㌠ 〉56 : hating.

859 159 172
                                    

    Mia dan Sarang terjaga akibat bunyi dentuman yang cukup kuat sehingga menggegar kan bangunan tersebut. Wajah mereka berkerut seribu. Baru sahaja ingin merehatkan diri, dan sekarang mereka terpaksa bangun semula.

Bukan apa, Mia dan Sarang sama-sama tidak memperolehi rehat yang cukup. Mereka tidur lambat semalam disebabkan hal-hal tertentu. Yalahkan, masing-masing ada masalah hal tersendiri.

" apa itu? " soal Mia dengan wajah yang curiga. Dia terus memegang erat senjatanya untuk mempertahankan dirinya. Dalam game ini, mereka mengutuskan untuk tak mengambil nyawa sesiapa memandangkan ia akan mencetuskan banyak masalah terutamanya daripada segi perkumpulan.

" mari lihat apa. " Sarang bingkas bangun lalu dia mula melangkah keluar daripada bilik persalinan baju yang menjadi tempat sebagai menghilangkan kepenatan mereka. Mia mengekori dibelakangnya.

Berdasarkan daripada bunyi dentuman tadi, ia sungguh kuat bermakna ia tidak jauh daripada tempat yang mereka berada. Dengan cukup berhati-hati, mereka berdua keluar daripada kedai baju tersebut dan terus berjalan mendekati di mana punca bunyi tadi kedengaran.

" Sedia, Mia. Barangkali mereka mungkin musuh kita. " pesan Sarang dengan cukup tegas. Pertama kali, Mia dapat melihat sisi tegas Sarang. Sebelum ini, gadis ini hanya sopan, dan lemah lembut. Dia juga kelihatan innocent. Tak sangka gadis ini mempunyai sikap serius juga di dalam dirinya.

" mhm, baik. " Mia akur.

Mereka berdua berjalan dan berjalan sehingga tempat yang mereka cari-carikan itu kelihatan. Sarang menghentikan langkahnya sebaik sahaja dia melihat apa yang terjadi di lorong sebelah kanan yang perlu di ambil oleh mereka untuk ke tempat di mana bunyi tadi tercetus. Dia menarik nafas panjang dan Mia mula berasa pelik.

" Sarang, kenapa? " soal Mia membuatkan gadis itu terus memandang dia dengan wajah yang sukar ingin ditafsirkan. Wajah Sarang kelihatan pucat, pada masa yang sama dia kelihatan sungguh gelisah.

" uh... " Sarang kelihatan teragak-agak.

" this is not like yourself. " Mia mengerutkan dahinya kemudian dia melangkah ke hadapan. " jangan risau, kita akan harungi benda ini bersama-sama. " kata Mia lagi sebelum dia mencuri lihat apa sebenarnya situasi di lorong belah kanan itu.

Kelihatan Athena dan juga Aejun yang berada di pihak lawan itu sedang berlawan pistol dengan Namjoon dan Taehyung. Taehyung nampak sungguh marah dan wajahnya nampak kemerahan. Mia sedar yang tadi mereka baru sahaja bersua dan sekarang, berjumpa lagi?

Tetapi menyedari keadaan Sarang, mungkin gadis ini ada sesuatu yang berkaitan dengan lelaki bernama Taehyung itu. Dan itu buatkan Mia tertanya.. apa sebenarnya hubungan mereka berdua?

" Sar – "

" lets end this. " Dengan wajah yang serius, Sarang terus membawa keluar UZI nya kemudian mengisi peluru. Wajahnya tegang. Baru sahaja sebentar tadi Mia melihat wajah gelisah milik Sarang dan sekarang, ianya sudah seratus peratus berubah.

How...?

Mia tidak terkata dan belum sempat dia membuka mulut, Sarang sudahpun bangkit kemudian meluru keluar ke arah situasi tersebut. Mia seolah tidak percaya apa yang terjadi dihadapan nya tadi.

Personaliti Sarang memang sukar untuk dijangka.

Mia terus meluru ke arah Sarang. Senjatanya juga dikeluarkan. SCAR dipegang kemas, blok peluru dipegang kemas ditangan itu dimasukkan ke dalam tempat peluru di dalam senjata tersebut.

" Oh hey, we meet again. "

Kedua lelaki itu menoleh ke arah Sarang, si empunya suara tersebut. Mia memehatikan Taehyung. Kelihatan reaksi wajah Taehyung terus berubah tatkala matanya bertembung dengan Sarang. Sekali lagi, Mia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

They definitely have something to do with each other.

" what a sad bitch. " Taehyung memulakan katanya. Wajahnya nampak bengis daripada biasa dan pandangannya jelas menunjukkan bahawa dia sedang menghina gadis dihadapan nya itu. Mia mula berasa pelik semula.

Sarang hanya mengekalkan wajahnya. Genggaman penumbuknya mula bergetar-getar akibat digenggam lama.

" have you missed me? " Taehyung menjungkitkan keningnya dan menyengetkan kepalanya, berkelakuan comel. Itulah taktik nya setiap kali menggoda perempuan. Tetapi Sarang hanya memandang kosong ke arahnya.

" not at all. " senjatanya diacukan betul-betul pada dahi Taehyung. Namjoon mengatur selangkah ke hadapan tetapi ditolak oleh Taehyung. Namjoon terkejut apabila mendapati bahawa Taehyung mengatakan tidak padanya. Tidak pernah Taehyung berkatakan sedemikian.

" its okay, this is my fight hyung. "

Sarang mengukirkan senyuman kecil disebalik wajahnya yang ditutup oleh helaian rambutnya. Wajahnya memandang tepat ke arah Taehyung yang mula melirikkan matanya ke arah Sarang. Mia memerhatikan duo itu dengan penuh perhatian.

" kenapa kau macam ni, Taehyung? " soal Sarang dengan suara yang halus. Keningnya bertaut menjelaskan dia cukup tidak faham dengan apa yang terjadi sebenarnya. Dia langsung tak faham.

Taehyung mengalihkan pandangannya ke bawah sebelum memandang ke arah Sarang semula. Senyuman segaris diukirkan.

" ..sebab semua perempuan sama. "

Sarang berasa terpana dengan jawapan Taehyung. Hatinya terbakar, membara. Sarang tidak dapat menahan kemarahan nya jadi dia menarik picu pistolnya tanpa berfikir panjang.

BANG!

BANG!

BANG!

Athena, Aejun dan Mia seakan terpana dengan apa yang terjadi dihadapan mereka. Taehyung tidak sempat untuk mengelak daripada tembakan tersebut. Memandangkan UZI juga salah satu pistol berspesies machine gun, ia akan mengeluarkan dalam 5 ke 4 peluru bagi sebuah tembakan.

Namjoon hanya diam memandang situasi tersebut. Matanya menatap wajah Sarang sebelum dia mengalihkan ia kepada Taehyung.

Sarang memgalihkan jarinya daripada picu tersebut dan senjatanya mula terlorot ke bawah. Dia memandang wajah Taehyung di hadapan nya dengan pandangan kosong.

Buat seketika, kening Sarang berkerut. Dia memang mahu membuat itu pada Taehyung tetapi kenapa sekarang hatinya berasa begitu sakit? Pecah? Kenapa? Air mata bertakung pada tubir matanya. Taehyung seakan tersengih lemah. Bahunya mula mengeluarkan cecair merah yang mula membasahi pakaiannya.

Namjoon terus memapah Taehyung sebaik sahaja dia melihat Taehyung ingin pengsan semula. Matanya tajam dilirikkan ke arah Sarang dengan penuh pandangan maut. Menakala Mia tidak dapat berkata apa-apa dengan apa yang baru je berlaku tadi.

Athena dan Aejun juga tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi.

Hanya Sarang, jauh di dalam hatinya.. dia mengingati semuanya, segala kata-kata nasihat yang Taehyung berikan, pujian. Adakah itu semua hanyalah palsu?

Taehyung terjelepok di atas lantai dan Namjoon memohon pada tuhan agar kawannya tidak akan mati. Taehyung seakan biasa-biasa sahaja begitu juga Sarang.

Mata Sarang memerhatikan tepat pada Taehyung. Ianya tersangatlah dingin dan pandangan yang memautkan. Wajah Sarang langsung tak berubah.

" aku benci kau, forever I will. "

17 July.  Where stories live. Discover now