Ryunji, Sarang, Mia, Kiara dan Hanako ternganga melihat beberapa orang lelaki yang berdiri daripada kerusi mereka itu. Ternyata lelaki-lelaki yang mereka jumpa tadi bukan lah calang-calang orang.
Mereka merupakan jenayah yang teratas, jauh lebih kejam, lebih brutal dan segalanya.
" aku rasa mual nak makan. " Kiara menolak pinggannya dan mata dia tertumpu pada sekumpulan lelaki lengkap berpakaian tuxedo itu. Ryunji yang berada di sebelahnya memandang dia dengan wajah yang pelik.
" kenapa? "
" I will be back. " Kiara bangun daripada tempatnya lalu berlalu pergi. Tanpa dia sedari, handbagnya ditinggalkan. Ryunji perasan yang Kiara tertinggal handbagnya dan dia cuba untuk memanggil perempuan itu tetapi malangnya Kiara sudah pun jauh daripada nya.
Areum memandang ke arah Ryunji lalu mencuit lengan perempuan itu menyebabkan dia memandang ke arah Areum. Areum mengangkat keningnya ke arah Ryunji dan dia hanya menggelengkan kepalanya.
" dia period agaknya. "
❨☠︎❩
Kiara menutup pintu bilik air tersebut. Dia mengeluh perlahan dan menekup wajahnya. Mindanya berulang kembali pada waktu dia memandang ke arah lelaki yang bernama Hoseok itu.
Dan lelaki itu memandang ke arahnya, tepat ke dalam retina matanya. Dia juga yakin yang lelaki itu terus mengukirkan senyuman senget sebaik sahaja mata mereka bertaut.
Tetapi, apa yang membuatkan Kiara tak faham, kenapa dirinya berasa begitu resah? Kenapa dia rasa tak tenang sedangkan dia sendiri tahu yang dia dapat mengerjakan lelaki itu secukupnya dengan segala kepakaran yang dia ada. Tambahan lagi, Kiara tahu apa posisi Hoseok. Tetapi yang mengejutkan dia, dia tak tahu Hoseok salah seorang daripada mereka,
Bangtan.
Kumpulan itu sering menjadi bualan orang ramai. Ramai mengatakan kumpulan itu adalah kumpulan maniak. Sekali kau buat masalah dengan mereka walaupun sebesar zarah, mereka akan kerjakan kau secukupnya. Ada juga yang mengatakan bahawa mereka mempunyai hati kering atau lebih senang, tak mempunyai hati.
Tetapi dia juga pelik, kalau benarlah khabar angin mengatakan mereka seperti itu.. jadi kenapa Hoseok membiarkan nya pergi?
" dan kenapa pula aku kesah tentangnya?. " Kiara tertawa perlahan lalu menghantukkan kepalanya pada dinding bilik air tersebut. " sumpah, ini menyeksakan. " kata dia perlahan, cukup untuk dia dengari kata-katanya itu.
Tiba-tiba dia terdengar pintu luar bilik air itu ditutup dengan daya yang kuat kemudian ada seseorang menguncinya daripada dalam. Tapak kaki but seseorang menjengah telinganya.
Entah kenapa, Kiara rasa kurang senang. Hatinya tak semena-mena berdegup pantas. Perlu ke orang itu menutup pintu bilik air awam itu kemudian kuncinya? Apa sahaja yang dia akan lakukan di dalam bilik air yang besar ini berseorangan?
" come out, I know you in there.. " nafas Kiara turun naik. Derapan langkah itu kedengaran menghampirinya. Suara seorang lelaki yang serak basah itu dia kenal.
" ..beautiful. "
❨☠︎❩
" Angulo, what did you do to him? I mean, Hoseok didn't even want to look at you anymore. " Bongcha menyisip jus tembikainya namun matanya tertumpu pada gadis yang sedang menacap make up nya itu.
YOU ARE READING
17 July.
Mistério / Suspense❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...