📜Reject!📜

628 84 2
                                    

🎶 CHAPTER 33 🎶

           "Eh-eh...kenapa ni?"tergesa-gesa Redd pegang lengan dan tarik dia menuruni tangga keluar dari istana tu.

Redd tidak mengatakan apa-apa. Ekspresi diwajah itu serius.

Liana di sebelah sudah kelam kabut mengangkat kain dressnya tinggi-tinggi sebab takut terpijak dengan heel semasa mereka berjalan merentasi koridor tu. Elok aje tadi dia main piano dekat bilik tu...tiba-tiba aje Redd muncul dari pintu tepi bilik tu dan tarik dia keluar macam dikejar hantu.

            "Redd!"panggil Liana setelah mereka keluar dari bangunan dan berdiri di depan pintu kereta.

            "Masuk dulu."beritahu Redd saat membuka pintu seat belakang untuk Liana.

            Dengan kening berkerut Liana tilik Redd dari atas ke bawah tidak faham. "Kenapa dengan awak sebenarnya ni?"

            "Masuk Lia."arah Redd memandang Liana dengan kening berkerut. Tanpa sedar tangannya erat mencengkam kuat pintu kereta tu.

            "Geez!Period apa.."getus Liana semasa dia masuk ke dalam kereta tu. Selang sesaat kemudian, Redd ambil tempat di sebelahnya.

           "Boleh gerak sekarang."arah Redd kepada driver sambil membuka butang kotnya dengan kasar. Neck tie yang terikat kemas pada kolar terus direntap.

Liana yang menyaksikan hal itu hanya pandang tidak faham. Dia nak cakap jadi takut sendiri kerana wajah Redd benar-benar sedang marah dan sangat serius. Pertama kali dia nampak lelaki yang suka senyum dan bercakap lembut pada dia itu bengang begini.

Sebaik sahaja neck tie ditarik lepas dari kolar, Redd bersandar pada seat itu lalu diam mengatur nafasnya naik turun. Cuba hendak tenangkan diri dia yang sedang marah saat itu. Pandangannya terarah pada luar tingkap kereta.

          "Saya sukakan awak Redd!Kenapa awak tak terima saya.."

         "Tuan puteri..tolong bawa bertenang."

         "Bertenang?Nak saya bertenang macam mana lagi!Saya nak awak!Nak awak la!"

         Malu dengan keadaan itu, dia mengerling ke arah Permaisuri Johenah di tepi meja makan tu. "Sebab saya tak ada perasaan dekat tuan puteri. Tolong jangan begini."

         "Sukakan saya kalau macam tu!Tak kira!Saya nak awak jadi teman lelaki saya!Milik saya seorang saja!"Puteri Aria memukul permukaan meja itu hingga bergegar pinggan makan dan sudu garpu yang ada di atasnya.

         Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa tercalarnya maruah dia bila Puteri Aria bersikap memalukan seperti ini di hadapan Permaisuri Johenah. "Maafkan saya tuan puteri. Saya benar-benar tidak boleh menerima permintaan tuan puteri yang satu ini."

         "Se-"

        "Boleh beta tahu kenapa?"Permaisuri Johenah memintas kata Puteri Aria sebelum gadis itu menjerit lagi.

         Masih tunduk memandang ke lantai, dia ketap gigi dengan erat. Niat dia cuma hendak turuti titah raja sahaja. Dah kenapa sampai tahap macam ni pulak! Kalau hal ni tersebar, malu tak ke sudah! "Sebab saya telah menyukai orang lain tuanku. Tak kira semahu mana tuan puteri hendakkan, saya tetap tak boleh bersama denagn sesiapa melainkan orang yang saya suka."jawab Redd.

         "Dia takkan sukakan awak semula Redd!Takkan pernah!!Sebabnya apa!?Sebabnya macam mana awak tak dapat terima cinta saya!Macam tu la dia!"marah Puteri Aria.

         "Anakanda Aria.."panggil Permaisuri Johenah dengan tegas. "Jangan begitu anakanda."

         "Saya tahu awak sukakan Liana Florence tu kan!Cuba la awak dekati dia!Semakin awak cuba dekati dia!Semakin nekad saya buatkan dia benci pada awak Redd Sterling!"

Tap!

Tap!

Tap!

         "Hmmm...hmmm."nyanyian kecil diselangi dengan tapping jari menyentak lamunan Redd. Dia dengan perlahan palingkan kepala ke tepi sebelum memandang Liana sedang termenung memandang keluar tingkap.


Tidak lama kemudian kenderaan yang membawa mereka ke istana tiba di perkarangan akademi. Berhadapan dengan jabatan batu yang menyambung ke laluan Utama untuk ke dorm pelajar.

Redd keluar terlebih dahulu lalu diikuti oleh Liana di belakang. Tertutup sahaja pintu itu, kereta tersebut dipandu keluar mengelilingi round about sebelum menghilang dalam kegelapan malam.

Waktu itu Redd termenung tidak bergerak sejak kereta tadi beredar.

          "Good night Redd."ucap Liana semasa hendak berpaling. Namun baru sahaja kakinya bergerak selangkah ke depan, tidak semena sepasang tangan muncul dari belakang dan melingkar ke sekeliling bahagian depannya sebelum kepala berambut hitam hinggap pada bahu kanan.

Dengan mata terbutang luas, Liana kejung memandang ke depan tidak bergerak. Dah kenapa dengan lelaki belakang dia ni?Dari tadi dia cuba tanya, yang dapat cuma perangai aneh aje!

Redd mengangkat kepalanya dari bahu Liana. Dia termenung memandang ke depan sambil mengeratkan pelukannya di sekeliling atas dada Liana itu.

       "Awak?"suara Liana kedengaran semula.

        "Maaf."ucap Redd semasa menurunkan tangannya perlahan-lahan turun dari Liana.

Mahu tak mahu Liana memusingkan badannya semula. Dan bila dia pandang, Redd kelihatan seperti mahu menangis. Apa masalah Redd sebenarnya ni?Kalau dia tanya nanti karang tak berjawab.

       "Awak kenapa ni?Apa yang dah berlaku masa sesi makan dengan Puteri Aria tadi?"

       Dengan kening berkerut susah hatinya, Redd tatap wajah Liana sambil menggeleng kepala. "Nothing."jawabnya sebelum tersenyum sedih.

       "Fine...lantak awak situ. Ish!Tak faham aku.."keluh Liana semasa hendak bergerak semula.

        Sewaktu Liana mahu berpusing, waktu itulah Redd capai pergelangan Liana lalu di cengkam erat. "Saya sukakan awak Liana."lafaz Redd termenung memandang tangan itu.

Liana kejung.

       "Boleh awak balas perasaan saya ni?"tanya Redd dengan perlahan.

       "Apa awak cakap?"Liana toleh memandang Redd.

       Perlahan-lahan Redd mengangkat matanya lalu bertentangan denagn renungan terkejut Liana. "Sukakan saya semula. Saya mahukan awak jadi kekasih saya.."

What in the world!?

🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now