Bahu Areum terhinjut apabila melihat Seokjin melayangkan tumbukan pada kedua pengawal yang bersama dengan Winston tadi.Gerakkan Seokjin sangat pantas sehinggakan sekelip mata sahaja Areum melihat mereka semua bergelimpangan di atas lantai.
Ke semua pengawal itu bersenjata mewah, tetapi Seokjin mampu selesaikan mereka dengan kaki tangan nya sahaja.
Degupan jantung Areum mula pantas. Tak tahu kenapa Seokjin ni buatkan dia rasa berdebar. Tambahan lagi apabila melihat dia yang baru sahaja belasah orang.
Peluh di wajah, lengan dan leher lelaki itu fuh, bergetar tulang rusuk gadis kalau melihatnya.
Areum terus menyandarkan dirinya pada tiang itu. Nafas dihelakan. Dia memegang hatinya kemudian dahinya berkerut.
" kenapa lah dengan aku ni? Snap out of it, Areum. " kata Areum pada dirinya sendiri. Kepalanya ditepuk-tepuk perlahan.
" Eh, Areum.. Kau okay? "
Suara Seokjin membuatkan bahu Areum terhinjut lagi. Dia memandang ke arah empunya suara tersebut dan mendapati Seokjin berdiri dihadapan nya dengan senyuman di wajah.
" macam mana kau boleh ada di sini? " Seokjin menyoal. Lidah Areum seakan kelu.
" tadi aku terdengar something kat sini, so aku datang lah sebab ingatkan ianya merupakan kawan aku. " Areum berkata dengan sengihan. Rambutnya diseka kebelakang telinga kemudian matanya memandang ke arah Seokjin semula.
" Oh, kau tak boleh berada di sini. Tak selamat. " Seokjin berkata lagi. Kali ini, nadanya kedengaran tegas. Wajahnya juga kelihatan tegang.
" iya aku tahu, tapi.. oh! kau boleh tolong aku sesuatu tak? " Areum menyoal. Seokjin menjungkitkan keningnya.
" of course, just say it. "
—
Ryunji seakan tak cukup nafas apabila mendapati Yoongi sedang memerhatikan dia dengan teliti. Dia terus menyorok lengannya; tak mahu Yoongi perasan apabila melihat pandangan Yoongi pada lengan dia. Dalam hatinya, dia berdoa agar lelaki itu tak perasan.
Tapi dah terlambat, Lelaki itu sudah pun perasan.
Kening Yoongi terjungkit. Pistol di tangannya diselitkan semula pada seluarnya dan jaket dia dikemaskan. Lelaki itu memandang wajah Ryunji semula.
" kau okay ke? "
Ryunji seakan terpana apabila mendengar soalan Yoongi. Dia ingatkan lelaki tu akan usiknya lagi. Tetapi dia sedang menyoal nya sama ada dia okay ataupun tak..? Dah kiamat ke?
Yoongi mengemam bibirnya. Jauh dalam hatinya menyoal diri dia sama ada dia ni waras ataupun tak? Memang jarang dia nak tanya soalan yang macam tu, lebih-lebih lagi pada perempuan.
Tetapi dia seakan rasa tak sedap hati bila melihat Ryunji tadi. Ada sesuatu yang tak kena. Ada sesuatu yang gadis itu sorokkan daripadanya, dia yakin. 100% yakin.
Jadi dia mengutuskan untuk merendahkan egonya. Which is... janggal untuk dirinya.
" aku tak okay? " Ryunji tersengih kemudian menggeleng. " kalau tak okay, bukan Ryunji lah tu. " kata Ryunji lagi dengan confident.
Yoongi hanya memberikan pandangan seriusnya pada gadis itu. Ryunji terus terdiam. Gadis itu mengigit lidahnya; Nampaknya bukan itu jawapan yang Yoongi mahukan.
YOU ARE READING
17 July.
Gizem / Gerilim❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...