🎶 CHAPTER 54 🎶"Tidak!Bonda tidak mengizinkan anakanda bersama dengan gadis tu!"
"Tapi kenapa bonda?Ares cintakan Liana. Dia pilihan hati Ares. Bukan ke ini permintaan bonda supaya Ares temukan jodoh sebagai pasangan Ares?"
"Ya. Tapi bukan dengan gadis itu...ramai-ramai calon kenapa gadis tu juga yang anakanda mahukan?"Permaisuri Johenah begitu tergamam dengan apa yang baru disampaikan oleh Putera Mahkota Ares kepadanya tadi. Anakanda sulungnya itu telah menceritakan hal yang telah lama dia lupakan sejak 20 tahun yang lalu. Dan tidak disangka, ramai-ramai orang di muka bumi ini, anak perempuan kepada lelaki yang menjadi cinta pertama dia telah disukai oleh putera sulungnya!
"Bonda..."
"Cukup Ares. Bonda menegah anakanda bersama dengan gadis tu. Bonda tidak suka dan tidak akan restu. Ramai lagi calon yang lebih baik latar belakangnya dari gadis tu. Anakanda perlu ingat. Anakanda perlu bersama dengan pasangan yang boleh memberi kebaikan dan kelebihan buat anakanda suatu masa nanti. Bukan atas dasar perasaan suka dan cinta!"
Putera Mahkota Ares begitu terkedu waktu itu. Dia pandang tidak berkedip akan tatapan serius Permaisuri Johenah.
"Adakah bonda membantah kerana Liana adalah anak kepada cinta pertama bonda dan juga sahabat baik bonda?Sebab itu ke?"
"Anakanda tidak tahu apa yang bonda telah lalui kerana mereka berdua. Bonda patah hati selama bertahun lamanya hanya kerana perlu melepaskan lelaki yang bonda cinta demi sahabat baik bonda. Dan mereka apa?Sedikit pun tidak menghargai apa yang bonda lakukan!" jelas Permaisuri Johenah. "Jadi bonda mahu anakanda patuh kata bonda. Berhenti bertemu dengan gadis itu atau bonda akan buang di dari akademi ini. Kamu mahukan reputasi gadis tu tercemar kerana keputusan kamu tu?"
Jatuh melutut Putera Mahkota Ares waktu itu. Dia memandang merayu akan Permaisuri Johenah. "Bonda...anakanda merayu.."
Bersama air muka dingin dan seriusnya, Permaisuri Johenah tunduk memandang ke bawah. melihat wajah merayu anak lelakinya itu mengingatkan dia saat dia merayu depan cinta pertamanya untuk tidak menolak cinta dia. Tapi tidak...lelaki itu tanpa belas menolak perasaan dia begitu saja!
"Lupakan gadis itu. Dan bonda tidak akan menyentuh sehelai pun rambut gadis yang kamu sukakan itu."tegas Permaisuri Johenah dengan renungan nekadnya.
Knock!
Knock!
Ketukan pintu kedengaran dalam kamar tidur putera mahkota itu sebelum seseorang masuk ke dalam sambil menatang dulang berisi jug air dan sepinggan snek.
"Tuanku..masa untuk minum petang."beritahu Jeremiah saat memandang lelaki yang sedang duduk di birai jendela, menopang bawah dagu dengan tapak tangan. Putera Mahkota itu sedang termenung memandang permandangan di luar jendela tu.
Ares tidak menyahut. Dia hanya memandang bangunan akademi yang terletak di bawah bukti depan istana. Berharap dia dapat lihat dari jauh kelibat Liana. Tapi tidak. Yang di Nampak hanyalah bangunan dan menara akademi tu saja. Sudah dua hari sejak dia hantar surat kepada Liana mengenai utusan bondannya itu.
Dan sudah dua hari jugalah tidur Ares tidak lena.
"Tuanku?"panggil Jeremiah lagi dengan perlahan di belakang.
Dengan lemah Ares palingkan kepala, memandang Jeremiah bersama tatapan kosong. "Bawa keluar. Aku tak ada selera nak makan apa-apa."
Berkerut kening Jeremiah selepas dengar. Dia pandang silih ganti akan wajah sugul Ares lalu ke cebisan kertas yang bersepah atas lantai depan jendela tu. "Tuanku..."
"Keluar...kau tak faham ke?"minta Ares dengan mata terpejam letihnya. Lantas Ares memalingkan semula kepalanya ke luar jendela dan sadarkan kepala ke belakang. Mata dia mula kemerahan.
"Malam tadi tuanku tidur tak?"
Ares mendiamkan diri.
Jeremiah tidak berputus asa. Dia masih berdiri setia di situ menunggu balasan dari Ares. "Minum la sedikit. Dari semalam tuanku tidak menjamah apa-apa untuk mengisi perut."
Lalu Ares memejamkan matanya. Dia buat tidak dengar akan Jeremiah. Hatinya masih sakit. Fikirannya hanya terarah pada Liana. Pasti surat yang bonda dia kirimkan itu telah tiba di tangan Liana. Kekasihnya pasti sedang bersedih dengan berita putusnya hubungan mereka tu.
"Raja Aryan meminta tuanku datang menghadap baginda. Tuanku akan hadirkan diri ke?"
"Kau tak dengar ke?Aku kata keluar!"arah Ares dengan mata terpejam kerana waktu itu dia benar-benar mahu menangis!Dia dah janji pada Liana!Dan sekarang dia mungkiri janji tu dengan mudah begitu saja!
Perlahan-lahan Jeremiah meletakkan dulang berisi minuman dan snek petang ke atas meja kecil di sebelah set sofa tu. Tanpa mengatakan apa-apa dia mengatur langkahnya ke arah pintu. Sebaik sahaja Jeremiah tutup pintu itu, dia bertembung dengan Puteri Aria. Buatkan dia terkejut akan kemunculan tiba-tiba gadis remaja itu.
"Selamat petang tuanku."tunduk Jeremiah.
"Dimana Ares?Beberapa hari ni saya tak nampak dia keluar bilik atau makan bersama kami?"Puteri Aria menjungkit keningnya dengan sassy.
Mata Jeremiah tunduk memandang ke lantai. "Putera Mahkota Ares tidak berapa sihat. Jadi dia ambil masa untuk berehat di dalam biliknya sahaja."dia tahu deal yang berlaku antara Permaisuri Johenah dan Putera Mahkota Ares yang mana menjadi punca kenapa putera mahkotanya itu tiada mood. Dengarnya Permaisuri Johenah menolak permintaan Putera Mahkota untuk jadikan seorang gadis dari akademi menjadi pasangan putera mahkota itu. Sejak dari situ la Putera Mahkota mula berkurung. Tapi kejadian ini tidak diketahui oleh sesiapa termasuk la Puteri Aria.
"Iya ke?"Puteri Aria mengerling ke pintu bilik tidur belakang Jeremiah tu. "Tak sihat?Teruk sangat ke?"
Jeremiah menarik senyuman nipis lalu mengangguk kepala. "Mungkin sehari dua lepas ni tuanku akan baik-baik sahaja. Jadi tuan puteri tidak perlu khuatir."
Puteri Aria menyelak rambutnya ke belakang bahu. "Tak adanya saya nak risau. Abang saya yang kuat berlagak dan bossy tu bukannya kisah kalau saya sakit ke ada masalah...hmmp!"ujarnya sebelum berlalu pergi dari situ.
Jeremiah pandang semula ke pintu yang tertutup di sebelahnya sebelum berdiri di depan itu dengan kedua-dua tangan di belakang badan. Dia harap semuanya akan baik-baik saja.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...