🎶 CHAPTER 84 🎶
Knock!
Knock!
Ketukan pintu diberikan sebelum Ares tolak pintu ke dalam. Perkara pertama yang dia lihat adalah Liana sedang tunduk menyarung kardigen di badan. Serta merta dia tersenyum bila lihat wajah itu tidak sepucat dia lihat siang tadi.
"Hi love..."Ares dapatkan Liana lalu mengucup dahi hangat gadis itu. Masih panas lagi badan itu.
Liana di atas katil diam bersila tidak mengatakan apa-apa selain pandang wajah ceria Ares. Waktu itu dia sedang marah dengan Ares, jadi sekalipun lelaki itu tersenyum senang, dia takkan terpujuk sama sekali.
"Happy sangat ni kenapa?"
Ares duduk di atas katil itu, menghadap Liana masih tersenyum menilik muka demam Liana. "Kenapa nak marah ni?"
Berdengus tak percaya Liana dibuat soalan tu. Agaknya Ares dah lupa apa yang lelaki ni dah lakukan siang tadi. "Saya tanya awak... awak tahu apa awak dah buat siang tadi?"
"Buat apa?"
"Jeremiah dah ceritakan dekat saya segalanya. Dan awak expect dari saya untuk berterima kasih?Awak tahu tak tindakan awak hanya akan buatkan Permaisuri Johenah marah! Puteri Aria mesti dah tahu tentang hal ni kan...saya mesti dalam masalah besar "
Ares menarik sengih meleretnya melihat tingkah cemas Liana sebelum menyelak anak rambut Liana ke belakang telinga kanan gadis itu. Perlu ke dia beritahu hal sebenar atau didiamkan sahaja sebagai kejutan.
"Bawa saya ke hospital ni pulak...awak tahu tak...tahap anxiety ni boleh buat saya kena heart attack sebab risau sangat?"bebel Liana dengan laju sejak tadi.
Masih diam tidak mengatakan apa-apa Ares di situ memandang lama ke wajah risau Liana. Waktu itu dia berasa gembira sebab akhirnya tiada halangan lagi untuk dia bersama dengan Liana. Walaupun masih awal untuk berfikir mengenai perkahwinan, dia tetap mahu Liana menjadi pasangannya. Tidak kira berapa lama sekalipun masa yang perlu diambil.
"Ares....awak dengar tak saya ni?"
Ares mengangguk kepala.
"Kalau macam tu cakap la sesuatu...awak tenang macam ni buat saya makin risau!Adakah saya dalam masalah?Adakah saya akan dibuang dari akademi sebab semua orang dah nampak apa yang berlaku dekat dewan tu?"
Soal itu...tiada apa-apa yang dia dapat lakukan. Mungkin saat ini berita sudahpun tersebar luas dalam akademi mengenai tindakan dia. Lagipun ianya bukan masalah besar untuk di risaukan. Lagi cepat orang tahu mengenai hubungan dia dengan Liana lebih baik. "Kenapa kau nak rahsiakan hubungan kita?"tanya Ares.
Liana tercengang.
"Hei...saya cakap perkara lain...yang awak tanya benda lain kenapa?Itu bukan soalnya sekarang. Saya dapat mesej dari Lana beritahu kecoh satu akademi tentang awak selamatkan saya. Siap ada video lagi tu.."terus Liana sua skrin telefon ke depan muka Ares.
Mata Ares gerak serta merta dari muka Liana ke skrin telefon depannya. Ianya adalah video dimana dia dukung Liana keluar dari dewan tu. So?Apa masalahnya..bukannya dia kiss Liana depan secara public ke apa. "Aku tahu tu..."telefon itu di tolak ke bawah. Lantas dia diam memandang wajah Liana dengan lama.
Terkedip-kedip mata Liana bila Ares buat muka serius dan pandang dia begitu. Buatkan dia berasa gugup tiba-tiba. "Kenapa awak pandang saya macam tu?"
"Bonda dan ayahanda dah tahu tentang kita Lia.."beritahu Ares saat capai tangan Liana lalu digenggam dengan kedua-dua tangan. "Mereka dah beri restu kepada saya untuk jadikan awak sebagai pilihan hati saya."
"Hah?"nganga Liana begitu tersentak.
"Jadi jangan risau lagi. Sampai buatkan diri kau tertekan dan jatuh sakit begini."
"Macam mana?Apa yang dah berlaku?Tiba-tiba?"Liana buat muka tak percaya dia.
"Nothing serious. Kau tak payah fikir banyak. Just fokus pada study dan cita-cita kau. Hal lain, biar aku uruskan."
"Puteri Aria?"
"Budak bratty?Kau buat tak tahu je la.."Ares menarik sengih penuh maksudnya tanpa menjelaskan dengan lebih tentang apa yang adik bongsu dia telah lakukan. "Yang penting sekarang kau dengan aku tak ada halangan lagi untuk bersama."
"Senang awak cakap kan..."Liana pukul dada tu kegeraman.
Sambil ketawa Ares tarik Liana ke dalam pelukannya.
"Apa peluk-peluk ni?Saya kan sakit. Kalau berjangkit dengan awak macam mana!Lepaskan saya sekarang!"
"Tak apa. Sekejap aje..kalau sakit pun kan doktor ada."
"Jangan nak mengada. Lepaskan saya sekarang."
"Tak nak!"
Liana melepaskan keluhan mengalahnya sebelum merehatkan pipinya ke dada Ares dan melingkarkan tangan ke sekeliling pinggang itu sebelum memejamkan mata. Kalau betul apa yang Ares sampaikan tadi, nampaknya tiada apa-apa lagi yang dia perlu risaukan la.
Ares menyandarkan pipinya ke atas dahi panas Liana sebelum memejamkan mata untuk seketika ingin menikmati momen tenang mereka di situ selepas sekian lama tidak berasa lapang dan senang begitu.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...