Jimin bergegas masuk ke dalam bilik wad. Mia setia di sisinya, mengekori lelaki itu ke wad yang diberitahu oleh doktor.Mia memerhatikan Jimin, buat pertama kalinya dia melihat lelaki itu tak tentu arah. Serabut, gelisah dan panik. Ketiga ciri-ciri itu ada pada Jimin sekarang. Mia juga boleh lihat bertapa risaunya lelaki itu terhadap keadaan adiknya.
Yang membuatkan Mia tak pasti, benar ke Jimin mempunyai adik? Kenapa sebelum ini dia tak pernah tahu? Jimin juga tak pernah memberitahunya.
Mia mengetap bibir, ingin sahaja ditanya sekarang tetapi dia tahu ianya bukan masa yang sesuai. Silap hari bulan, mungkin Jimin akan menengkingnya.
" ini wad bagi Park Sookyung? " Jimin menyoal pada salah seorang jururawat yang kebetulan berjalan disebelahnya ketika itu. Dengan anggukan ringkas, jururawat itu mengangguk.
Park Sookyung? Itulah nama adiknya?
Jimin tak membuang masa, dia terus melangkah masuk ke dalam wad tersebut dan meluru ke arah katil hospital. Kelihatan disekelilingnya ditutup dengan langsir berwarna biru.
Jimin menolak langsir itu ketepi dan matanya jatuh pada sekujur tubuh yang terbaring di atas katil itu, tenat.
Pandangan Jimin melembut dan dia meluru ke arah Sookyung. Tangan gadis itu diraih perlahan sebelum dia mengusapnya. Sookyung masih tak sedarkan diri nampaknya.
Jimin mencium dahi gadis itu, lama. Sebelum dia memandang wajah adiknya dengan pandangan sayu. Rasa rindu pada adiknya ini membuak-buak. Jimin tak henti menangis di hadapan Sookyung yang masih tak sedarkan diri itu.
Badan Jimin mengigil teruk. Mia yang melihatnya rasa kasihan. Pada masa yang sama, dia perasan yang Jimin tak pernah menangis seteruk ini dihadapan dia.
Tetapi sekarang ya.
Mia berjalan mendekati Jimin kemudian mengusap lembut belakang lelaki itu. Usapannya menenangkan dan menyamankan hati Jimin. Perlahan-lahan esakkan Jimin berkurangan.
" Park Jimin? "
Jimin dan Mia serentak menoleh ke arah empunya suara tersebut. Kelihatan seorang lelaki berpakaian kot putih yang panjang memandangnya dengan senyuman nipis.
" ada sesuatu yang kami perlu beritahu kamu mengenai adik kamu. "
—
Mia duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Sookyung. Jimin masih lagi bersama dengan doktor tadi, tak pulang-pulang lagi. Oleh kerana Mia tak tahu nak pergi ke mana, jadi dia duduk sahaja di situ.
Dia menongkat dagunya, memandang wajah Sookyung dengan teliti. Gadis itu nampak serupa seperti Jimin. Cuma matanya tidak lah sesepet Jimin.
Gadis itu nampak lemah, macam kekurangan zat sahaja. Melihat badannya yang begitu kurus dan bertulang.. Mia dapat tangkap yang gadis ini kurang makan. Mia memegang lengan gadis itu, rasa keras sahaja, rasa tulang.
Sookyung ini tak makan ke apa?
" akak ni siapa ya? "
Mia menoleh, kelihatan seorang lelaki berdiri dihadapan nya dengan wajah yang keliru. Di tangan lelaki itu ada bunga dan juga bungkusan makanan.
Boyfriend huh?
Mia bangun kemudian mengukirkan senyuman kepada lelaki itu.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...