㌊ 〉91 : late.

457 99 59
                                    


Hanako mendekati Kiara lantas menyentuh bahu gadis itu. Dia nampak Kiara mengigil, ketakutan. Hanako sendiri tak tahu apa sebenarnya terjadi. Kiara bertindak sedemikian seara tiba-tiba membuatkan dirinya tak tentu arah.

Ada sesuatu ke terjadi pada Kiara? Hanako tertanya-tanya.

Kiara hanya mendiamkan diri. Teresak-esak diri dia dibuatnya. Perasaan paranoia itu membuatkan dia lebih ketakutan.

Takut ingin jatuh cinta— takut perkara yang sama terjadi. Kenangan pahit berulang lagi.

Kematian tunangnya merupakan satu peristiwa hitam yang dia pernah alami. Lama juga dia murung kerananya. Sampai tubuh badan dia kering kerana tak lalu makan.

Dia cintakan tunangnya dahulu mati-matian. Dan perkara tak diingini berlaku— dia menjadi trauma dan pada masa yang sama, paranoid.

Dia takut perkara yang sama terjadi pada dia... dan Hoseok.

Dia tahu dia mula ada hati pada Hoseok. Lelaki itu membuatkan dia rasa selamat. Walaupun penemuan antara dia dan lelaki itu tak dimulai dengan elok tapi dia sudah ada perasaan terhadap lelaki itu.

Hanako teranjak ke belekang apabila melihat Hoseok mendekatinya. Hoseok memandang ke arah Kiara kemudian matanya dilirikkan ke arah Hanako.

Hoseok menyoal Hanako dengan bahasa insyarat, tetapi Hanako hanya membalasnya dengan angkat bahu dia. Tandanya dia tak tahu.

Tanpa berlengah, Hoseok memdekati Kiara. Kalau Hanako tidak tahu, dia akan tanya sendiri pada Kiara.

Hoseok membongkok dibelakang Kiara. Tangannya lembut memegang bahu gadis itu perlahan-lahan— tak mahu terkejutkan dia. Kini tangannya berada di bahu Kiara. Tetapi Kiara hanya mengendahkan ia.

" Kiara, " panggil Hoseok perlahan. Dia dapat rasakan badan Kiara mengigil. Terbit rasa kerisauan dalam hatinya.

Hoseok lantas mencangkung di hadapan Kiara. Dia memegang ke dua bahu gadis itu untuk melihat wajahnya. " hey, kau okay? " soalnya lagi. Nada suaranya diperlahankan.

Kiara yang menangis itu menarik nafasnya. Matanya bertemu dengan mata Hoseok yang mulai kuyu melihat keadaan dia begitu. Mata membengkak, air mata mengalir tak henti-henti dan hidung kemerahan.

" siapa buat kau menangis ni? " nada Hoseok menjadi mendatar. Kerutan pada dahi Hoseok kelihatan. Bengang dengan orang yang membuatkan Kiara menangis.

" lepaskan aku. " Kiara berkata perlahan. Mujur Hoseok mendengarkannya dek mereka rapat sekarang. Kiara menundukkan wajah.

Tanpa berfikir panjang, Hoseok melepaskan Kiara. Walaupun hatinya terusik dengan kata-kata gadis itu dan dia terpinga-pinga, tetapi dia lakukan sahaja.

Kiara mengesat air matanya. Dia menarik nafas panjang sebelum memandang Hoseok sekali lagi.

" Terima kasih untuk segalanya, selamat tinggal. "

Lantas, Kiara bangkit kemudian meninggalkan Hoseok yang terpempan.


Ara memandang sahaja Namjoon daripada luar bilik yang mereka lakukan pembedahan tadi. Dia kini sedang mengemas barang. Mereka akan berlepas ke Korea semula, balik ke sana dengan menggunakan jet private Seokjin.

17 July.  Where stories live. Discover now