㌃ 〉criminals backstory.

5.1K 420 554
                                    


ʙᴀɴɢᴛᴀɴ

           BANGTAN BOYS merupakan sebuah kumpulan yang terpengaruh di seluruh wilayah Korea. Walaupun ianya merupakan sebuah pertubuhan yang kecil tetapi nama mereka memang digeruni oleh rakyat Korea. Kumpulan mereka ini terkenal dengan pengambilan dan pengedaran dadah yang terbesar, pelacuran, mafia, gangster dan juga pembunuhan. Setiap ahli yang terdapat dalam kumpulan ini memang bahaya dengan kekejaman dan sikap mereka. Oleh itu, mereka hanya bergaul dengan sesama mereka sahaja. Tiada sesiapa yang berani berkawan dengan mereka. Namun, yang ada pun orang bawahan mereka tetapi itupun separuh di antara mereka pernah mati dibunuh oleh salah seorang ahli kumpulan bangtan ini sewaktu dia mengamuk.

           Ahli Bangtan mempunyai banyak sikap. Mereka tidak sama walaupun mereka berkawan bersama-sama. Masing-masing ada kerja mereka dalam jenayah dan biasanya mereka akan sibuk. Walaubagaimana pun, pengaruh mereka memang luas. Ke semua angkatan polis dirasuah oleh mereka agar tidak menangkap mereka. Jadi, sehingga kini jenayah mereka dibiarkan lepas tanpa ditangkap.

➸❛ʟᴏᴠᴇ ɪɴᴛᴇʀᴇs
ᴋɪᴍ sᴇᴏᴋᴊɪɴ

➊ ➸❛ʟᴏᴠᴇ ɪɴᴛᴇʀᴇsᴛ❜ᴋɪᴍ sᴇᴏᴋᴊɪɴ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Kim SeokJin. Berumur 23 tahun dan dia berasal daripada keluarga yang berada. Dia mempunyai segalanya; rumah besar seperti istana, kereta lebih daripada sepuluh.. dan boleh dikatakan pakaian tidurnya juga adalah kot bernilai 1 juta. Ada yang mengatakan dia mempunyai saudara mafia terdekat di Europe menjadikan dia lebih terkenal. Dan ya, dia salah seorang pemegang jawatan mafia yang terbesar di dunia.

       Dia merupakan seseorang suka menghadapi cabaran. Dirinya sendiri mempunyai banyak keistimewaan kerana dia selalu mencabar dirinya untuk melakukan perkara yang baru untuk pengalaman nya. Itu menyebabkan kepakaran nya dalam membunuh amat unik dan berlainan sekali. Dia tidak suka membunuh orang dengan cara yang amat klishe, sebaliknya dia akan cari satu cara agar pembunuhan mangsanya itu akan membuatkan orang yang melihatnya tidak akan lupa sehingga ke nafas akhir mereka. Ya, dia amat suka membuatkan seseorang yang melihatnya itu paranoia atas sebabnya sendiri.

       Polis juga pernah mencatatkan bahawa dia pernah mempunyai kes pembunuhan yang kejam menyebabkan dirinya dipaparkan pada seluruh berita di seluruh dunia tentang kesnya itu. Dia pernah memenggal kepala remaja-remaja perempuan yang tergila-gilakan dia disebuah sekolah dengan sebilah pisau sahaja. Kerana dia mengatakan bahawa mereka itu merimaskan dan asyik menganggu dirinya. Sejak itu, orang mengenalinya sebagai pembenci perempuan kerana dia memang membencikan kaum perempuan atas sebab tertentu.

        Perangainya nampak dingin dan kejam. Sekali tengok, matanya langsung tiada sinar kegembiraan. Orang tak pernah melihatnya senyum. Hal ini demikian kerana dia mempunyai latar belakang keluarga yang membuatkan dia jadi sebegitu rupa. Tetapi, apabila dia dengan ahli bangtan, dirinya berubah. Seribu kali ganda perubahan nya. Dia juga merupakan seorang yang penyabar. Tetapi jika ia menandingi tahap kesabaran nya, korang tak mungkin dapat hentikan dia. Dia akan bertindak luar kawalan.

17 July.  Where stories live. Discover now