㌇ 〉88 : the edge of death.

513 105 53
                                    


" Nama kau Areum ke? "

Areum mendongak memandang ke arah suara gerangan tersebut. Kelihatan Hoseok memandangnya dengan pandangan yang serius. Pada belakangnya, ada Namjoon yang sudah tidak sedarkan diri.

Pandangan Areum mendarat pada bahagian bahu Namjoon yang lecun dengan darah. Jantung Areum berdetak pantas.

" Ya, aku Areum. Letakkan dia di sebelah. " arah Areum dengan tangkas. Dia bingkas bangun daripada memegang tangan Sarang.

Mereka kini berada di sebuah bilik pejabat yang ada di kawasan lapangan terbang. Ara hanya melihat. Dia bermain dengan jari jemarinya. Mengigil.

Hoseok meletakkan tubuh Namjoon di atas meja bersebelahan dengan Sarang. Areum menolak segala benda yang ada di atas meja besar itu. Segalanya terjatuh ke bawah namun Areum langsung tak kesah.

" Ara, ambil kusyen di atas kerusi sana. " Arah Areum, matanya meneliti keadaan Namjoon.

" Peluru tu tak dalam, I still could help him. " Areum memberitahu dan Hoseok memandang Areum. Perlahan, dia mengangguk kepalanya.

" do anything— absolutely anything that you could to save him. " Hoseok berkata dan menekan kata-katanya. Dia memandang Areum dengan pandangan yang merayu.

Jika Namjoon tak ada, Hoseok mungkin akan hilang kawalan. Fuck— kalau ada di antara kawan dia pergi dahulu, dia mungkin akan gila.

Sebab dia hanya ada mereka.
Tiada sesiapa lagi.

" it's okay, aku tahu apa aku buat. " Areum meyakinkan Hoseok. Dia tahu Hoseok takut akan kehilangan Namjoon. Kehilangan seorang kawan rapat.

Hoseok menganggukkan kepalanya. Dia memandang Namjoon buat kali terakhir.

" Aku kena pergi. Tolong jaga dia. " Hoseok menjawab lagi. Areum mengangguk lagi tanda setuju. Lelaki itu kelihatan begitu teragak-agak untuk meninggalkan Namjoon. Tetapi oleh kerana Areum memberikan dia pandangan yang meyakinkan, dia pergi.

Sebaik sahaja Hoseok melangkah keluar daripada bilik tersebut, salah seorang pengawal Seokjin mendekati Areum.

" Kami telah membawa alatan pembedahan yang disuruh oleh Tuan Seokjin. Ada apa-apa lagi yang diperlukan? " soal Pengawal tersebut pada Areum. Areum terkejut juga dengan kedatangan pengawal tersebut. Beberapa pengawal masuk dalam bilik itu dan mengeluarkan alat-alat pembedahan.

Areum lantas menggeleng sambil tersengih. " aku okay sahaja. " balasnya.. janggal.

Ara mula mendekati Areum. Dia berbalas pandangan dengan Areum. Matanya bergetaran apabila melihat Namjoon yang sudah tak sedarkan diri.

" Areum, kau kena selamatkan dia. " Ara memegang tangan Areum. Matanya kelihatan berkaca. Wajah Areum melembut.

" baik, kau kena tolong aku.. boleh kan? "


" Ara jangan gementar. "

Areum memandang Ara dengan pandangan yang risau. Dia telah menyanggul rambutnya, kemas. Ke dua tangannya telah pun disarungkan dengan sarung tangan getah untuk proses pembedahan.

Ara yang juga sudah bersedia itu hanya termenung. Nafasnya berat.

Dia tak pernah buat kerja ini. Walaupun hanya seorang penolong di sebelah Areum, tetapi hatinya tak kuat. Perkara ni berlainan dengan apa yang dia hadapi sebelum ini.

17 July.  Where stories live. Discover now