bangun tidurnya. "Putera Mahkota?Kau?"

Alamak!

Liana tersandar pada pintu itu semasa pandang ke arah katil dengan dumbfounded. Tak pasal-pasal betul la!

Bila pulak Lana bangun dari tidur ni?

           "Better kau cerita kan semua dari awal sampai akhir Liana.."arah Lana memberi amaran.

🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now