📜Bingung.📜

585 88 3
                                    


🎶 CHAPTER 80 🎶

          "Apa dia?"Permaisuri Johenah berpaling dengan marah ke Jeremiah selepas dengar apa yang disampaikan oleh lelaki itu kepadanya. "Kenapa anakanda Ares berada di hospital? Bukan ke sepatutnya putera mahkota berada di akademi untuk menjadi juri?"

Raja Aryan di kerusi mengangkat kepala. memandang hairan akan reaksi Permaisuri Johenah sebelum ke Jeremiah.

           "Sesuatu berlaku di akademi ke Jeremiah?"tanya Raja Aryan sambil menutupi fail yang dia selesai tandatangan lalu diserahkan kepada lelaki bersut di sampingnya waktu itu.

Dengan gugup Jeremiah menundukkan kepalanya lalu pandang lantai di bawah kasutnya.

            "Tidak tuanku. Putera mahkota baik-baik saja."jawabnya.

            "Kemudian, kenapa beta dengar anakanda Ares di situ?Atau anakanda Aria yang masuk hospital?"Permaisuri Johenah menyerahkan cangkir minumannya kepada maid di tepi. Lalu buku bacaan yang dia niat nak ambil dari rak bersebelahan di letakkan semula ke situ. Tidak jadi sebab perhatian telah beralih pada Jeremiah.

            "Beritahu Jeremiah. Beta ingin tahu..apa yang sebenarnya telah terjadi?"gesa Raja Aryan pula.

Bukannya dia tidak mahu beritahu, kalau dia beritahu pasti Permaisuri Johenah angin satu badan. Jeremiah diam di situ menggigit bawah bibir sebab dilemma.

           "Tak payah tanya dia...anakanda boleh beritahu..."waktu itu Puteri Aria berjalan masuk dengan lagak bratty dia. Langsung tidak memberi sapaan kepada Raja Aryan dan Permaisuri Johenah, gadis itu terus ambil tempat di kerusi sebelah kiri berdekatan dengan Raja Aryan. Pakaian akademi sudahpun ditukar kepada pakaian biasa dirajanya.

Tersentak kepala Raja Aryan dan Permaisuri Johenah dengan kehadiran tiba-tiba Puteri Aria di situ. Disebabkan mereka sedia maklum dengan antic puteri bongsu mereka itu, tiada kata-kata teguran yang mereka dapat tuturkan lagi sebab bercakap dengan Puteri Aria ini ibarat bercakap dengan dinding. Tidak lut di tegur atau dinasihatkan! Tutor peribadi Puteri Aria sendiri tak boleh nak kawal Puteri Aria. Inikan lagi mereka ibubapa kandung gadis itu.

          "Puteri Aria...anakanda sudah pulang?Di mana kekanda kamu?"tanya Permaisuri Johenah serta merta. Tidak lagi menghiraukan Jeremiah. "Anakadan tak apa-apa bukan?Bonda dengar anakanda ke hospital..."

           Puteri Aria melirik ke arah Jeremiah sebelum menarik sengih meleret penuh maksud. "Ha'ah...tapi bukan anakanda yang menerima rawatan di sana.."ujar dia.

Kepala Jeremiah terus berpaling ke arah Puteri Aria. Nafasnya sudah tertahan kerana berasa tergamam. Di dalam hati waktu itu sudah berdoa supaya puteri bratty depannya ini tidak membuka mulut atau bercakap perkara yang tidak sepatutnya!

           "Kemudian siapa?Kekanda kamu ke?"Raja Aryan bertanya.

           "Bukan...sebaliknya. Kekasih kepada kekanda Ares....Liana Florence,pelajar akademi."beritahu Puteri Aria sebelum tersenyum nakal mengerling ke Permaisuri Johenah. "Siapa sangka kan...dalam diam kekanda sudahpun mempunyai teman wanita.tidak hairan la kenapa sejak 2 tahun yang lalu kekanda Ares bertegas enggan mempunyai lady in waiting atau pasangan.... rupa-rupanya dia sudah ada calon pilihan hati dia..."

Jatuh rahang Jeremiah dia. Lelaki itu pandang dengan renungan mencarutnya ke arah Puteri Aria. Kalau bukan kerana dirinya itu orang bawahan sudah lama dia terkam Puteri Aria dan tekup mulut lancang tu!Dah kenapa beritahu!Dasar budak bertuah!

Permaisuri Johenah begitu terpempan mendengar kenyataan itu.

            "Liana pengsan selepas jalani persembahan dia...sebab itu kekanda Ares gegas dia ke hospital diraja untuk menerima rawatan. Maafla kalau ayahanda dan bonda risau kerana hal tu.."tambah Puteri Aria lagi dengan riak serba salah yang dibuat-buat. "Bonda pasti tahu mengenai hal ni kan?Yang kekanda mempunyai kekasih..."

Mata Raja Aryan terkebil-kebil sejak tadi.

             "Kenapa kekanda kamu-"Permaisuri Johenah cuba berkata tapi terhenti serta merta.

             "Sekejap..."halang Raja Aryan mengangkat tangan ke Permaisuri Johenah supaya isterinya diam. Matanya masih terarah pada Puteri Aria. "Anakanda kata kekanda Ares telah mempunyai pilihan hati? Kalau begitu kenapa tidak maklumkan lebih awal kepada ayahanda dan bonda."soalnya kebingungan.

Puteri Aria turut menjungkit bahu. Dia pandang ke Permaisuri Johenah dengan riak muka ingin tahu.

              "Anakanda tidak tahu ayahanda. Menurut kekanda Ares, dia telah memaklumkan hubungannya bersama Liana kepada bonda, tapi bonda menolak hubungan kekanda Ares kerana salah faham antara parents Liana dan bonda...sampaikan kekanda Ares mogok berhari lamanya enggan makan enggan tidur kerana tindakan bonda menolak percintaan kekanda Ares dengan kekasih dia tu."ujar Puteri Aria mengedipkan matanya beberapa kali semasa berkata.

Pucat lesi muka Permaisuri Johenah masa tu.

Sementara itu Jeremiah pandang tak percaya ke Puteri Aria. Dia berkerut kening kerana cuba fahamkan apa yang Puteri Aria sedang cuba lakukan ketika itu.

         "Dinda...betulkah apa yang anakanda Aria sampaikan?Dinda menghalang?Atas salah faham apa?Ada sesuatu yang beta tidak tahu ke?"Raja Aryan toleh ke Permaisuri Johenah yang sedang berdiri menghadap mereka di kerusi bilik bacaan itu.

          Dengan susah payah Permaisuri Johenah menelan air liur. Dia pandang Puteri Aria lalu ke Raja Aryan. Anak bertuah dia ni kan! "Tentang tu..."bibirnya di ketap sebab tak tahu nak jelaskan bagaimana.

Puteri Aria pandang penuh nanti apa yang Permaisuri Johenah hendak ceritakan. Dia pun nak tahu.

            "Teruskan permaisuri..."Raja Aryan bertegas.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now