Penerbangan sudah pun berlepas.Mereka akhirnya akan meninggalkan Amerika dan pulang ke rumah mereka masing-masing.
Di dalam jet tersebut, Yoongi yang menjadi pilot. Memandangkan lelaki itu ada lesen menerbangkan kapal terbang, dia dengan sukarelanya mengendalikan diri untuk menerbangkan kapal terbang itu.
Kelihatan Seokjin duduk di sebelah Areum. Sepanjang penerbangan mereka itu, Areum dan Seokjin berbual mesra. Mereka sering ketawa dan mengusik sesama sendiri.
" Kau masih lagi tak jawab soalan aku, Areum. " tetiba Seokjin berkata membuatkan tawa Areum bersisa. Dia teringat akan soalan yang disoal oleh Seokjin sebentar tadi.
Areum lantas membetulkan rambutnya. Dia menyelak beberapa helai rambutnya kebelakang. Nafas di ambil.
" sebenarnya aku sendiri tak tahu apa yang aku akan buat selepas ini. " Areum mengukirkan senyuman nipis dan matanya melirik ke arah Seokjin.
" aku tak sangka juga yang aku akan terselamat daripada game ini sejujurnya. " Tambah Areum lagi. Seokjin mengangguk menandakan dia faham.
Lelaki itu mengamati Areum. Ada sesuatu yang dia ingin katakan, tetapi nampak seperti dia menahan dirinya daripada mengutarakan ia pada Areum. Areum bermain dengan jari jemarinya kemudian berbalas pandangan dengan Seokjin.
" kau pula? " kini giliran Areum menyoal Seokjin.
Seokjin terdiam buat seketika sebelum dia memandang Areum. Dalam pandangan nya itu terselit sebuah makna.
" Mungkin aku akan sambung kerja aku. Seperti biasa. " Seokjin membalas kemudian dia menggosok belakang lehernya yang tidak gatal itu. Jawapannya terlalu lapuk, dia tahu itu. Tetapi hakikatnya dia juga sama seperti Areum, tak tahu.
Areum tersengih. Entah kenapa rasa kecewa pula apabila mendengarkan Seokjin ada rancangan selepas tamatnya semua ini. " oh ya, aku lupa yang kau merupakan seorang mafia berjaya. " Areum berkata diiringi dengan tawa kecilnya. Seokjin membalasnya dengan senyuman.
" Aku mungkin akan cuba cari kerja sebagai doktor pembedahan di hospital. Aku mahu hidup normal— seperti orang biasa. " Areum menundukkan wajahnya. Senyuman nya tadi terus mati. Dia nampak seakan sedih. Seokjin sedar akan tingkah laku gadis itu.
" serius? " soal Seokjin, ingin memastikan. Areum menarik nafas kemudian berbalas pandangan dengan lelaki itu. " serius. " balasnya, senyuman nipis diukirkan.
Senyuman Areum sentiasa membuatkan Seokjin berasa tak senang hati. Entah dia rasa seperti ada sesuatu yang terbit di hatinya. Tak pasti perasaan apa.
" Kalau begitu, aku akan sokong kau dari jauh. Aku yakin kau akan jadi seorang doktor bedah yang termahir di Korea. " Seokjin menunjukkan ibu jarinya tanda bagus. Senyuman Areum melebar.
" Mungkin bukan di Korea, aku mahu kerja di luar negara. " Areum menyelitkan lagi. Kali ini, senyuman di wajah Seokjin mati.
" kenapa pula? " soalnya, seakan tak percaya.
" Sebab reputasi aku buruk di negara itu. Aku ada banyak reputasi sebagai doktor bedah tanpa lesen. Ianya mungkin sukar untuk aku dapatkan kerja. Jadi aku akan cuba cari kerja di luar negara memandangkan mereka tak akan mendapat tahu reputasi aku selengkapnya. " jelas Areum lagi. Seokjin terdiam seribu bahasa. Lelaki itu nampak kecewa.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...