📜Menangis📜

584 85 1
                                    


🎶 CHAPTER 55 🎶

Penyepit rambut berbentuk bunga dengan pearl putih di capai dari bekas aksesori sebelum di kepit kecil ke belakang kepala. Selesai merapikan rambut hitamnya, Liana kerling ke jam tangan kiri. Melihat waktu sudah sepatutnya tiba.

Hinggap sahaja tangannya di atas meja berhias menghadap tingkap kecil itu, tangan Liana tersentuh helaian kertas yang mempunyai cap mohor diraja di atasnya. Hal itu buatkan Liana tunduk memandang kertas itu dengan tatapan terkilannya.

Ayat yang ditulis dengan pena pelepah tersebut jelas memberitahu Liana bahawa dia tidak akan dapat menemui Guitar Boy dia lagi. Menurut tulisan di situ, beritahu Liana bahawa Permaisuri Johenah telah mengetahui hal sebenar. Dan diberi titah supaya lupakan Putera Mahkota Ares sekiranya tidak mahu dalam masalah.

Dalam terpaksa, Liana akur dengan titah itu.

          "Lia~~~"muncul Lana menyanyi saat panggil nama Liana di depan pintu bilik. Gadis itu ceria menjegul kepala. "Kau dah siap ke?Aku dengar konvoi Seth dah nak sampai.."

         "Dah siap ni.."Liana berpaling ke arah pintu dan mendapatkan kawannya itu.

          "Comelnya kau hari ni...tapi ada yang kurang la.."Lana pegang kedua-dua belah bahu Liana sewaktu menilik rakannya yang ringkas mengenakan dress kemeja labuh paras lutut berwarna putih.

           Tiada mood hendak bergurau atau berbual lama, Liana tilik dirinya sendiri. Apa yang kurang?Rasanya dah okay la ni. "Kenapa?"

            Lana bawa jarinya lalu menyentuh bibir Liana. "Senyum la sikit. Kenapa beberapa hari ni aku tengok kau monyok je?"kepalanya terlentok ke kanan.

           Macam mana dia nak tersenyum kalau relay dia bersama tuan putera telah di putuskan oleh permaisuri beberapa hari lepas dengan mengejut. Memikirkan saja hal tu pun dah buat dia kesedihan. "Jom la gerak..."ajaknya semasa mula berjalan pergi dari situ.

            Lana rangkul lengan Liana. Rentak kakinya juga riang. "Kau rasa akademi kita menang pertandingan tu?"

Bersama renungan tiada mood dia, LIana termenung memandang lantai koridor berjubin marmar hitam kemerahan di bawah kakinya saat itu. Dia masih tak habis fikir, macam mana la Ares bercakap dengan Permaisuri Johenah sampai baginda begitu murka dan beri suarat amaran kepada dia begini? Hela nafas pendek dilepaskannya.

        "Seth ada call kau tak?"tanya Lana lagi.

        "Tak. Dia chat aku je siang tadi masa majlis penutup diadakan. Lepas tu dia tak beritahu apa-apa."beritahu Liana.

         "Hahaha...berdebar pulak rasanya. Dia orang yang lawan kita yang excited."

Mereka berdua kemudiannya keluar dari bangunan asrama tidak lama kemudian. Sambil ditemani dengan suasana petang yang cerah tidak berawan, dua orang itu jalan menyusuri laluan pejalan kaki sehingga tiba di hadapan pintu masuk bangunan utama akademi.

Sedang Liana jalan, sempat dia palingkan kepala ke arah hutan yang ada di atas bukti belakang akademinya. Mana-mana dia pergi semua perkara akan buat dia teringat pada Ares. Makin sebak dia rasakan waktu itu.

Selama lima minit menunggu akhirnya konvoi yang membawa pelajar fencing ke pusat pertandingan akhirnya tiba di perkarangan akademi. Tiga buah kenderaan iaitu dua buah van dan sebuah kereta dengan logo rasmi akademi berhenti dalam satu barisan di laluan itu.

Liana berdiri di situ melihat seorang demi seorang pelajar turun dari kenderaan bersama bagasi masing-masing. Sama seperti mereka pergi, begitu la rupa mereka sewaktu balik. Lengkap dengan uniform akademi.

Dan bila mereka melihat Liana, kumpulan fencing itu menghampiri LIana dan Lana dengan senyuman lebar di bibir masing-masing.

      "Wah...senior sambut kami semua balik ke?"

      "Rasanya tuah senior telah dimakbulkan"

      "Cuba senior teka kami menang ke kalah?"

       Liana pandang wajah setiap seorang di situ sebelum mengangguk kepala. "Taniah. Saya tak expect yang akademi kita akan kalah. Apapun terima kasih untuk usaha awak semua.."ucap dia.

       "Wahhh!Kita menang?Dapat tempat pertama?Akademi ni?"tanya Lana saat menepuk tangan dengan bersemangat.

       "Of course...tengok la kaki.."ujar mereka sebelum mula bergerak bubar dengan sendiri untuk balik ke asrama.

Dan waktu itu barulah Liana nampak kelibat Seth. Lelaki itu sedang tunduk mengeluarkan bagasi dari bonet kereta. Terketap erat bibir dia lepas lelaki tu berpaling dan pandang ke arahnya. Dia sebenarnya lama tahan air mata ni dari tumpah. Tapi bila Nampak muka Seth, hati kecil dia ni terus nak emo tak tentu pasal.

Seth dari jauh lagi dah tersenyum lebar sebaik saja dia bertentang mata dengan Liana. Dengan langkah yang luas, dia tarik bagasi bersamanya saat menghampiri tangga dimana Liana sedang berdiri.

         "Hai..."sapa Seth saat perasaan Lana ada di situ sekali.

Dengan riang, Lana melambai tangan ke arah Seth.

Sementara itu Liana diam di situ, tidak berkata apa-apa selain memandang wajah Seth. Apa dia patut buat sekarang ni?

         "Dah lama ke tunggu?"tanya Seth setelah berdiri melangit di hadapan Liana dengan jambangan bunga yang dia terima sewaktu sesi penyerahan anugerah tadi. Dia hulurkan bunga itu kepada Liana. "Kita orang menang...terima kasih untuk doa kau Liana.."ajunya menunggu Liana menerima pemberiannya.

Dia sedar, perbezaan darjat adalah jurang perbezaan yang dia miliki. Dah jelas dekat situ dirinya bukan jodoh terbaik untuk Ares. Liana mencebik sedih sebelum dia menjengketkan kaki dan melingkarkan tangan ke sekeliling leher Seth. Sebaik sahaja dagu dia hinggap di bahu itu, air mata yang telah lama diperam akhirnya tumpah di situ. Meluncur laju seperti tiada tanda mahu berhenti.

Lana dan Seth di situ kebingungan sebaik suara esak tanggis Liana mulai kedengaran.

       "Lia?Kenapa ni?"tanya Seth tertunduk ke bawah kerana Liana.

       "Peluk aku Seth..."rintih Liana dengan begitu sedih tersedu sedan kuat. Sakitnya dada dia waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Cinta pertama dia telahpun diputuskan secara paksa tanpa rela dia!

        Kelam kabut Lana capai jambangan bunga dari Seth dan bagasi dari tangan lelaki tu dan berdiri di tepi mereka berdua dengan riak wajah tercengangnya. "Kenapa kau menangis Lia?"tanya dia.

Seth tidak membuang masa dia terus peluk tubuh Liana hingga menyebabkan gadis itu terangkat dari lantai tu.

        "Peluk aku kuat lagi.."nangis Liana menyembunyikan wajahnya di balik ceruk Seth. Macam mana dia nak lupakan Ares!!

"Ya...aku peluk ni.."Seth mengeratkan lagi pelukannya sebelum mencium bilah bahu Liana memberi comfort pada gadis itu. Dia tak tahu kenapa!Tapi kalau Liana dah nangis macam ni, mesti ada sesuatu yang buatkan Liana terluka atau sakit hati. Siapa yang berani sakitkan hati Liana ni?!

Teresak-esak la Liana di situ dalam pelukan Seth.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now