" kau memang sukakan manisan bukan? "
Jimin yang sedang mencapai beberapa manisan di dalam kedai itu hanya mula terhenti lalu di pandang ke arah Mia. Gadis itu memandangnya dengan wajah yang selamba. Pandangan gadis itu tepat pada wajah Jimin membuatkan lelaki itu terdiam tak berkutik.
Dia sambung mengambil manisan itu sekali lagi. Daripada chewing gums, sehinggalah coklat, dia sapu semuanya. Mia hanya menggelengkan kepalanya perlahan terhadap apa yang dilakukan oleh lelaki itu.
" manisan adalah segalanya. " jawab Jimin lalu tersenyum kelat. Dia memandang manisan-manisan yang ada di dalam peganggan. Rupa adik perempuan dia menjengah di minda membuatkan senyuman nya makin melebar. Mia hanya memerhatikan sahaja, pelik benar lelaki ini.
" benar. " Mia mencapai sepaket gula-gula lollipop. Dia mencabut plastiknya kemudian menyuapkan makanan tersebut ke dalam mulutnya. Sebaik sahaja dia merasai kemanisan vanilla strawberri menjengah lidahnya, dia terus tersenyum simpul. Ya, manisan adalah segalanya.
" kenapa kau begitu sukakan nya? "
" salah ke aku sukakan benda manis? " soalan Mia dijawab dengan sebuah lagi persoalan. Gadis itu mengutuskan untuk mendiamkan diri dan sibuk menjilat lollipopnya itu. Malas ingin bertekak dengan lelaki di hadapan nya ini.
" jadi, kau pembunuh bersiri yang berani menguploadkan video mangsa di youtube? "
Jimin mengangguk perlahan sebelum membawa ke semua manisan tersebut di kaunter bayaran. Dia sempat menjeling Mia yang ada di sebelahnya itu. " kenapa tanya? "
" ianya lawak kerana kita berdua melakukan strategi yang sama. " Mia membelek lagi gula-gula yang berada di sekitar dalam kedai tersebut. Jimin mengangkat kepalanya lalu matanya merenung gadis tersebur. Pandangan dia lama tetapi Mia langsung tak menyedari akan nya.
" Mia, " Gadis itu memandang ke arah Jimin yang berada di rak hadapannya. Wajahnya berubah pelik apabila melihat wajah Jimin kosong. Namun daripada pandangan matanya penuh dengan emosi yang terbuku dikunci jauh di dalam hatinya. Mia mendehem perlahan tanda 'ya' lalu dia sambung membelek manisan tersebut.
" do you ever regret being a criminal? "
Mia memandang ke arah Jimin dengan wajah yang terkejut berbaurkan keliru. Dia tak tahu ingin membalas apa terhadap pernyataan lelaki itu. Soalan itu juga langsung tak dia jangka kaan keluar daripada mulut Jimin. Tiba-tiba sahaja.
Baru sahaja Mia ingin membuka mulutnya, Jimin terlebih dahulu memotong.
" ..because I regret being one of them. "
❨☠︎❩
" aku minta maaf, Sarang. Aku tak ta— "
" sebab itulah aku kata yang ianya bukan salah kau. " Sarang terlebih dahulu memotong kata-kata Taehyung. Taehyung mula menjarakkan dirinya daripada Sarang dan melepaskan pegangannya pada tubuh gadis itu.
" aku.. sepatutnya tahu tentang itu. " Taehyung menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Wajahnya begitu kusut dan dia tak dapat berfikir dengan waras. Kenapa setiap kali dia berhadapan dengan gadis, dia asyik hancurkan hati mereka? Melukakan mereka? After all, dia juga seorang pembunuh bersiri terhadap ke semua teman wanitanya.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...