" kenapa kau serius dengan aku ya? "Seokjin yang sedang mengunyah steak dihadapan dia itu tersedak apabila mendengar soalan spontan daripada teman wanitanya, Areum.
Mereka sudah keluar date beberapa kali, di samping kerja Seokjin yang bertimbun, lelaki itu sentiasa ada masa untuk Areum setiap kali gadis itu mengajak dia keluar.
Lagipun dia ketua mafia jadi siapa yang akan marahkannya? Boss? Dialah boss.
" minum air ini, " Areum menghulurkan segelas jus epal pada Seokjin. Seokjin mencapai jus tersebut dan menyisip ia. Nafas lega dilepaskan.
" kenapa tetiba tanya? " soal Seokjin lantas menyapu mulutnya dengan tuala kecil yang di sediakan di restoran mewah itu. Ianya merupakan pilihan Seokjin. Kalau ikutkan Areum, dia hanya mahu makan di kedai tepi jalan sahaja. Tak mahu membazirkan wang.
" aku mahu tahu saja.. " balas Areum sambil mencebik sebelum menyuapkan steak yang Seokjin potongkan untuknya tadi ke dalam mulutnya.
Seokjin memerhatikan Areum. Hatinya berdegup pantas apabila Areum menyoalnya soalan itu. Dia rasa berdebar-debar dan mindanya berkecamuk ingin memikirkan jawapan yang bernas dan cool kepada gadis tersebut.
Itu kerana dia mahu berlagak cool dihadapan gadis itu. Malulah dia kalau dia berikan jawapan yang kebudak-budakkan.
" sebab aku cintakan kau. " selamba sahaja Seokjin berkata dan kunyahan Areum terhenti. Mukanya membahang kerana malu.
Seokjin yang sedar akannya terus tertawa kecil. " comel " dia membisik perlahan pada dirinya sendiri. Areum mengalihkan pandangannya ke arah lain sambil berdehem.
" aku tahu tu, tapi sebab lain? " Areum menyengih. Dia seperti mahu dengar Seokjin berkata sesuatu padanya. Sesuatu yang dia ingin dengar. Seokjin kelihatan terpinga-pinga.
" sebab aku cintakan kau? " ulang Seokjin lagi dan Areum menggeleng pantas. Jawapan itu tidak diterima maksudnya.
" tak, aku nak jawapan yang detail. " kata gadis itu sambil menayangkan senyuman lebarnya. Seokjin merenung wajah Areum dengan sengihan sebelum meletakkan kedua sudu dan garfunya di atas pinggan tersebut.
" Sebab aku suka cara kau bercakap, suara kau kedengaran lembut. Aku suka bila kau cuba bercakap tentang apa yang kau fikirkan pada aku, dan berkongsi pandangan kau dengan aku. Aku suka bila rambut kau dibiarkan lepas dan angin bayu laut meniup-niupnya membuatkan rambut kau terawang-awangan. Aku suka bila kau sentuh kulit aku— tattoo, i mean— dengan pandangan yang kagum dan teruja. Aku suka bila kau fokus dalam merawat dan membedah pesakit. Semua tentang kau, aku suka. " Seokjin mencapai gelas jus nya kemudian menyisip.
Senyuman lebar terukir pada wajahnya terus mati apabila dia melihat bibir Areum bergetaran; nak menangis.
" hey, jangan nangis? Aku ada buat salah ke? " Seokjin mendekatkan dirinya pada Areum. Dia bingkas bangun untuk menyeka air mata Areum yang mengalir itu. Gadis itu tertawa apabila melihat Seokjin mula mengelabah. Seokjin mengerutkan dahinya.
" kenapa kau ketawa? " soal Seokjin dengan nada yangs serius. Pelik dengan sikap Areum.
Areum tersengih sebelum dia berbalas pandangan dengan Seokjin. Matanya bersinar memandang lelaki itu.
" tak, aku hanya terharu kerana aku akhirnya sudah jumpa lelaki yang betul mencintai aku. " Balas Areum sambil mengesat air matanya.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...