Namjoon tahu dia perlu lakukan sesuatu.
Winston ini seorang yang sukar dijangka. Silap hari bulan, Winston sendiri akan membunuh Celine dihadapan mereka semua tanpa teragak-agak.
Daripada sini, Namjoon dapat lihat bertapa pentingkan dirinya Winston. Menakala Celine masih lagi seorang yang lembut. Malah seorang sensetif. Cuma kadang-kala Celine ini suka bertindak melulu tanpa memikirkan kesannya.
Tanpa berlengah, Namjoon mengalihkan fokus pistolnya ke arah Jack. Dia cuba meletakkan fokus dia pada tangan lelaki itu. Berhati-hati agar tembakannya tidak tersasar.
BANG!
" AGH! " Jack tersadung kebelakang sambil memegang lengannya yang sudah berlumuran darah. Pistol pada tangannya tercampak jauh.
" Cha dan Jimin, protect Celine " dengan pantas, Namjoon memberikan arahan. Jimin dan Bongcha peka terhadap arahan yang diberikan. Mereka lantas bergerak mendekati Celine dan Jimin menolak Jack kemudian mengacukan pistol terhadap lelaki itu.
Melihat situasi itu, Winston hanya tertawa. Dia tahu semua konconya telah mengepung Namjoon, Bongcha, Jimin dan Celine. Jadi kenapa mereka masih lagi cuba sedaya upaya untuk melawan dia?
Mereka akan tetap kalah.
Sekurang-kurangnya itulah satu perkara yang Winston paling yakin.
" Winston, kadang kala keputusan yang kita buat ni salah. Kau masih lagi ada peluang untuk undurkan diri dan betulkan semua yang terjadi ini. Kau tahu juga kan, Dendam takkan berikan kau kepuasan. "
Namjoon berkata dan Winston memandang Namjoon dengan pandangan tajam. Dalam pandangan itu, kelihatan api kemarahannya yang membara. Dan kata-kata Namjoon membuatkan api itu lebih marak.
" kau— apa saja yang kau tahu tentang apa yang aku lalui? " dengan kata yang sinis, Winston menyoal. Dia kelihatan tak puas hati.
" tambahan lagi, kau mahu nasihatkan aku? " Winston tertawa panjang. Tawanya sudah jelas ia menunjukkan bahawa dia menyindir Namjoon. Tetapi Namjoon hanya kekal tenang.
" keputusan yang kau untuk menceburi bidang jenayah dalam kehidupan kau itu, tak nak kau fikirkan? Keputusan itu betul ataupun salah? " Winston menjungkitkan kening. Namjoon mendiamkan diri buat seketika.
—
Jimin hanya memasang telinga. Sekali sekala dia mencuri pandang air muka Namjoon. Kata-kata Winston, ada betulnya.
Tetapi jauh daripada sudut hati Jimin, dia sendiri tahu yang Namjoon masuk ke alam jenayah ini kerana terpaksa. Pengalaman pahit mereka semua memaksa mereka masuk ke alam ini. Bukan kerana mereka mahu dengan rela hatinya.
Mereka dipaksa. Terpaksa.
Jimin menoleh ke arah Celine yang sedang termenung kosong. Gadis itu nampak hilang. Mindanya berada di awangan. Jimin jelas sekali dapat lihat ia.
" Hey, Celine. " Jimin memanggil dan Bongcha menoleh. Melihat apa yang dilakukan oleh Jimin sambil matanya tak lepas memandang musuh-musuh di hadapan dia.
Celine hanya membatukan diri. Jimin mendengus.
" Celine, dengarkan aku. " panggil Jimin lagi dan kali ini Celine melirikkan pandangannya ke arah lelaki itu. Pandangan mereka bertaut.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...