㌙ 〉48 : men are trash.

990 165 313
                                    

Yoongi merasa baran kerana dia dipasangkan dengan saudaranya, Do Kyungsoo.

Percayalah, dia tak mahu ini semua terjadi. Malah dia tak mahu lelaki ini menjadi pasangannya. Bekerjasama bersama-sama? Wah mustahil sekali untuk mereka lakukan. Cakap sahaja senang tetapi ianya teramat sukar untuk mereka.

Do Kyungsoo juga merasakan perkara yang sama. Dia tak sukakan Min Yoongi. Mereka berdua tak sukakan satu sama lain, malah benci satu sama lain lagi. Jadi ketenteraman antara mereka memang tidak akan pernah wujud.

Yoongi yang sedang berjalan itu hanya tumpukan perhatian dia pada langkahnya. Sekali sekala, dia menjaga belakangnya juga takut diserang hendap dengan si Do Kyungsoo ini. Benar, dia tak percaya langsung lelaki dibelakangnya ini.

" nampaknya kau sememangnya sudah ada peganti? "

Soalan Kyungsoo membuatkan Yoongi tersentak. Tetapi dia segera mengendahkan sahaja. Malas ingin bercakap dengan lelaki itu. Suka mahu membuatkan dia marah dan sekarang ini, dia tak mahu bertekak dengan saudaranya itu. Malas barangkali.

" tak sangka, kau masih buka hati kau selepas apa yang dah berlaku. " Kyungsoo menyentuh lagi tentang hal itu dan Yoongi mengetap bibirnya. Dia cuba menahan geram, sangat cuba. Peganggan nya pada AK427 itu dieratkan.

" Kau cuba fikir balik, kau layak ke untuk semua ini selepas apa yang kau dah buat? Benar sekali, tak sesuai, Malah tidak layak. Kau tak malu ke dengan diri kau terhadap perempuan mentah tu? " Kyungsoo menekan lagi tentang itu dan Yoongi menutup erat matanya. Cuba menghadam segala kata-kata bencian Kyungsoo itu sedalam-dalamnya.

" lebih-lebih lagi, macam mana kalau perempuan tu tahu kebenarannya? Kau— aku tak tahu? Tak takut ditinggalkan? " tambah Kyungsoo lagi dan Yoongi membuka kelopak matanya.

" aku dan dia tidak ada apa-apa, Kyungsoo. " Yoongi menoleh ke arah lelaki itu dan matanya mencerlung tajam ke arah Kyungsoo. Wajahnya dingin.

" sebelum aku bunuh kau di sini juga, baik kau jalan dengan senyap. " arah Yoongi dan Kyungsoo tertawa sinis. Dia sempat lagi menjeling Yoongi membuatkan lelaki itu menyampah.

" nah, tak mengapa. Di sini bukan nya ada sesiapa pun. Kau dan aku, ada banyak perkara perlu dibincangkan. " Kyungsoo melangkah ke hadapan, di mana Yoongi berada. Matanya merenung tajam lelaki itu. Wajah Yoongi mula menegang.

" kau nak bincangkan apa lagi? " Yoongi dengan malasnya menjawab. Kyungsoo hanya tersenyum sinis.

" apa khabar parents kau? "



Angulo memandang ke arah lorong mati itu dan matanya tertancap pada seseorang yang berdiri di situ. Matanya membesar apabila mendapati bahawa orang tersebut merupakan kawan nya, Kang Bongcha.

Bongcha sedang memapah seseorang perempuan dan perempuan itu tidak kelihatan seperti seseorang yang dia kenalinya. Angulo terus melangkah laju ke arah Bongcha. Inginkan penjelasan.

Bukan ke Bongcha merupakan orang atasan? Kenapa dia ada di sini? Ini tidak masuk akal langsung. Ataupun Bongcha mempunyai agenda yang berlainan?

Park Jimin mengeluh perlahan apabila melihat Angulo yang mula mengatur langkahnya laju ke arah lorong mati itu. Buat 30 minit dia mengekori gadis itu, gadis itu langsung tak memusing ke belakang, tanda kesah tentangnya atau apa.

" perempuan. " Jimin menggulingkan anak matanya. Dia kembali melangkah ke arah Angulo. Kali ini, dia langsung tidak ekori gadis itu. Dia meluru ke arah gadis itu dengan pantas.

" hey, " Angulo terhenti daripada langkahnya lalu melihat ke arah Jimin. Pandangannya kelihatan bosan apabila melihat lelaki itu berada dihadapan dia. Dia memeluk tubuh sebelum mengangkat wajahnya.

17 July.  Where stories live. Discover now