㌝ 〉24 : mine.

1.4K 243 837
                                    

" is that all? "

Hologram seorang wanita yang sedang duduk di atas kerusi kerjanya menyoal. Wajah wanita itu putih, mulus sekali dan rambutnya juga berwarna putih seakan blonde. Cumanya, itu merupakan warna asli bagi rambutnya sejak lahir. Wanita itu memakai baju sut kulit dan rambutnya itu disanggul kemas. Pandangan matanya tajam memandang Bongcha.

Kang Bongcha kelihatan serba salah. Dirinya takut-takut dengan wanita dihadapan nya ini. Winston Harks Dorille yang berada disebelahnya langsung tak membantu. Walaupun ini sebenarnya kerja lelaki itu, entah kenapa Bongcha pula yang rasa tertekan. Menakala lelaki itu hanya selamba sahaja disebelahnya.

" this is useless. "  wanita dalam hologram itu berkata dengan nada yang mendatar. Dia mula menyimpulkan jari jemarinya antara satu sama lain lalu menghadap Bongcha lagi. " tiada langsung proses perkembangan dengan maklumat yang kita perlukan. Lady, are you really do your part? " Nadanya meninggi sedikit dan Bongcha menundukkan kepalanya.

" i'm sorry, Madam. Kami janji lepas ini akan ada maklumat besar yang akan kami peroleh. Just wait a lit– "

" No. You already took me forever to wait. " perempuan itu bangun dan dia meletakkan ke dua tangan nya di atas meja. " I will come soon. For now, do anything that you can do untuk dapatkan maklumat. I don't care how much risks we could've got. Just pastikan ada perkembangan. " mata biru perempuan itu mencerlung tajam ke arah Bongcha.

" walaupun ia memerlukan pengorbanan nyawa. I don't fucking care. " Wanita itu berkata lagi. Mata Bongcha membesar. Bongcha meneguk air liurnya. " okay, Madam. " lalu hologram itu diputuskan.

Bongcha mengambil nafas yang berat kemudian menghelanya perlahan. Dia melirikkan matanya ke arah Winston. Matanya tajam memandang lelaki itu. Oleh kerana Winston ini merupakan nephew kepada wanita tadi itu, dia terpaksa melayan nya dengan baik.

Tetapi apabila mengingati ayat wanita itu tadi, dia terus terfikir sejenak. Sebuah senyuman terukir pada wajahnya.

❨☠︎❩

" penipu. " Kiara mencemuh Hoseok sebaik sahaja dia mendengar kata-kata yang tajam lelaki itu lontarkan ke arahnya. Sebuah senyuman sinis terukir.

" jangan berlagak mahal lah, ayam. Kau sendiri tahu orang yang paling murah di sini adalah kau. " Kiara dengan menyampahnya menolak tubuh Hoseok daripadanya menyebakkan lelaki itu terundur kebelakang sedikit. Lalu, dia mempercepatkan langkahnya ke hadapan; meninggalkan lelaki itu.

Hoseok melirikkan matanya ke arah gadis itu semula. Matanya memerhatikan langkah gadis itu dengan ralit sekali. Ada sesuatu yang di fikir olehnya. Setelah itu, dia menyambung melangkah semula, mengekori gadis itu daripada belakang.

" kau terasa ke? "

Kiara langsung tak membalas. Dia hanya berjalan dan berjalan tanpa arah tuju. Hoseok hanya melepaskan keluhan kecil sebelum dia mempercepatkan dirinya ke arah gadis itu, cuba ingin berjalan beriringan dengan nya.

BANG!

Hoseok menundukkan kepalanya apabila merasakan tembakan tersebut di arahkan ke arah mereka. Terus, dia mengalihkan pandangan ke arah Kiara untuk melihat keadaan gadis itu. Dia hampir sahaja mencarut apabila melihat Kiara terkaku dalam posisi sambil menekup kedua telinganya.

" haih. " Hoseok berlari ke arahnya; ingin mendapatkan gadis itu. Semasa larian nya, dia nampak ada sekumpulan lelaki yang amat dikenalinya sedang mengacukan pistol mereka ke arah mereka berdua. Dia mencarut perlahan.

17 July.  Where stories live. Discover now