Hanako melihat ke arah Jungkook dengan pandangan yang begitu tajam. Di dalam hatinya, sudah membara amarahnya akibat kelakuan Jungkook terhadap dia dan Baekhyun tadi. Tidak boleh kah dia bertindak normal?
Ataupun ini merupakan sikap sebenarnya.
Hanako mengeluarkan sepucuk pistol. Dengan amarah yang membuak-buak, dia mengacukan pistol tersebut ke arah Jungkook. Wajahnya tegang, Baekhyun yang melihat tidak mampu membuat apa-apa. Pada waktu begini, belum tentu perempuan itu akan berhenti jika dia menghalangnya.
BANG!
tepat pada bahu. Jungkook hampir terjatuh ke hadapan dan Edryna yang ada ditepinya terkejut dengan tembakan tersebut. Disangkanya perempuan itu merupakan seseorang yang istimewa kepada Jungkook sebab itulah dia tidak dicederakan kerana Jungkook sengaja mensasarkan tembakannya pada mereka tadi.
Tetapi, sangkaannya meleset sama sekali.
Edryna memusingkan tubuhnya ke arah Hanako dan Baekhyun. Dia mengeluarkan machinegun nya lalu diacukan pada ke dua manusia itu. " what's your problem, bitch? "
Hanako tertawa kecil mendengar ayat kesat yang keluar daripada mulut gadis itu. Dia mahu sahaja membunuh Edryna tetapi memandangkan Jungkook akan berseorangan selepas itu, terus dia menidakkan pemikiran nya itu. Walau bagaimana pun, dia masih ada secubit rasa simpati pada si sengal itu.
" testing my gun. " Hanako menunjukkan pistolnya pada Edryna sambil tersenyum simpul. Kepalanya disenget sedikit sebelum mengenyit matanya pada Edryna dengan perlian. " take care of your boyfriend. " tambahnya lagi dan senyuman nya terus mati.
" because he's such an asshole. "
Dan Hanako berlalu pergi daripada situ. Jungkook pula hanya tersenyum sinis. Meskipun bahunya dah lecun dengan darah, dia masih berkudrat untuk bangun lagi.
Edryna memandang ke arah lelaki itu dengan pandangan yang pelik. Kenapa dia tidak melawan? Jungkook jauh lebih baik daripada gadis itu, tetapi dia langsung tak buat apa-apa? Walaupun sudah ditembak?
" mari pergi. " ajak Jungkook dan Edryna tiada pilihan selain mengekorinya sahaja.
—
Ryunji seakan bertindak gila.
Dia ingin membunuh Bongcha yang ada di hadapan nya itu tanpa rasa secubit simpati. Bongcha seakan pelik dan keliru kenapa gadis ini tiba-tiba sahaja ingin membunuh dia. Malah, Bongcha boleh tahu yang sebenarnya gadis ini seakan tidak dapat berfikirdengan waras pada masa kini.
Tapi kenapa? Dia ambil dadah ke?
" Ryunji— "
BANG!
Bongcha melompat ke arah bertentangan daripada tembakan Ryunji dan dia terjatuh. Terus, dia bangun kemudian mengangkat pandangannya ke arah gadis tersebut. Setelah melihat gadis itu seakan tidak perasan di mana dia berada sekarang, terus dia bangun kemudian berlari ke arah Ryunji.
Tubuh gadis itu di tolak dan kemudian Ryunji terjatuh. Bunyi tubuh gadis itu menghempap lantai teramatlah kuat sehinggakan Bongcha bimbang tulang-temulang gadis itu akan patah kerananya. Tetapi dengan bertindak pantas, dia menolak pistol yang ada pada tangan Ryunji jauh daripada gadis tersebut.
Ryunji terbangun dan dia bergelut dengan Bongcha. Matanya mencerlung tajam ke arah gadis tersebut seakan dia benar-benar liar. Bongcha tahu Ryunji bukan begini orangnya meskipun dia baru sahaja kenal gadis ini. Dia yakin, ada sesuatu tak kena.
Namun Bongcha tiada pilihan. Dia perlu membuat gadis ini tidak sedarkan diri kalau dia tak mahu dirinya dalam bahaya. Walaupun dia tak mahu lakukan nya, tetapi dia terpaksa. Dengan sepenuh tenaga, Bongcha mencapai sebuah batu lalu dihentak kan ia pada kepala Ryunji. Gadis itu longlai.
Nafas Bongcha berat. Dia memandang wajah Ryunji yang tidak sedarkan diri dengan perasaan serba salah. Lihatlah, apa yang dia telah lakukan? Tuhanku, dia memohon maaf sangat pada Ryunji kerana terpaksa melakukan begitu.
Terus, dia meluru ke arah Ryunji lalu memapah gadis itu. Sebaik sahaja dia mengangkat tubuh gadis tersebut, dia menekan butang pada dinding tersebut.
Suprisingly, dinding itu mula terbelah dua dan Bongcha sudahpun tersenyum girang. Nampaknya dia sudah selangkah ke hadapan daripada pemain yang lain.
—
Namjoon berjalan dengan Taehyung. Mujur sekali mereka tidak diberikan pasangan daripada kumpulan yang berbeza. Jikalau ya, tentu parah.
" pasti ada sesuatu misi yang mereka lakukan untuk kita selesaikan segala ini. " jawab Namjoon dan Taehyung terangguk-angguk. Wajahnya memerhatikan sekeliling. Dia sangkakan permainan ini akan lebih sukar daripada sebelum tetapi nampaknya bahagian ini lebih tenang daripada sebelum ini. Pelik benar.
" yelah, tetapi apa? " Taehyung mengutarakan soalan nya dan Namjoon terdiam. Wajah Namjoon berubah apabila melihat sebuah pasangan sedang berjalan, selang beberapa langkah daripada mereka. Terus, mereka menyorok.
" ada seseorang. " kata Namjoon dan Taehyung menjungkitkan keningnya. Cuba melihat siapakah orang tersebut. Wajahnya memandang sepi pada pasangan gadis berpakaian oversized hoodie itu sedang berjalan bersama seorang lelaki daripada kumpulan EXO. Taehyung berdecit.
" Nampaknya mereka berkumpulan dengan kumpulan yang salah. " sangkal Taehyung dan Namjoon hanya mendiamkan diri. Dia hanya memandang pasangan itu dalam, tanpa mengatakan apa-apa.
Namjoon kemudian nya mengeluarkan sepucuk pistol daripada belakang seluarnya. Taehyung yang melihat tindak-tanduk kawannya itu mula berasa pelik dan curiga. Apa yang lelaki ini mahu lakukan?
" yah, apa yang kau nak buat ni? " soal Taehyung serta merta apabila melihat Namjoon mengacukan pistol tersebut pada pasangan itu. Namjoon memandang Taehyung sekilas sebelum memberikan jelingan nya.
" teach them a lesson. "
Jawabnya sepatah dan Taehyung mengerutkan dahina. Apa pelik sangat ayat Namjoon ini? Tambahan pula, dia nampak begitu serius dan marah pada masa yang sama membuatkan Taehyung tak sedap hati. Sememangnya ada sesuatu yang tidak kena?
" Namjoon, jangan buat perka— "
BANG!
Selang bunyi tembakan itu, kedengaran ada seseorang mengerang kesakitan. Garau suaranya membuatkan Taehyung ketahui bahawa mangsa tembakan Namjoon bukan pada gadis, tetapi pada lelaki yang bersama gadis itu.
Tak faham betul, Namjoon biasanya tidak kesah tentang jantina mangsanya. Memandangkan perempuan itu bebetul berada di hadapan dia, dia boleh sahaja menembak gadis itu agar kecederaan yang diterima oleh gadis itu lebih parah. Tetapi entah kenapa Namjoon menembak si lelaki, Kim JunMyeon.
Am Ara tersentak apabila pasangan dia, Suho sedang mengerang kesakitan sambil memegang bahunya. Darah mula mengalir dan Am Ara lantas membawa keluar UMP47 daripada dalam begnya lalu diacukan pada sekitarnya; mencari si penembak tersebut. Siapa pula yang berani membuat serangan hendap begini. Sungguh teruk!
Setelah memerhatikan sekeliling, Ara baru perasan tiada langsung sesiapa di situ. Dia merengus tanda menyampah kemudian terus mendapati Suho.
Suho yang tercedera itu cuba di rawatnya. Meskipun dia tak handal mana dalam bidang rawatan, dia pernah lakukan nya memandangkan dia seorang Assassin yang berjaya. Dia tahu macam mana mahu merawat dirinya sendiri. Terus, dia mengoyak t-shirt dalam nya lalu membalut luka Suho.
" kau tak perlu buat begitu. " kata Suho dengan terketar-ketar akibat kesakitan yang dia alami. Ara hanya tersenyum kemudian menggelengkan kepalanya.
" kau pasangan aku, jadi ianya tanggungjawab aku. "
—
*suara Jungkook*
" Its been awhile... "
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...