the end.

664 109 124
                                    


It is the day.

Hari di mana mereka akan bertemu semula. Ke semua player bagi event 17 July yang lepas.

Bongcha membetulkan sanggul rambutnya. Sudah berapa kali dah dia cuba untuk membetulkan rambut dia seeloknya, tak mahu ia rosak atau mudah serabai.

Bongcha mengetap bibirnya, dia rasa nervous. Sangat.

Ini merupakan majlis pertama dia akan handle di Itali. Seulha dan Athena ada bersamanya, cuba untuk menolong kawannya itu memastikan majlis tersebut dalam keadaan yang okay dan seperti apa yang dirancang.

Haezlin dan Kuniyoshi juga ada bersama. Menolong kawannya mengatur plan majlis peringatan Aejun, Angulo dan Edryna.

Hari itu kelihatan suram. Memandangkan ianya merupakan hari peringatan ketiga sahabatnya yang sudah pergi terlebih dahulu.

Celine juga turun daripada Amerika. Yang lain juga akan datang ke Itali untuk hadiri majlis yang Bongcha aturkan. Semuanya sudah pasti akan datang, itu membuatkan Bongcha lebih gementar.

Bukan dia tak selalu buat benda macan ni, tetapi sekarang dia rasa macam mahu letakkan keseluruhan tenaganya dalam majlis itu. Dia nak buat semua orang kagum dan menjadikan majlis itu adalah majlis yang paling mereka tak boleh lupakan.

Itu misi Bongcha. Dia harap dia dapat menyelesaikan misi tersebut.

Petang itu, mereka mengadakan majlis peringatan terhadap tiga orang kawan mereka yang disayangi. Bangtan, Celine dan yang lain sudah ada di majlis tersebut, memberikan ucapan yang bermakna kepada si mati.

Mereka akhirinya dengan menyalakan lilin dan bersenandung hymn untuk peringatan ketiga gadis tersebut. Ianya diakhiri dengan begitu gemilang.

Dan sekarang, tiba masa untuk makan malam. Majlis yang Bongcha nantikan. Majlis yang Bongcha rancang dengan teliti.

Dia telah menyewa tempat yang sebiji macam di pulau Dements. Situasi dan suasana juga sama. Kawasan tempat yang dihiasi dengan lampu bulb, unggun api yang besar terletak dihadapan mereka. Tak lupa juga dengan kepelbagaian makanan yang terhidang.

Situasinya sama seperti dinner pada malam 17 July.

Kedatangan Kiara, Ara, Ryunji, Mia, Hanako, Areum dan Sarang diperolehi teriakkan kuat antara satu sama lain. Mereka berpelukkan, bergelak ketawa dan berbual panjang.

Ada di antara mereka sudah pun membuka cerita. Bergossip dan sebagainya.

Celine memandangnya dengan senyuman nipis. Dia menyisip winenya dengan begitu elegan. Bongcha yang ada disisi, di pandangnya sekilas.

" Presiden duduk di sebelah aku. " Bongcha menyengih. " this must be a miracle. " Celine tertawa mendengarnya lantas dia menggelengkan kepala.

" it's really a good idea to held this dinner. Kau buat ianya sebijik pada malam annual dinner 17 July. " beritahu Celine dengan kagum membuatkan Bongcha tersenyum bangga. Haezlin tertawa kecil menakala Seulha sudah tersengih. Athena yang sibuk memakan steaknya tak sedar langsung dengan apa yang mereka bincangkan. Manakala Kuniyoshi hanya menatap langit dengan pandangan yang bersinar.

Seulha perasan dengan tindakan Kuniyoshi dan keningnya bertaut. Dia memandang langit dan melihat banyak bintang berselerakkan pada permukaan langit. Hatinya rasa tenang apabila melihatnya.

17 July.  Where stories live. Discover now