🎶 CHAPTER 18 🎶
Selepas dapat tahu Liana cedera, Seth terus bergegas dapatkan Liana. Hendak melihat keadaan sahabatnya itu. Mathias dan Lana sempat menceritakan apa yang terjadi kepada Seth sebelum lelaki itu meleteri Liana sampai tak kesudah. Yalah, Sudahlah mereka duduk merantau jauh dari keluarga masing-masing. Kalau apa-apa berlaku kan susah.
Nak tak nak terpaksa la Liana jalan dengan menggunakan tongkatnya untuk beberapa hari selepas itu. Payah la jugak sebab nak ke hulu hilir dengan tongkat dan violin. Mujur la ada ramai kawan yang sudi bantu dia sepanjang masa itu.
Dan ekoran kecederaan yang dialami Liana tidak dapat keluar dari akademi untuk ke tempat lepaknya.
"Kau nak apa-apa tak?Aku ambik kan?"tanya Seth saat bantu Liana duduk di kerusi menghadap bilik umum.
"Tak. Kau pergi la kelas kau. Aku okay je. Kejap lagi Mathias datang."beritahu Liana dengan anggukan dan senyuman di bibir.
"Kau sure?Aku boleh temankan kau.."Seth betulkan beg yang tersangkut di bahunya itu semasa tunduk memandang Liana.
"Ya..aku sure. Dah lekas sana masuk kelas. Tak pasal-pasal kena denda sebab masuk lewat."gesa Liana saat tolak Seth supaya mula bergerak.
Seth nak tak nak terpaksa jugak pergi. Kalau boleh dia nak stay, tapi ada kelas penting dia kena hadirkan diri. "Fine. Take care okay. Jangan lasak-lasak."pesannya sebelum bergerak pergi dari situ.
Liana perhatikan langkah Seth dengan hela nafas letihnya sebelum bersandar ke dinding di belakang. Termenung la sekejap dia dekat situ memandang pelajar-pelajar lalu lalang melintasi tempat dia duduk.
Sudah tiga hari dia tidak temui Guitar Boy kesukaannya itu. Entah apa khabar ya?Rindu pulak! Kalau ada nombor phone dah lama dia call! Kalau kaki dia boleh daki bukit dah lama dia keluar, tapi tak. Melepas la nak jumpa kawan rahsianya itu.
Termenung punya termenung, tiba-tiba seseorang muncul dari arah kanan lalu berdiri betul-betul menghadap Liana di situ.
Bila mata Liana naik memandang ke atas, dia bertemu muka dengan lelaki paling dia anti dekat akademi ni. Macam dah tak ada orang lain agaknya. "Nak apa?"soalnya dengan malas. Ingatkan dapat la dia elak dari bertemu dengan Redd. Rupanya tak!
"Macam mana keadaan awak, Lia?" tanya Redd semasa melutut sebelah kaki di situ menghadap Lia.
Untuk beberapa saat Liana ternampak garis risau dari balik tatapan Redd. Namun perasaannya cepat-cepat di tepis. "Tak nampak ke?"soalnya. Di tanya lagi dia macam mana?!
Redd mengetap garis nipis di bibir bila Liana balas acuh tak acuh dengannya.
"Dengar..aku cuba dapatkan kau secepat mungkin untuk jelaskan situasi tentang Warden Talia tu..tapi lepas aku dengar kau cedera, aku tunggu masa yang sesuai untuk bercakap mengenainya."
Mata Liana mengerling sekitar dengan risau selepas itu. Dia takut kalau Puteri Aria lintas kawasan tu. "Boleh tak berhenti kacau hidup saya?Memangnya saya ada kacau awak ke?"tanya dia cuba hendak halau Redd cepat-cepat dari situ.
"Saya dah beritahu pada awak awal sebelum tu kan..."
"Bukan bermakna awak boleh bawak mulut dan report segala kegiatan saya pada orang lain, Redd."
"Saya cuma risaukan awak Lia."
"Worry my ass!Awak cuma memburukkan lagi keadaan adalah. Ianya sikit pun tak membantu tahu tak!"
"Kalau awak keluar sendirian lagi dan kejadian ni berlaku..apa awak nak buat?"soal Redd dengan kening berkerut tak puas hati. "Tak ke berbahaya namanya tu?"
Oh please!
"Berhenti kesiankan saya ...saya tahu nak jaga diri saya sendiri. Apa kata awak uruskan sahaja kehidupan serba sempurna awak tu tanpa munculkan diri depan saya lagi?"Liana berdengus kasar sebaik mengatakannya.
Redd berdiri dari situ, dia pandang Liana dengan renungan kesalnya. "Saya tak tahu macam mana nak beritahu awak Lia..apa saya boleh beritahu. Saya benar-benar risau tentang diri awak. Dan saya harap kejadian ni tak berulang lagi.."
Liana berdengus kecil.
Suka hati nak beri pesan pada dia kenapa!?
Dengan muka kengerian, Liana pandang Redd atas bawah tanpa mengatakan apa-apa. Selepas itu Redd pun beredar meninggalkan Liana seorang diri.
Memang panjang hela nafas Liana lepaskan sejurus itu. Dia baru nak rasa lega sewaktu seseorang muncul di depannya. Bukan Redd tapi seorang pengawas.
"Ya?"kerut Liana dengan hairan.
"Ada sesuatu untuk kau."serah pengawas itu akan Liana sekeping lipatan kertas."Huh?"nganga Liana saat pandang muka pengawas di atasnya lalu akan kertas yang disuakan. Apa pulak lagi ni?
"Ambil la.."arah pengawas itu.
"Apa ni?"tanya Liana lagi saat pegang lipatan kertas itu.
Namun pengawas itu pergi dari situ tanpa menjawab soalan Liana. Serentak pada masa itu jugak Mathias bertembung dengan pengawas itu sewaktu dia tiba di situ.
"Ada apa tu?"soal Mathias semasa mengambil tempat di sebelah Liana.
Liana yang masih kebingungan itupun membuka lipatan kertas tersebut. "Ada orang suruh aku jumpa dia"jawab Liana setelah membaca apa yang ditulis pada kertas tadi.
Mathias mengeluarkan satu botol mineral dari begnya sebelum dibuka penutupnya untuk diminum.
"Dari siapa?"tanya Mathias selepas itu.
Liana menjungkit bahu. "Entah...tak ada nama. Cuma beri lokasi dan waktu aje. Secret admirer maybe?"sengih dia.
Mathias buat muka funny sebaik mendengarnya. "Yalah kau...secret admirer la sangat."
Tawa kecil lepas dari Liana. Dia tak pasti siapa, tapi tulisan macam kemas yang lain macam.
"Dah jom. Aku teman kau ke cafeteria. Lana tak dapat nak turun sekali sebab dia ada exam seni dekat kelas."Mathias bangun dari situ. Dia capai beg violin dan beg sandang Liana.
"Okay.."angguk Liana saat pegang topang ketiaknya.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...