" head fire. "
Wanita yang berambut putih itu menyarungkan shades yang berwarna biru cair kepunyaan nya. Rambutnya di ikat satu, kemas. Boot yang dipakai oleh dia pula diketatkan tali sebelum dia kembali berdiri di atas helikopter itu dengan begitu megah, memegang Raifel yang berkuasa elektrik tinggi. Dia menembak satu persatu helikopter bagi angkatan polis yang mengawasi di kawasan district dements itu dengan hanya menggunakan tiga tembakan dan kini segala helikopter tersebut telah pun tumpas ke dalam laut, menghasilkan letupan tak berapa lama itu.
" Jack, mari mendarat di sini. " Perintah perempuan itu lagi ke arah seorang lelaki yang berkacukan barat tersebut. Lelaki tersebut mengangguk perlahan lalu menurunkan helikopter ke atas daratan di kawasan district dements.
Sebaik sahaja mendarat, wanita itu dan disertai ke teman lelakinya yang bernama Jack itu turun daripada helikopter tersebut. Kelihatan kawasan kepulauan itu begitu sunyi sepi. Barangkali kerana mereka semua berada di stadium bagi menyaksikan annual game.
Senyuman terukir pada wajah wanita itu apabila melihat Bongcha meluru ke arahnya dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Wanita itu hanya memberikan pandangan ke arah lelaki di sebelahnya itu, Jack. Lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya perlahan dan wanita tersebut menggulingkan anak matanya.
" Madam Celine, " Bongcha menghampiri wanita itu dengan senyuman. " you datang tepat pada masanya. " tambah Bongcha dan Celine hanya mampu memberikan senyuman segaris. " I hope so. " katanya perlahan dan memulakan langkah ke arah stadium di mana annual game itu berlangsung.
" Mana Winston? " Soal Celine dan itu membuatkan Bongcha terdiam. Dia kelihatan serba salah untuk menjawab soalan itu dan Jack perasan akan tingkah lakunya. Namun begitu, Lelaki itu hanya mendiamkan diri.
" dia ada di bilik dia. " Mata Celine membesar menandakan dia tak puas hati. " macam mana dia boleh senang lenang dalam bilik dia pula? Dalam waktu macam ni? " Wanita itu hampir sahaja menengking dan Bongcha hanya mengawal wajahnya. " I pun tak tahu. Maybe dia penat sangat agaknya. " katanya perlahan dan Celine mula mendiamkan diri.
" I want to see him. " Bongcha mula perasan wajah wanita itu mulai tegang. " lead me to his room. " Jelas sekali daripada nada wanita itu, ia kedengaran bertapa tegas dan disiplin nya dia. Bongcha sekali lagi mengeluh perlahan. " yes, Madam. " balasnya pendek.
Nampaknya, ada kejutan yang bakal menimpa mereka. Bongcha tersenyum sendirian apabila mengenangkan nya.
❨☠︎❩
" Guys, emergency. "
Yoongi meredah masuk ke dalam sebuah rumah kecil yang dindingnya itu diperbuat daripada besi. Kelihatan ahli Bangtan yang lain juga sudah ada di situ, mulut penuh dengan makanan. Ada di antara mereka sedang berbual-bual. Banyak juga gadis-gadis yang asing di mata Yoongi, tetapi dia hanya endahkan mereka. Ada urusan hidup dan mati yang perlu di uruskannya sekarang.
Kiara terlebih dahulu memandang ke arah Yoongi. Matanya tajam melihat gerangan siapa yang ada di dalam dakapan lelaki itu. Yang lain juga sama. Areum dan Ara yang ingin menyuapkan makanan itu terhenti. Hanako dan Mia juga memandang ke arah perempuan di dakapan Yoongi itu, nampak seperti pernah lihat?
Namjoon yang melihat keadaan gadis yang lemah di dakapan Yoongi itu membuatkan dia tergamam. Begitu juga yang lain. Yoongi menuju ke arah sebuah tilam kecil yang ada di situ lalu membaringkan Ryunji di atasnya. Sempat jari jemarinya itu menyeka rambut Ryunji daripada menutupi wajah gadis itu. " do something. " gesanya dan Seokjin menghampiri Yoongi.
" apa dah terjadi pada dia? " Soal Seokjin dengan tenang meskipun dia nampak seperti tidak cukup berehat. " lehernya dikelar, aku rasa kulitnya tersiat sedikit. " jawab Yoongi dengan pantas dan teliti. Seokjin mengetap bibirnya, dia melihat luka yang ditekap oleh bandana Yoongi.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...