📜Taniah!📜

612 81 2
                                    

✳️✳️
❇️ CHAPTER 59 ❇️

Beberapa hari kemudian.....

           "Oh my god!Mathias!Tengok!Lia kita terpilih!Top 20 pulak tu!Kyaa!!!"Lana di sebelah Mathias memegang lengan lelaki itu dan melompat-lompat penuh kegirangannya.

           "Wahh!Sengitnya.."nganga Mathias bergerak-gerak dibuat tindakan Lana di situ. "Antara 60 orang peserta yang terpilih hanya 30 orang...itupun hanya di pusingan pertama?"

Liana mengedipkan mata bila dia nampak nama dia berada dibawah nama Seth dan Redd. .Dua orang pesaing yang sangat berbakat serta sukar untuk di tandingi. Dan paling parah kedua-dua orang itu mempunyai perasaan terhadap dia. Harap-harap Redd dan Seth akan ketepikan perasaan suka mereka terhadap dia dan bertanding dengan bersungguh-sungguh. Sebab dia pun nak menang dengan bermaruah. Bukan kerana di beri!

           "Taniah senior Lia..."

            "Sememangnya...kami memang dah jangka senior akan terpilih.."

            "Wahhh.top20?Bukan calang-calang ni.."

Borak pelajar junior lain di depan papan makluman hadapan lounge akademi. Penuh tempat itu sebenarnya. tapi mereka tidak la berasak-asak. Hanya berkumpul merapat mengintai lihat senarai nama yang di tampal pada papan di situ.

            "Senior Seth dan Senior Redd pun  terpilih...rasanya kebanyakan yang terpilih adalah mereka yang memang dah berada dalam ranking terbaik ahli perkusi akademi.."

            "Aku dengar Putera Mahkota yang pilih peserta...dan dia sangat cerewet. Master Karina yang terlibat masa pemilihan tu terpaksa tahankan dirj dari melawan kata Putera Mahkota sebab lelaki tu terlalu detail untuk setiap persembahan yang dibuat oleh peserta."

Liana, Lana dan Mathias yang berdiri di sekeliling pelajar yang berborak itu turut tertarik. Mereka jengah kepala masing-masing hendak memasang telinga.

           "Puteri Aria sepatutnya terpilih, tapi Putera Mahkota kata persembahan Puteri Aria secara solo terasa kosong dan tiada soul.. jadi dia reject hidup-hidup adik dia tu.."

           "Serius la?"

           "Hahaha..kelakarnya.."

Lana di sebelah Liana mula merapat. Dia rangkul lengan Liana sebelum meletakkan tangan di tepi mulut untuk berbisik.

           "Hei..kau sempat berjumpa dengan putera mahkota ke tadi?Aku tak sempat nak tengok sebab ada kelas...masa dah habis kelas aku tak dapat tengok sebab putera mahkota dah tak ada dalam dewan tu.."

            Liana palingkan kepala memandang Lana sebelum menggeleng kepala. "Tak."

            "Iya ke?Agaknya macam mana ya rupa dia?"Lana pusingkan mereka berdua menjauh dari kawasan tu.

            "Jom la ke dewan makan. Aku dah lapar ni.."Mathias rangkul bahu Liana selepas berdiri di samping Liana satu lagi. "Aku dengar hari ini cafeteria sediakan hidangkan istemewa mereka..tak sabar nak makan."

           "Kau tahunya makan aje la Mathias. Biar gemuk!Tak ada orang suka."getus Lana sebelum menjelirkan lidah. "Tak nampak ke Liana baru aje lepas pemilihan..ucap la taniah at least..makan aje yang difikirkan."

            Mathias cubit kegeraman lengan Lana dari belakang Liana. "Kau tu dah tak sayang mulut agaknya. Cakap nak menyakitkan hati aku aje.."

             "Ahhh!Sakit la sengal!Kau dah kenapa!"Lana lepaskan tangan Liana lalu lari ke Mathias. Hendak menangkap lelaki itu.

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now