📜The Royal📜

849 99 1
                                    

🎶 CHAPTER 4 🎶

         "Dimaklumkan kedatangan Putera Mahkota Ares dan Puteri Aria menghadap..."maklum penjaga pintu masuk ruang makan itu semasa ia terbuka ke dalam dan pasangan adik beradik yang indah dalam busana diraja berjalan.

Para dayang serta pengawal di situ masing-masing memberi tunduk hormat kepada mereka berdua.

          "Maafkan anakanda kerana lewat lagi hari ini.."ucap Puteri Aria saat mengambil tempat di kerusi meja makan itu.

          Permaisuri Johenah memberi senyuman mesranya semasa perhatikan anak-anaknya di situ. "Bonda sudah biasa dengan kelewatan anakanda berdua...jemput la duduk. Kita akan mula bersantap selepas ayahanda kamu tiba ke sini."

           Putera Mahkota Ares pandang tidak berminat saat bertentang mata dengan adik perempuannya itu. Dah kenapa pandang-pandang? "Kenapa?"soalnya.

            Puteri Aria menarik sengih nakalnya. Ada sesuatu yang dia mahu laporkan kepada bondanya, tetapi dia biarkan sahaja dulu."Bonda.."panggilnya sambil memandang Ares. "Anakanda dengar ayahanda telah pelawa Redd Sterling untuk membuat persembahan di dalam istana malam ini?Benarkah?"

            Kening Ares berkerut sedikit, dia dapat rasakan adik perempuannya ada muslihat yang terlipat di balik sengihan itu. "Kenapa?Bukan kau ke yang beria sangat nakkan senior kesukaan kau tu masuk ke istana?"

            "Ares...berapa kali bonda pesan, jangan cuba cari gaduh dengan adinda kamu?"tegur Permaisuri Johenah dengan renungan tak percaya. Dua beradik ini jauh jarak usianya iaitu empat tahun, jadi memang kerap bertengkar kalau bertentang mata.

            "Suka hati la?Jelous?"cabar Aria. "Sekurang-kurangnya aku tak cuba curi-curi keluar dari istana."

            Tatapan Ares serta merta menjadi gelap apabila dia mendengar ucapan Aria. "Apa kau cuba nak cakapkan ni hah?"

             "Curi-curi keluar?"Permaisuri Johenah sedikit terkejut. Dia pandang akan Aria lalu ke Ares. "Apa yang kamu katakan ni?"

             Lantas senyuman Aria di bibir melebar. "Iya bonda...semalam kan anakanda nampak kekanda Ares selinap masuk ke istana seperti pencuri selepas merayau di dalam hutan sana."

            "Cakap tu baik-baik sikit ya. Kau ada bukti ke aku keluar?Suka hati aje buat cerita...."bidas Ares.

            Aria sudah bersedia hendak melawan, namun Permaisuri Johenah segera menghalang. "Sudah cukup kamu berdua. Kenapa la tidak boleh aman seketika setiap kali kita berkumpul. Kamu dua beradik saja pun...kenapa mesti hendak bertegang leher?"

Aria menyilang tangan ke dada dengan reaksi puas hati. Semalam abang dia cuba batalkan persembahan senior kesayangannya itu, jadi hari ini dia hendak balas semula tindakan tu. Ya..semua orang kenal perangai Putera Mahkota Kerajaan Genovia ni. Jangan tertipu dengan rupa paras kacak tu, sikap kekandanya kadang-kadang tidak boleh diramal. Nampak baik dari luaran, tapi senyap-senyap menakutkan! Kenalkan, Ares Giovanni. Putera mahkota berusia 20 tahun talam dua muka.

Sementara Ares bersandar pada kerusi memandang bengang ke pasu bunga di atas meja depannya itu. Sabarkan aje la dia dengan sikap adik kecilnya ini. Umur 16 tahun tapi berperangai tidak ubah seperti budak kanak-kanak tadika. Itu la Aria Giovina.

           "Kau tak masuk akademi ke hari ni?Kenapa masih ada dalam istana lagi?"soal Putera Mahkota Ares apabila seorang dayang muncul dari tepi lalu meletakkan gelas berkaki di tepi alas pinggan lalu menuangkan air kosong ke dalam gelas itu.

            "Hari ni tak dapat masuk la sebab ayahanda panggil untuk jumpa. Jangan risau, aku pun lebih suka duduk di akademi dari hadap muka kau yang menyakitkan hati ni.."cebik Puteri Aria.

            "Oh ya..lupa. Anakanda Ares jangan lupa pula ya.. kita akan di kunjungi oleh beberapa orang anak dari Duke dan Lord yang mungkin boleh berkenalan dengan anakanda nanti. Mana tahu mereka boleh menjadi calon isteri kamu."beritahu Permaisuri Johenah dengan ceria.

             "Hahaha...oh no!Kekanda pasti akan buat perangai bad boy dia tu semula.."agah Puteri Aria.

Makluman itu membuatkan Putera Mahkota Ares mengetap garis nipis di bibir kerana tidak berani hendak memberi sebarang balasan dengan permintaan bondanya itu. Kali terakhir dia lakukannya, ayahanda dia telah mengurung dia selama sebulan di dalam istana tidak boleh keluar gara-gara menolak permintaan seorang duke yang ingin menjodohkan anak perempuan mereka kepada dia.

            "Puteri Aria..hentikannya."tegah Permaisuri Johenah. "Kamu malah beri idea kepada kekanda kamu.."

            "Apa?Salah ke?Bonda sendiri tahu kan mengenai khabar angin tentang kekanda Ares?Seluruh negeri ini tahu yang kekanda Ares terkenal dengan sikap bad boy vibenya tu. "

             Permaisuri Johenah melepaskan keluhan panjang kerana komen Puteri Aria. "Ya..sebab kekanda kamu sengaja buat begitu supaya khabar angin tidak elok tersebar dan tiada siapa sudi menjadi pasangan dia nanti.." jelasnya. "Anakanda Ares, ini adalah amaran. Jangan sesekali kamu lakukan perangai tidak sopan sewaktu bertemu dengan mana-mana gadis yang dicalonkan tu..faham?"

              "Baik bonda."angguk Ares mengalah.

Pada masa itulah pintu terbuka, dan suara penyambut di depan berkumandang.

              "Dimaklumkan kehadiran Raja Aryan ke dalam..."

Serentak itu, Permaisuri Johenah, Putera Mahkota Ares dan Puteri Aria bangun menyambut kedatangan raja mereka itu.

Dengan tertib mereka beri tundukkan masing-masing.

               "Selamat pagi tuanku.."

                "Selamat pagi ayahanda."sapa mereka dengan serentak.

                "Selamat pagi semua."Raja Aryan yang segak lagikan majestic itu mengangguk kepala sebagai balasan. "Tidak mengapa. Kamu semua boleh duduk. Maafkan beta kerana lewat. Ada urusan dengan Menteri sebentar tadi."maklumnya saat selesakan duduk di kerusi.

Dan bila raja selesai duduk, barulah mereka semua duduk.

               "Putera Mahkota..."panggil Raja Aryan dengan mengejut.

                "Ya ayahanda."sambut Putera Mahkota Ares dengan nada hormatnya. Tapi mata tidak berani hendak bertentang dengan rajanya itu.

              "Terima kasih sebab sudi hadirkan diri walaupun ayahanda tahu anakanda pasti masih marah kerana ayahanda tidak menerima permintaan kamu semalam."

Puteri Aria mengerling ke Putera Mahkota Ares lalu tersenyum sinis. Ya. Kan semalam Ares minta senior dia iaitu Redd Sterling supaya diganti dengan pelajar akademi lain untuk adakan persembahan, ayahanda mereka kata tidak boleh. Yang mana cukup menyenangkan hati dia kerana permintaan Ares tidak di tunaikan.

                "Tidak mengapa ayahanda."senyum Putera Mahkota Ares sebelum memandang ke Puteri Aria. Pelan dia hendak mengenakan adik kecil ini selalu tidak menjadi. Yalah...sekejap senior Redd...sekejap Sterling...hari-hari sebut nama sama...itu la ini la...naik menyampah dia dengar. Macam dah tiada lelaki lain agaknya dekat muka bumi ni sampai obses dengan lelaki piano tu.

               "Marilah kita mulakan makan, bonda dengar tukang masak diraja telah menyediakan hidangan kegemaran anakanda berdua..."

🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now