Sarang duduk di atas bangku penjuru bilik yang ada. Dia memandang keluar tingkap dengan pandangan yang kosong sambil mendengar bunyi letupan dan juga tembakan. Itu membuatkan dia terfikir tentang apa yang terjadi dalam hidupnya. Bertapa hidupnya sungguh menyeksakan. Tetapi dia perlu menempuhinya seorang diri. Tiada sesiapa disisi.
Kesakitan yang dia alami pada fizikalnya cukup membuatkan dia ingat kembali dirinya yang dahulu. Bertapa lemah dan tak guna nya dia.
" hey.. " lamunan nya terganggu lantas dia memandang ke arah si empunya suara tersebut. Taehyung merapatkan pintu bilik tersebut dan menghampiri dia. Itu membuatkan Sarang berasa seribu kali ganda terganggu. Lelaki, membuatkan dia berasa jijik. Dia memandang semula ke arah luar tingkap, mengendahkan kehadiran Taehyung.
Taehyung perasan dengan kelakuan Sarang. Dengan giginya dikacip, dia duduk birai bangku tersebut dengan memberikan jarak sepatutnya pada gadis itu. Bimbang jika dia membuat Sarang tak selesa. " macam mana keadaan kau? " soalnya, prihatin.
" okay. " Sarang menjawab dengan nada mendatar tanpa melihat wajah Taehyung dan matanya masih tertancap pada luar tingkap.
" aku lega. " Taehyung mengukirkan senyuman kelat kemudian wajahnya ditundukkan. " aku kena pergi sekarang.. " kata Taehyung lagi dan Sarang mendehemkan sahaja. Melihat kelakuan Sarang yang tidak mahu sahaja layan dia, Taehyung mulai faham.
" dan.. aku minta maaf jika aku lukakan kau secara fizikal atau mental. " Taehyung lantas bangun daripada duduknya kemudian dia melangkah pergi. Sarang langsung tak pandang ke arah Taehyung walaupun sedikit sehingga lelaki itu keluar daripada biliknya.
Terus, air matanya bertakung lagi.
Dia tahu Taehyung tak salah dalam situasi ini. Kerana ini semua salah dia, Taehyung hanya ingin menolong dia tetapi keadaan nya tak mengizinkan. Keadaan dia sekarang ini memaksa dia untuk berkelakuan begini. Itu membuatkan dia begitu benci dirinya. Kenapa, kenapa perkara ini harus ditimpa olehnya?
Sarang bencikan hidupnya. Sangat.
❨☠︎❩
" kami akan pergi dahulu. " Namjoon berkata dan itu membuatkan semua memandang ke arah Ahli Bangtan yang sudah pun bersiap sedia. Wajah mereka sunggul. Terutama sekali Yoongi. Matanya asyik memandang ke arah Ryunji yang masih lagi tak sedarkan diri; merenung ke arahnya.
" okay, terima kasih sebab bantu kami berkumpul. " Areum berkata mewakili kawan nya yang lain. Seokjin menghadiahkan senyuman segaris padanya, ikhlas. " terima kasih juga atas bantuan kau dan yang lain. "
Mereka mula melangkah keluar dan Jungkook sempat memandang ke arah Hanako. Gadis itu memandang ke arahnya; berbalas pandangan. Jungkook seakan mempunyai beberapa perkara ingin beritahu tetapi dia mengutuskan untuk tidak memberitahunya. Langkahnya di atur pergi bersama rakan nya yang lain.
" Mereka sudah pergi? " Soal Sarang yang mula muncul disebalik biliknya. Dia berjalan dengan badan yang terbongkok-bongkok; meluru ke arah ahli kumpulan nya yang lain. Mia menganggukkan kepalanya perlahan.
" nampak seperti mereka sudah tahu apa riddles yang diberikan untuk mereka. " Ara menjawab dan dia mula gagahkan dirinya untuk bangun. Meskipun pergerakkan nya terhuyung-hayang akibat kesan peluru lumpuh Namjoon tadi, dia cuba gagahkan diri untuk bergerak juga.
" begitu juga kita. " Hanako bangun lalu mencapai sebuah kotak hitam. Dia membawanya ke arah mereka semua. " Jungkook berikan pada aku. Dia kata, kotak ini disediakan untuk empat kumpulan yang bertanding. Aku rasa ini adalah kotak kepada riddles kita selepas ini. " jelas Hanako dengan panjang lebar dan Ara mengangguk.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...