㌼ 〉89 : blood and life.

444 96 81
                                    


Tubuh Winston ditolak dengan kasar oleh Jungkook sehinggakan lelaki itu terjatuh tersungkur.

Jungkook sempat menyuruh Hanako berada bersama Ara. Dia tak mahu Hanako di apa-apakan oleh Winston. Dia tahu lelaki itu licik. Hanako akur— dia tahu Jungkook hanya mahukan dia selamat.

Winston dengan mengelabah cuba bangun. Dia ingin melarikan diri ke hadapan tetapi langkahnya terhenti apabila melihat Celine dan Yoongi kini mengorak langkah ke arahnya.

Kemudian, dia memandang ke kirinya. Ingin melakukan perkara yang sama— melarikan diri. Tetapi langkahnya sekali lagi terhenti apabila melihat Seokjin dan Jimin jalan ke arahnya dengan senjata di tangan. Wajah mereka kelihatan bengis.

Ya, Winston sendiri tahu yang mencederakan Namjoon; ketua kepada Bangtan akan membuatkan dia berada dalam posisi yang bahaya. Dia akan diburu. Sehingga ke lubang cacing sekali pun Bangtan akan dapatkan dia. Dia tahu itu.

Tetapi dia berharap bukan sekarang masanya. Dia perlu hidup. Ini tak mungkin berakhir!

Winston tak berputus asa, dia menoleh ke kanannya — bersedia untuk membuka langkah seribu. Tetapi langkahnya sekali lagi terhenti apabila melihat Taehyung dan Hoseok juga jalan menghampirinya dengan senyuman sinis di wajah. Taehyung nampak seperti teruja untuk membunuhnya. Winston menelan air liurnya.

Winston memusingkan tubuhnya kebelakang. Tetapi belum sempat dia membuka langkah, Jungkook sudah pun berada di hadapan nya dengan pistol diacukan pada dahinya. Tepat.

Dia dikepung. Ini teruk.

Oleh Bangtan. Ini lebih teruk.

" jangan cuba lari, Winston. " Seokjin berkata, matanya menganalisis keadaan Winston. Keadaan lelaki itu masih lagi okay. Tiada langsung luka— mahupun kecederaan. Dia memakai sut yang mewah, menakala pakaian Namjoon sudah berlumuran darah. Terus, darah Seokjin mendidih.

" we won't let you go this time. " Yoongi pula berkata dengan nada yang mendatar.

Winston terpusing-pusing, memandang wajah mereka. Dia nampak begitu panik. Celine hanya melihat Winston dengan wajah yang kosong.

Perasaan sayang gadis itu pada adiknya sudah mati tatkala Winston melepaskan tembakan yang dia sepatut terima tadi tanpa berfikir sejenak. Saat tu dia tahu yang Winston langsung tak anggap dia kakaknya. Langsung tak sayangkan dia dan hanya fikirkan tentang dirinya seorang sahaja.

" aku tak mahu lihat dia atas muka bumi ini lagi. "

Jadi Celine langsung tak kesah dengan apa yang Bangtan akan lakukan pada Winston.

Winston mengangkat wajahnya. Dia memandang Celine dengan pandangan yang tidak percaya. Matanya terbuntang.

Jungkook memandang wajah Celine; tak percaya. Jimin pula hanya ukirkan senyuman nipis. Yoongi menjungkitkan kening nya.

" are you sure? " soal Yoongi, ingin meyakinkan Celine dengan keputusan yang dia baru sahaja utarakan itu. Yoongi juga nampak tak percaya dengan apa yang Celine katakan.

Dan tanpa berfikir sejenak, Celine terus mengangguk. Dia nampak yakin.

" Aku tak perlukan dia, sama seperti dia tak perlukan aku. " kata Celine lantas terus melangkah pergi daripada situ.

17 July.  Where stories live. Discover now