🎶 CHAPTER 63🎶
Hah!
Lega.
Liana lepaskan hela nafas panjangnya semasa masukkan kunci pada tombol pintu biliknya. Sambil pegang beg violin di tangan di tolak pintu itu ke dalam dan melangkah masuk sambil tunduk memandang kaki kerana hendak menanggalkan kasut sebaik saja masuk ke situ.
Akhirnya selepas hari yang panjang tamat jugak sesi latihan dan kelas dia. Penat dia bukan dekat situ tapi dekat Lana. Kawan baiknya itu tidak habis-habis bertanya tentang Seth dan Ares. Terlalu terkejut dengan kenyataan yang sebenarnya dua orang itu adalah sepupu.
Nak tak nak Reeya terpaksa jugak jelaskan semuanya dari awal. Termasuk la bahagian dimana Permaisuri Johenah bantah hubungan dia bersama Ares. Lana menjadi Lana rakan baiknya itu beri reaksi terover sedih dan marah mengalahkan dirinya.
Tepat jam 6 petang mereka semua telah bubar untuk pulang ke dorm masing-masing. Bersiap untuk makan malam pula nanti.
Klik.
Pintu di tutup lalu selak kunci di tolak ke tepi semasa kasutnya di tanggalkan. Selesai menyusun kasut di rak sebelah pintu barulah dia berpusing. Sekali tu...amik kau!
KEDEBUK!
Jatuh casing violin tu ke lantai sebab Liana begitu terkejut bila lihat lelaki bersuit biru sedang duduk bersila sebelah kaki memegang gitar hitam miliknya. Untuk beberapa saat dia hanya berdiri dekat depan pintu tu. Cuba nak pastikan apa yang dia lihat adalah nyata bukan ilusi gara-gara angau rindu dia pada jejaka bernama Ares!
"Macam mana awak boleh masuk ke dalam bilik saya ni?"tanya Liana dengan perlahan.
Dring!
"Aku boleh berada dekat mana-mana ruang di dalam akademi ni begitu aje. Termasuk bilik kau."
Liana mengedipkan mata. Dia fikirkan Ares sudahpun pulang semula ke istana lama. Tak sangka pulak lelaki itu berada dalam biliknya. "Sejak bila awak ada dekat sini?"
Dring!
Jari runcing Ares bergerak sepanjang tali gitar tu. "That's it huh?Acting like we didn't know each other?"
Liana kejung di situ. Dia lirik setiap pergerakkan Ares. Lelaki itu gerak mengangkat kepala lalu memandang tepat ke arahnya. Dan bila hal itu terjadi, Ares turunkan kaki dari katil tu dan meletakkan gitar hitam tadi di tempat asal semula.
"Baik awak keluar. Sebelum sesiapa sedar awak ada di dalam bilik saya Ares." gelabah Liana bila Ares bergerak. Jangan dekat pada dia sudah!Bahaya nanti!Sudahlah dia sedang rindukan Ares, kalau lelaki tu sentuh dia, rasanya dia takkan dapat lepaskan Ares lagi!Peduli la Permaisuri Johenah murka ke tidak nanti!
Dengan letih Ares meraup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangan. Sebelum menekupnya apabila kedua-dua tangan dia itu di tegakkan atas kaki. "Aku tahu kau sedih dan marah dengan keputusan tiba-tiba kita break up...but I'm swear to you!I love you till it make me in so much pain!"lafaznya.
Kalau Ares rasa begitu, bagaimana dengan dirinya ni?Siang malam menangis. Makan tidak kenyang, tidur pun tidak lena!Liana mengetap bibir dengan erat.
Dalam keadaan terketar-ketar, Liana tunduk mengutip beg violin yang terjatuh tadi sebelum gerak ke meja belajarnya, violin itu diletakkan atas meja. Lalu dia berdiri di situ membelakangkan Ares. Tidak bergerak. Tak tahu nak buat apa. Takut satu hal. Gembira satu hal. Sedih pun satu hal!
Sambil dia berkata, Liana pun berpusing semula ke arah katilnya. "Ares...saya minta awak untuk keluar dari-"tapi kata-katanya terhenti setelah lihat Ares sudahpun rebah di atas katil. Ya Tuhanku! "Awak.."dia lari ke arah katil sebelum melutut di tepi tu mendapatkan Ares. "Awak..kenapa ni?"tubuh Ares di goyang cemas. "Mana Jeremiah?Pengawal awak..?" tanya Liana lagi saat mahu bangun dari situ hendak ke arah pintu.
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...