📜Kelab📜

807 100 1
                                    

🎶 CHAPTER 5📜

Bunyi suara orang mengerang, menempik dan derapan kaki bergerak memenuhi ruang bilik latihan fencing. Kebanyakan di situ mengenakan pakaian lengkap untuk aktiviti tersebut.

Kelab Fencing.

Di Akademi Art and Music juga menyediakan beberapa jenis aktiviti kelab seperti ini. Biasanya dijalankan selepas waktu pembelajaran rutin. Biasanya pelajar dari kelas seni yang banyak sertai aktiviti kelab. Budak-budak kelas muzik terlalu sibuk dengan latihan dan juga penilaian mereka. Jadi jarang sekali mereka serta aktiviti kelab.

SPLINSING!

Dua pedang nipis saling berselisih.

Pemain pertama berjaya memagar pergerakkan pemain kedua tetapi pemain kedua bergerak maju ke hadapan lantas melibas kuat pedang fencingnya lalu hujung pedang itu menyentuh dada pemain pertama.

             "Markah diperoleh kepada Seth."beritahu jurulatih saat aju tangan ke pemain kedua.

Clap!

Clap!

Tepukan tangan kedengaran selepas itu.

Pemain pertama tadi dengan marah menanggalkan helmet dari kepala lalu berjalan pergi dari situ.

               "Wow!Bravo Seth.."

Tersenyum handsome Seth bila tengok crush dia berdiri dekat situ memerhatikan kemenangan dia tadi. "Wassup Lia...lama ke sampai?"tanya dia saat memeluk helmet fencing di bawah ketiaknya.

             "Boleh la..sejak kau sibuk menghentam Nico tadi."

              Seth ketawa. Dia menguak rambut basah dek  peluhnya ke belakang. Dia berdiri melangit dihadapan Liana sebelum berkata. "Kau tak ada latihan hari ni?"

             "Mathias ada penilaian dengan master dia...Lana sibuk dengan kelab drama dia.And here I am the lone ranger. "Liana pandang sekeliling bilik latihan itu semasa bercakap sebelum pandang semula ke Seth. Penampilan sahabat sejak kecilnya itu di lirik atas ke bawah. Mempunyai ketinggian 175cm, mempunyai rambut platinum blonde wave, mata yang sesuai dengan warna rambut tu. Kalau berdiri depan lelaki tu, paras ketinggian Liana setara dengan dada Seth sahaja. Bawah lagi dari dagu lelaki tu.

                "So aku ini hanyalah tempat kau singgah sebab bestie kau semua sibuk?Macam tu?"Seth mula berjalan ke tepi dinding. Bangku yang terletak di situ didekati sebelum duduk menghadap rakan sekelabnya yang lain.

                Liana tidak duduk, dia berdiri di depan Seth dengan tangan bersilang di dada. "Aku kena recite setengah jam lagi tapi tak ada kawan untuk mainkan cello dengan aku. Sebab itu aku datang sini minta tolong kau jadi partner aku sekejap."ujarnya dengan muka berserah. Haih, kalau bukan mengenangkan dia tiada kawan selain Mathias dan Lana, tak adanya dia datang menyibuk depan Seth ni.

                Sambil meneguk air dalam botol minumannya, Seth buat muka funny. "Aik...bukan ke kau ada geng quadruplet. Kalau Mathias dengan Lana tak ada, Aria mana?"

Mendengar nama terakhir itu, Liana buat muka. Tu dia...puteri mahkota diraja Genovia. Yup. Itulah rakan geng dia yang terakhir. Manusia terakhir yang dia nak berurusan kalau manusia pupus dekat muka bumi ni. Semua orang dalam akademi ni kenal siapa Aria. Semua orang sukakan Aria sebab Aria adalah tuan puteri. Tapi tidak Liana...bagi Liana tuan puteri ke tuan apa ke..dia tak peduli. Kalau perangai menyakitkan hati, setinggi mana pangkat sekalipun memang dia tak hairan.

               "Katanya tak dapat masuk akademi sebab ada hal. Biasanya tuan puteri la katakan. Tolong la sekejap."

                Seth buat muka. Dia dongak memandang Liana dengan lama. Macam mana la dia boleh suka dekat minah senget ni? "Apa aku dapat kalau tolong kau?"

                "Halah.minta tolong sikit aje pun nak berkira. Kita dah kawan sejak kecik kut..mak ayah kita berdua kawan baik satu akademi, takkan la tolong aku sikit pun tak boleh?"muncung Liana cuba hendak memancing Seth.

                "Itu aje la modal kau kalau nak mintak tolong dengan aku...."dengus Seth. "Tak ada. Semalam aku mintak tolong kau copy kan note muzik dari Master Rian kau mengelak kan, sampai aku kena denda dengan dia...hah sekarang urus sendiri masalah kau."

                 Cepat-cepat Liana duduk dekat sebelah Seth. Lengan kiri itu di rangkul sebelum dia lentokkan kepala ke bahu itu. "Alahhhh...boleh la...boleh la...sekali ni aje...pleasssseeee"rengeknya.

                 Menahan diri dari tersenyum Seth buat-buat tak kisah bila Liana menggoncang lengannya depan dan belakang. Dulu ke sekarang, perangai Liana memang begini. Dia sudah terbiasa. "Ah tak ada....tak ada.."

Cepat-cepat Liana jatuh melutut depan Seth. Kedua-dua tangan di tekup depan muka. Well...kalau dalam akademi ni ada pakar Piano iaitu Redd..perkenalkan Pakar Cello popular dalam kelab String (kelab perkusi muzik menggunakan tali) Seth Rudden.

               "Please!Please!Please!"rayu Liana lagi.

                Seth menopang bawah dagunya saat lengan kanannya ditegakkan atas kaki kanan. "Beritahu aku...apa kau akan buat untuk aku kalau aku tolong recite dengan kau?"

               "Anything?"jawab Liana dengan mata terkebil-kebil.

Lantas, Seth pun menjuling mata saat melepaskan keluhan mengalahnya.

                "Fine..aku tolong."akurnya.

                 "Hooray!"sorak Liana bangun dari situ. Melompat kegirangan.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶

Did you manhwa?Or manga? Like The Villainess Live Twice, The Lady Mint, I'm Stanning the prince?

Well... basically Tinta buat vibe cerita macam tu ...

So disebabkan jalan cerita mainly about music, so who ever want to read it, you can read it. If this kind of story are not your taste. It's okay. You can another one after this one.

Thank you for reading. See you at next chapter.

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now