📜Sebenarnya📜

667 96 3
                                    

🎶Chapter 49 🎶

        Ares dukung Liana gaya pengantin untuk turunkan gadis itu dari jendela itu. "Kau nak cakap apa tu?"tanya dia saat bergerak ke arah sofa. "Macam serius je?"mendekat sahaja ke situ, dengan perlahan dia letakkan Liana atas kerusi itu.

       "Boleh la dikatakan serius.."ujar LIana saat selesakan diri di sofa. Bantal kecil di situ dia capai lalu diletakakn atas ribanya sebagai tempat untuk dia menopang kedua-dua tangan.

        Ares tanggalkan sarung tangan putih dari tangannya lalu diletakkan atas meja diikuti dengan mahkota atas kepala. "Cakap la. Aku dengar."

        "Jangan marah kalau saya ceritakan hal ni pada awak, okay?"minta Liana apabila melihat rambut Ares terkeluar dari sisir kemas itu sebaik sahaja lelaki itu alihkan mahkota dari kepala tu. Dengan bersahaja dia betulkan rambut itu semula.

         Ares duduk bersila sebelah kaki atas kerusi itu menghadap Liana lantas mengangguk. "Okay. Aku tak marah."

        "So...nak dijadikan ceritanya, ianya bermula pada 20 tahun yang lalu. Masa Permaisuri Johenah adalah puteri mahkota dan parents saya adalah pelajar di akademi Art and Music."Liana pandang Ares. menanti reaksi dari lelaki itu, tapi Ares tidak beri sebarang reaksi kecuali gerak hanya untuk mengucup pipinya. "Mereka bertiga menjadi sahabat baik. Terutama sekali ibu saya dan bonda awak Ares."

         Kening Ares terangkat tinggi. "Oh really?Interesting..bila kau dapat tahu tentang hal ni?"

Liana tepuk peha Ares. "Saya serius ni. Dengar la betul-betul. Saya dapat tahu dari parents Seth sendiri masa balik kampung dengan dia.."

          "Okay..sorry..sorry.."sengih Ares dengan meleret. "Go on milady.."

           "Long story short bonda awak jatuh cinta pada ayah saya yang mana menyukai ibu saya pada masa yang sama. Disebabkan insiden ini, hubungan mereka terputus dan mengikut haluan masing-masing."

             Senyuman Ares memudar setelah dia mula faham akan situasi mereka saat itu. "Sekejap...apa kau cakap tadi?Bonda aku suka pada ayah kau tapi ayah kau suka ibu kau?Kalau macam tu-"

            Liana mengangguk kepala. "Yup. You right. Kalau bonda awak tahu siapa saya yang sebenarnya, awak rasa mahu ke dia restu hubungan kita ni nanti?Terutama sekali bapa saya adalah cinta pertama bonda awak yang berkahwin dengan sahabat baiknya sendiri?"

           "Dang it!"Ares tersandar ke tepi kerana berasa tak percaya. "Yang ajaibnya..aku jatuh cinta pada kau. Iaitu anak kepada mereka yang bonda aku pernah sayangkan.."

           "Ares..ini hal serius. Awak jangan bergurau boleh tak?"Liana cubit pipi tu bila Ares mula melilau ke perkara lain. "Awak masih nak teruskan hubungan ni ke?"

          "Of course, you're my love. Apapun beef  parents kita berdua, mereka patut letak ke tepi demi kebahagiaan anak masing-masing. Lagipun bonda bukan seorang yang pendendam. Kalau betul la parents kau dan parents aku terpaksa bertemu suatu hari nanti. Maybe reaction tak sebesar yang kau fikirkan.."

          Liana menggeleng kepala. "Bukan setakat tu aje."

           "Apa lagi?"

           "Redd Sterling, lelaki itu menyukai saya pada masa yang sama dengan Puteri Aria menyukai dia." Liana pegang tangan Ares yang sedang berehat di atas tangannya di bantal itu.

            "Hah?Mamat muka kayu tu?Suka dekat kau?Kalau macam tu mesti Puteri Aria angin satu badan sebab orang yang dia suka, tak sukakan dia balik. Aku dah agak dah!"

             Liana mengangguk kepala. "Itu bermakna, kalau Puteri Aria yang sedia bencikan saya tahu kita bersama?Apa awak rasa akan berlaku?"

             Terus Ares menepuk dahi sendiri. "Alamak!Habis la Aria sebab dapat bakal kakak ipar comel macam awak nanti..."selorohnya sebelum ketawa.

            Liana buat muka kepenatannya. Surrender betul dia kalau bercakap dengan Ares ni. Dia tersengih sebab nak tahan diri dari ikut ketawa dekat situ. "Saya tak buat lawak la!"

             Ares ketawa sebelum tarik tangan Liana untuk memeluk tubuh itu. "Tak apa. Dia masih kecik lagi. Nanti dah besar, tahu la dia nak behave dengan baik. Yang penting bukan kau yang suka dekat Si Sedd tu.."

             "Redd la.."

            "What ever.. sounds still the same."

             "Kalau awak nak teruskan relay ni...awak kena tahu ianya takkan mudah."

             "Tak apa...latihan ketenteraan yang aku jalani selama tiga tahun lagi susah dari semua perkara ni."jawab Ares dengan selamba.

Knock!

Knock!

              Ketukan kedengaran tidak lama selepas itu. Buatkan Ares longgarkan sedikit pelukannya. "Ya?"sambutnya memandang pintu.

             "Tuanku..tiba masa untuk turun ke bawah semula."suara Jeremiah kedengaran dari luar pintu itu.

               Makluman itu buatkan Ares mengerang kejengkelan. "Urgh!I hate this!"

               "Time to go!!"Liana sondong ke meja lalu mencapai sarung tangan putih dari situ.

               "Tak boleh ke aku stay dekat sini dengan kau Lia?"Ares hulurkan tangannya ke depan Liana.

               "Kita jumpa lagi nanti bila free."Liana tunduk menyarungkan sarung tangan itu. Tapi Ares sengaja main-main. Lelaki itu cuba menggengam tangan setiap kali dia pegang. "Ares..lekas!Jangan bergurau!"tegasnya dengan sengih di bibir.

              "Tak sampai 15 minit aku duduk dengan kau..dah kena pisah balik."rungut Ares merehatkan wajahnya di bahu Liana. "Please stay. Jangan balik akademi."

              Lebih dari suka, dia mahu lakukan hal tu. Tapi tidak elok pula nanti. "Nak buat macam mana. Awak tuan putera, saya rakyat biasa. Kepentingan awak lebih banyak dibandingkan saya. Jadi keperluan mereka pada awak jugak banyak."dia pegang kepala itu untuk di tegakkan dari bahu.

              Bila Ares bertentang mata dengan Liana, dia tersenyum semula dengan lebar. Dia tidak akan pernah bosan setiap kali bersama Liana. "Terima kasih sebab datang Liana. Kehadiran kau adalah hadiah terbesar aku malam ni."

              "Dah..cepat gerak. Lambat nanti kesian   semua tetamu dekat bawah tu."Liana tolak bahu Ares supaya lelaki itu bergerak tapi Ares malah merapat kepadanya.

              Ares pegang bawah dagu Liana dengan senyuman lebar lalu menyondongkan kepala ke kiri. "Ini tanda penghargaan aku untuk kau.."beritahunya sebelum memberi deep kiss ke bibir Liana.

Knock!

Knock!

         "Tuanku?"panggil Jeremiah di luar pintu tidak semena.

Tersentak Liana. Dia cepat-cepat cuba menolak tubuh Ares supaya berpisah tapi tangannya malah dipegang oleh lelaki itu. Buatkan Ares makin mendalamkan kucupannya.

          "Tuanku, kita kena bergerak sekarang.."gesa Jeremiah lagi.

           Ares beri kucupan terakhir di bibir Liana sebelum menjarakkan diri dari gadis itu. "Ya!Sabar!"laungnya semasa bangun dari sofa tu dengan geram. "Kacau betul!"

            Liana ikut berdiri, dia betulkan kolar baju tu  sebelum meletakkan mahkota di atas kepala Ares. "Senyum sikit bila jumpa orang tu. Jangan tarik muka je."pesan dia sambil tu.

             Ares pandang Liana lalu berdengus mengejek. "Kau seorang aje boleh nampak aku senyum Lia."beritahu dia sebelum gerak pergi dari situ dengan langkah yang luas.

Berasa tak percaya dengan sikap Ares. Liana menggeleng kepala. Entah dengar tidak Ares tu apa yang disampaikan?Takut tak masuk dalam telinga tu je.

Kalau dah namapun Guitar Boy, macam gitar la jugak gayanya. Lain yang dipetik lain yang didengar!

🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now