🎶 CHAPTER 57 🎶
Setelah menunggu dengan tidak sabar, akhirnya tibalah minggu pertandingan Muse Diraja yang dinantikan oleh para pelajar Akademi Music and Art Diraja Genovia. Seminggu itu kehidupan di dalam akademi berjalan seperti biasa. Para pelajar yang terlibat banyak luangkan masa untuk berlatih dan menajamkan skill masing-masing. Ada yang tidak tidur lama semata hendak membuat persiapan penting mereka.
Dan seminggu jugalah telah berlalu sejak kejadian Ares dan Liana putus hubungan, Redd berbaik semula dengan Liana dan Seth menerima jawapan dari Liana mengenai perasaan crush dia terhadap kawan 9 tahunnya itu. Lana dan Mathias menjadi sahabat yang baik telah bantu Liana sepanjang masa gadis itu berlatih dengan memberi semangat dan menjadi pasangan latihan Liana.
Pada hari kejadian, para pelajar yang berdaftar akan menjalani sesi pemilihan untuk pusing pertama dimana bakal di nilai oleh juri yang dipertanggungjawab setelah sarapan. termasuk Liana, Redd dan Seth. Mereka semua ditempatkan dalam dewan ballroom akademi tu. Dalam barisan mengikut tahun masing-masing.
Dan juri yang terlibat antaranya ialah master mereka sendiri dan Putera Mahkota Ares.
Berdebar tu jangan di tanya!
Memang terasa ibarat jantung mahu melompat keluar dari dada pun ada.
Liana di kerusi paling hadapan di belakang meja juri waktu itu diam termenung melihat pentas dimana beberapa orang pelajar sedang sibuk atur kerusi dan peralatan seperti mikrofon dan note music stand. Mereka belum mula lagi kerana sedang menunggu ketibaan Putera Mahkota Ares. Para master memang dah dari awal lagi sampai ke situ.
"Kau okay?"tegur Seth di sebelah dengan perlahan.
Kepala Reeya berpaling ke tepi serta merta sebelum dia tersenyum nipis kepada Seth. "Okay. Kau?Okay tak?"
Seth turut sama mengangguk kepala. "Aku okay je. Kau tu jangan nervous pulak."pesannya sambil selak anak rambut Liana ke belakang telinga.
Dia tak nervous. Dia cuma rasa risau dan tidak tentu arah kerana sebentar lagi dia akan bertemu semula dengan Ares. Hatinya masih belum kuat hendak memandang wajah yang dirindui selama beberapa hari ni! "Thanks.."ucap Liana kepada Seth sebelum memandang ke depan semula.
Beberapa minit kemudian bunyi pintu dewan terbuka lalu diikuti dengan suara bisikan halus yang bergumam dalam dewan tu. Mengundang tanda tanya kepala Liana di depan waktu itu. Niat dia hendak berpaling untuk cari sumber hal itu berlaku, namun terus terbatal apabila dia perasan ada beberapa orang lelaki bersut jalan dalam keadaan berarak mengiringi seseorang di hadapan barisan tu mendekati barisan meja juri.
Terbutang mata Liana apabila dia sedar orang itu adalah Putera Mahkota Ares. Lelaki lampai yang kemas mengenakan pakaian tailor made serba biru bersalaman dengan master di situ. Senyuman terukir di bibir lelaki itu. Yang mana buatkan Liana berasa sebak dengan tiba-tiba sebab terkejut.
Agaknya Ares rindu tak terhadap diri dia? Liana sedaya upaya kawal reaksi di wajahnya supaya tidak kelihatan sedih memerhatikan Ares berjalan naik ke pentas dan disambut oleh emcee untuk memberi ucapan pembuka kata.
"Selamat pagi saya ucapkan kepada para pelajar Akademi Music and Art. Terima kasih kerana sudi mengikuti pertandingan diraja ini walaupun saya tahu kamu semua ada jadual lain yang perlu dilakukan. Untuk itu tanpa membuang masa lagi dengan lafaz kata, Pertandingan Muse Diraja dimulai sekarang secara rasmi. Tidak lupa juga..."Ares mengerling barisan para pelajar di situ cuba mencari kelibat cinta hatinya. Dan di situ...mata dia terhenti di kerusi hadapan sekali. Wajah Liana yang dingin dan renungan kosong terarah pada dia di atas pentas. "Semoga berjaya dan lakukan yang terbaik untuk dapatkan keputusan yang cemerlang." sambungnya sambil memandang sedih ke arah Liana.
Di tempat duduknya pula, Liana angkat tangan dan mula memberi tepukan sebaik ucapan itu tamat tanpa mengalihkan tatapannya dari Ares. Lelaki itu memandang ke arahnya seperti mahu menangis di situ jugak. Mahu tak mahu dia ukir senyuman di bibir hendak memberitahu kepada Ares yang dia tak apa-apa.
Senyuman Liana di sambut Ares dengan kepalan penumbuk di kedua-dua belah tangannya. Kerana saat itu Ares sedang bergelut dengan perasaan dia dari lari dan mendapatkan Liana dalam pelukan dia!
Saat tepukan gemuruh bergema, Ares dengan susah payah mengalihkan pandangan dia dari Liana dan bergerak turun dari pentas tu untuk menyertai para master di meja juri.
Waktu itu Seth turut menyaksikan situasi itu tapi dia hanya mampu melepaskan hela pendek kesalnya. Tangan Liana di atas peha itu di capai lalu di genggam hendak beri semangat.
Lalu bermula la sesi pemilihan dari setiap peserta yang berjumlah seramai 60 orang itu.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...