🎶 CHAPTER 21 🎶
Pintu bilik bacaan diraja terbuka sewaktu Putera Mahkota Ares berjalan masuk ke situ dengan attire diraja. Lelaki itu baru sahaja selepas menghadiri perjumpaan bersama dengan Raja dan Permaisuri Genovia untuk urusan formal. Sebelah tangan memegang ipad.
"Macam mana dengan urusan yang aku minta kau uruskan?"tanya Ares saat mendekati set sofa di situ. Duduk sahaja atas kerusi berwarna coklat beige. Ipad tadi di sentuh itu dan ini. Melakukan sesuatu padanya.
Jeremiah di hadapan Putera Mahkota Ares pandang akan wajah serius itu dengan kening berkerut tidak faham. "Sudah tuanku. Mereka telahpun lakukan hal tersebut dan tindakan telah pun diambil serta merta. Dengan titah dan surat perintah yang tuanku berikan."maklumnya.
Ares mengangguk kepala berpuas hati saat fokus memandang skrin ipad yang sedang memaparkan artikel penting yang perlu dia hafal untuk sesi hujahan di dewan bersama ahli parlimen nanti. Disebabkan ayahandanya ada urusan yang tidak dapat dielakkan maka dia selaku putera mahkota perlu mengganti tempat baginda untuk menjayakan majlis. Sejak beberapa hari ni dia terlalu sibuk jadi tidak sempat hendak keluar dari istana seperti kebiasaannya.
"Tuanku...memangnya siapa orang yang tuanku reman dalam penjara tu?Orang tu cari masalah dengan tuanku ke?"
Putera Mahkota Ares diam di situ membaca butiran di skrin.
"Saya dengar Mayor Massimo mendapat masalah selepas berita anak perempuannya ditahan atas kesalahan assault terhadap seseorang. Kalau betul, adakah orang yang tuanku bantu itu adalah orang yang tuanku sering jumpa secara rahsia di luar istana?"
Kening kanan Ares terangkat.
"Kalau ya memangnya kenapa?Bukannya aku buat salahpun. Dan jangan kau berani beritahu ayahanda dan bonda mengenai hal ni.."maklum Putera Mahkota Ares.
Jeremiah terdiam selepas itu. Dia dalam sembunyi tersenyum bila Putera Mahkota Ares kelihatan malu bila ketahuan dengannya. "Baik tuanku jujur dengan saya. Betul ke yang Tuanku selama ni telah pun menyukai seseorang?Sebab itu tuanku sebolehnya tunjuk sikap tidak hormat pada mana-mana calon yang menemui tuanku?"
"Dah kenapa kau tanya macam tu?"
"Sebab saya dah hafal sangat dengan sikap tuanku ni. Yalah.....Seingat saya la kan, tuanku tak pernah pun sakiti hati sesiapa sepanjang masa saya membesar dengan tuanku. Dan dengan anehnya sejak dua tahun yang lalu, tuanku bersikap dingin dan mula menolak sesiapa sahaja yang cuba hendak dekati tuanku..."
Elok Ares membaca, perhatiannya terus terganggu mendengar olahan Jeremiah itu. Dia lirik akan perkataan yang ada di skrin namun tiada satupun yang dia boleh baca.
"Baik tuanku cakap...siapa gadis yang telah menangkap perhatian tuanku selama ni hah?"sengih Jeremiah selepas itu. Tangannya sudah bercekak di pinggang.
Ares tidak menghiraukan pertanyaan Jeremiah. Dia sedaya upaya mengawal reaksi di wajahnya waktu itu. "Bukan urusan kau nak ambil kisah.."
"Sudah semestinya la urusan saya. Saya perlu ambil tahu semua orang yang tuanku kenali. Demi keselamatan tuanku sendiri. "tambah Jeremiah dengan nada tak percayanya. "Tuanku lupa kes beberapa bulan yang lepas?Tuanku telah hampir di racuni sewaktu hadirkan diri ke majlis amal dengan salah seorang peminat fanatic tuanku tu?"
"Itukan kemalangan...bukannya aku kenal siapa orang tu pun.."
Jeremiah mengecilkan mata, memandang tidak puas hati akan jawapan yang Putera Mahkota Ares berikan kepadanya. "Siapa gadis tu?Nak saya siasat latar belakang dia ke?Bagaimana orangnya?Cantik?Biasa?Sederhana?"
"Hentikannya Jeremiah."arah Ares sedikit jengkel dengan sikap itu. "Dia tak tahu aku adalah putera mahkota. Malah aku tak menceritakan hal sebenar pun pada dia. Jadi kami berkawan tanpa mengetahui latar belakang masing-masing..."
Huh?Mengerenyet mata kanan Jeremiah mendengarnya. "Apa tuanku kata?"
Dengan kesal ipad yang ada di tangan kanannya di letakkan ke tepi sebelum Ares menyilang tangan ke dada dan sandar ke belakang memandang Jeremiah. Cara Jeremiah cakap macam lelaki tu kenal siapa Liana yang sebenarnya.
"Macam mana kalau gadis tu adalah orang berbahaya?Atau pengintip yang diupah untuk pergunakan tuanku?"tanya Jeremiah lagi. "Atau peminat yang berpura-pura seakan tidak mengenali tuanku untuk perangkap tuanku?Huh?"
"Apa yang kau merepekkan ni...jangan sesuka hati nak menuduh kawan aku macam tu. Dia bukan gadis yang kau cakapkan tu la. Malah dia adalah salah seorang pelajar di akademi bawah sana tu. Budak kelas muzik, suka hati je nak label dia begitu."
Dengusan kecil kedengaran dari Jeremiah. Dia buat muka funny pada Putera Mahkota Ares kerana lucu dengan bidasan itu. "Amboi..bukan main lagi ya. Nampaknya gadis bertuah tu benar-benar telah buatkan tuanku madly in love huh?"
"Dah la kau. Pergi buat sesuatu yang berfaedah ke apa. Merepek aje dari tadi."
"Saya tengah buat la ni...temani tuanku dan uruskan tuanku. Kan itu kerja saya. Lupa ke?"
Ish!Ares hampir hendak baling ipad dekat tepinya itu ke Jeremiah. Jengkel dengan perangai sassy lelaki tu. Ada aje tau jawapannya.
Selepas itu Jeremiah kembali serius. Dia betul-betul maksudkan apa yang dikatakannya ini. "Saya harap tuanku tahu apa yang tuanku lakukan. Dan tidak lupa siapakah diri tuanku yang sebenarnya. Jika tuanku serius, tuanku kena bertanggungjawab di atas segala tindakan yang tuanku lakukan."pesannya.
"Ya..tahu."balas Ares mahu tak mahu.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
De TodoKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...