🎶 CHAPTER 90 🎶
Sewaktu pelajar-pelajar ke hulu dan hilir akademi, muncul la kelibat orang yang dinantikan sejak semalam dari kejauhan di depan anak tangga. Sewaktu gadis berambut pendek itu jalan berbual dengan lelaki lampai di sebelahnya, semua mata terus terarah pada gadis di sebelah lelaki lampai tu.
Dan setiap kali dua orang melewati mana-mana pelajar berdekatan, pelajar-pelajar di situ mula memalingkan kepala ke arah lain dengan segera dan sebolehnya diam tidak membisikkan apa-apa seakan takut pada sesuatu...
or to be exactly, toward someone.
Seth lirik sekeliling mereka waktu itu dengan renungan dingin memberi amaran setiap kali mereka berada berhampiran dengan mana-mana pelajar berdekatan. Dia nak tengok, siapa yang berani bertentang mata dengan dia di situ.
"Kenapa bukan Ares yang hantar kau?"tanya Seth di sebelah.
Liana yang sedang mengemaskan ikatan pada tali lehernya tu pun berkata. "Ada urusan penting yang dia kena hadiri katanya..aku pun tak nak menyusahkan dia.."setelah selesai barulah dia mengangkat kepala. Memandang ke depan. '
"Ares dan hal diraja dia...kau sure kau boleh keep up dengan jadual dia yang padat ni Lia?"keluh Seth.
Liana menarik senyuman nipisnya lalu menoleh ke tepi. memandang tepi muka Seth. "Kalau dia busy kau kan ada"
"Jangan libatkan aku dengan sepupu aku tu.."Seth menjuling mata menyampah. "Lagipun kita orang tak rapat seperti mana yang kau fikirkan..."
"LIA!OMG!"sambut Lana orang pertama yang menerkam ke arah Liana apabila melihat Liana berjalan masuk ke dalam kelas bersama Seth di samping. Tubuh kurus itu dipeluknya dengan erat.
Mathias perhatikan saja dekat situ dengan tangan berseluk dalam poket seluar. Sihat jugak akhirnya kawan baiknya ini.
"Kesian member tu hah..tak sempat nak bernafas kau dah peluk dia macam apa.."selorohnya.
Liana berdiri kejung di situ. Membalas pelukan Lana dengan senyuman lebar di bibir. Macam lama sangat dia tak masuk akademi. Cuma sehari aje pun dia kena tahan dekat wad. Baru pagi ni dia balik ke akademi semula. Lana bereaksi macam dia tiada selama seminggu aje gayanya.
"Kau nak gerak masuk kelas dah ke?"tanya Mathias kepada Seth.
"Ha'ah...."Seth pandang Mathias lalu menepuk bahu rakannya itu dengan anggukan kecil. "Aku tinggalkan Liana dekat sini. Kau orang berdua tengok-tengokkan Liana...kita jumpa dekat cafeteria nanti."beritahu Seth saat meletakkan beg Liana di atas meja belajar gadis itu.
"Oh..okay. Jumpa nanti."angguk Mathias.
Liana dan Lana memandang Seth dengan serentak lalu melambai tangan ke arah lelaki itu sejurus Seth berjalan ke arah pintu untuk keluar dari situ.
"Macam mana keadaan kau Lia?Dah okay?"tanya Lana selepas melepaskan pelukan itu. Dia tilik Liana dari atas ke bawah dengan kening berkerut. "Semuanya okay kan?Doktor cakap apa?"
Mathias tarik kerusi Lana semasa gadis itu berdiri di tepi meja Liana, dan bila Liana duduk dengan serentak Lana duduk di kerusi yang ditarikkannya itu tanpa memandang sedikit pun ke belakang.
Setelah itu Mathias ambil tempat di kerusi bersebelahan dengan Lana.
Liana mengangguk kepala. Dia kemudiannya mengerling ke sekeliling kelas yang masih lengang dari pelajar-pelajarnya. "Aku okay je. Demam biasa. Mana yang lain?"
"Ahh...mereka?Ada yang merayau. Kebanyakan belum masuk kelas lagi."Lana tarik Liana ke kerusi lalu didudukan Liana di situ. "Kau tahu tak kecoh satu akademi lepas dapat tahu yang kau tu pasangan Putera Mahkota Ares?"bisik Lana depan muka Liana.
Terkedip-kedip mata Liana bila dengar.
"Tapi aku tengok dia orang macam tak kisah aje lepas pandang aku?Macam tak ada apa-apa yang berlaku?"
"Of course...lepas kes aku kena buli dengan peminat putera mahkota tu, Mathias pergi beritahu Seth apa yang berlaku. Memang kena sound semua orang tentang hal kau. Jadi lepas ni tak ada siapa berani cuba macam-macam dengan kau.."beritahu Lana dengan senyuman bangganya. Kalau bukan sebab Mathias dengan permintaan dia, semua ini takkan diuruskan dengan mudah. Heh!
Terbutang mata Liana bila dengar. "Kau kena buli?"
Lana melambai tangan tak kisah serta merta. "Tak payah risau pasal tu."
"Seth dia buat apa?"Liana mengangkat kening terkejut.
"Ha'ah. Seth bagi warning dekat semua student akademi ni dalam status twitter semalam. Seth cakap siapa yang cuba dekati kau atau aku melibatkan Putera Mahkota Ares, pelajar tu akan diserap masuk ke akademi ketenteraan datuk dia serta merta tanpa izin atau kebenaran parents....awesome tak?"Lana tersenyum menampakkan barisan giginya.
Alamak!
Sampai ke situ pulak?
Haih!
Liana pandang berserah dengan apa yang dia baru dengar.
Jadi ini la yang Ares kata dekat dia. Jangan risau. Semuanya telah diuruskan?
Bukan ini yang sepatutnya berlaku. Tak pasal-pasal orang lain terpaksa bersusah kerana dia.
"Sorry menyusahkan kau.."ucap Liana dengan nada mengalahnya.
"Kenapa kau mintak maaf. Kau tak buat salah apa-apapun. Malah aku happy sebab kau dah get back semula dengan Putera Mahkota Ares..."ucap Lana dengan muka dreamy dia. "Cuba kau bayangkan one day kalau kau dapat kahwin dengan Putera Mahkota, aku bakal menjadi kawan kepada Puteri Mahkota..."
"Siapa yang kata?"sampuk Mathias.
Lana berpaling ke sebelahnya serta merta. Muka Mathias di pandang tak suka. "Aku la yang kata?Kenapa?Ada masalah?"
Mathias meletakkan lengannya di belakang kerusi Lana saat menyondong rapat ke depan muka Lana lalu berkata. "Kau tak boleh dapat title kawan Puteri Mahkota sebab kau akan pegang title permaisuri untuk aku.." sengihnya dengan meleret saat berkata.
Tersengih Lana. "Cehh...berangan!" Lana menolak muka Mathias jauh dari dia.
Liana di situ perhatikan mereka dengan senyuman di bibir sambil menggentel pendant rantai yang tergantung di lehernya.
At least semua orang ada happy ending mereka sendiri...kan?
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
Hahahaha! Banyak betul dugaan nak siapkan satu buku!
Nampaknya sampai Tahun Baru la kena hadap karya dari Tinta ni.
😅🤣
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
AlteleKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...