📜Hadang.📜

577 81 0
                                    

🎶 CHAPTER 91 🎶

Dua minggu berlalu, sesi pemilihan peserta Muse Diraja juga telah selesai dengan lancar memandangkan kesemua 30 orang peserta berjaya menjalani sesi persembahan mereka tanpa bias dan dinilai dengan saksama oleh para juri yang terlibat. Termasuk Putera Mahkota Ares yang turut memilih setiap pelajar berdasarkan kualiti setiap persembahan yang dia saksikan.

Dan sejak itu segalanya berjalan seperti biasa.

Kisah percintaan Liana dengan Putera Mahkota Ares disambut baik oleh kesemua pelajar akademi itu walaupun ada la sedikit rasa iri di sana sini dalam kalangan pelajar perempuan yang pernah dijadikan sebagai calon pasangan Putera Mahkota Ares,namun tiada siapa yang berniat hendak dengki atau bermusuhan dengan Liana.

Lana dan Mathias sedang sibuk dengan persediaan peperiksaan mereka sambil jalani rutin mereka sebagai pasangan kekasih yang tidak ubah seperti anjing dan kucing. Bergaduh sekejap tentang itu dan ini kemudian berbaik semula.

Seth dalam proses untuk move on dari perasaan suka dia terhadap Liana banyak sibukkan diri dengan kelas serta latihan fencing lelaki itu. Kadang-kadang luangkan masa bersama dengan Liana sekiranya kawan baiknya itu memerlukan teman untuk hang out sekiranya Mathias dan Lana sibuk.

Puteri Aria pulak sibuk dengan study dan pembelajarannya kerana hendak cuba lupakan Redd melalui kesibukkannya itu selepas berita break up dia dengan Redd tersebar luas dalam akademi. Menyebabkan pelajar lelaki di situ mula dekati Puteri Aria dan cuba mengambil hati gadis itu dengan berani. Faham-faham sendiri la perangai Puteri Aria bagaimana. Yang mana hanya di layan Puteri Aria acuh tak acuh. Walaupun begitu sikap bratty dia masih ada dan kerap buatkan hari Liana sedikit pun tidak tenang kerana gadis itu tidak pernah miss dari menemui Liana. Ibaratnya bertemu dengan Liana adalah satu pekerjaan tetap dia dekat situ. Ada saja masa mula la antic dia hendak mengangguk ketenteraman Liana. Sama ada sewaktu Liana di cafeteria, atau dalam studio atau ketika Liana luangkan masa bersama Ares. Dia akan ada depan mata Liana. Dan Liana menjadi Liana, sudah terbiasa dengan sikap Puteri Aria dia hanya layankan saja tanpa berasa jengkel atau kerimasan.

Putera Mahkota Ares walaupun sibuk dia kerap cuba luangkan masa bersama dengan Liana sama ada memanggil Liana terus ke istana atau lelaki itu yang menjemput Liana sendiri di akademi. Kalau tidak sempat mereka berdua hanya berhubung melalui panggilan telefon. Mostly kebanyakan hari Putera Mahkota hanya dapat luangkan masa untuk 10-20 dengan Liana kerana kepadatan jadual dia sebagai putera mahkota. Yang mana difahami Liana.

Dan begitulah hari seterusnya.....

Pelajar-pelajar kelab fencing penuh di atas lantai latihan dengan pakaian lengkap fencing berwarna putih mereka. Ada yang mengenakan helmet ada yang tidak. Terkinja-kinja setiap seorang di situ saat melakukan pergerakkan rutin latihan masing-masing.

Dan ramai-ramai di situ kelihatan dua orang yang ringkas mengenakan pakaian sukan rasmi akademi. Iaitu hoodie dan sweatpants seragam berwarna merah merun. Bersila di atas bangku menghadap antara satu sama lain dan dalam dunia mereka. Langsung tidak peduli dengan sekeliling mereka.

           "Comelnya!"Lana gomol pipi Liana dengan kedua-dua tangan selepas merias sahabatnya itu dengan make up dan perhiasan ringkas di rambut pendek paras leher Liana.

           "Kelas seni kau melibatkan cara nak berias sekali ke Lana?"tanya Liana tidak menolak tangan Lana dari pipi dia waktu itu.

           "Of course..20 markah. Master Yana kata kalau aku score markah penuh test lain aku boleh conquer dengan mudah."beritahu Lana dengan bersemangat sewaktu seorang pelajar fencing jatuh tumbang ke tepi depan bench tempat mereka duduk.

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now