㌦ 〉40 : beautiful fool.

1.1K 227 506
                                    

Kiara melangkah keluar daripada bilik air dengan menghidu satu bau yang sungguh enak. Di sebabkan ia terlalu enak, itu membuatkan Kiara yang dah makan baru beberapa jam yang lepas itu berair mulutnya. Wah wah, apa semua ini menunjukkan berat dia mula meningkat?

" sit down, "

Mata Kiara kini tertumpu ke arah Hoseok yang berada di kaunter dapur. Kelihatan dia telah menukar bajunya kepada t-shirt biasa dan juga sehelai sweatpant puma. Rambutnya tak seperti selalu, nampak tersusun dan kemas tetapi sekarang ia kelihatan dalam keadaan messy.

Dia sedang memegang pan yang sedang di masak sesuatu olehnya. Perbuatan lelaki ini sungguh membuatkan Kiara benar-benar keliru. Sekejap baik, kemudian dingin. Apa masalah dia sebenarnya? Tidak boleh ke tunjuk satu perangai sahaja?

" makanan akan sejuk nanti. " tegur Hoseok lagi dan Kiara terus terjaga daripada lamunan dia. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah meja kaunter itu sambil memandang Hoseok dengan perasaan yang berjaga-jaga. Teragak-agak pun ada.

Kiara duduk kemudian Hoseok mula memberikan dia hidangan tersebut. Mata Kiara membesar sedikit apabila mendapati ianya merupakan spaghetti carbonara yang baru sahaja di masak. What? Sejak bila dia rendam spaghetti ini? Bukan ke ia mengambil tempoh yang lama untuk di rendam?

" kenapa kau buat macam ini? " Kiara menongkat dagunya, memandang Hoseok dengan pandangan yang sungguh curiga. Teringin sekali dia menyelami pemikiran lelaki itu kerana Hoseok memang seseorang yang amat sukar untuk dibaca emosinya.

" Aku hutang kau, " Hoseok mencapai chopstick besi yang ada di situ kemudian mula makan makanan tersebut. " kau selamatkan nyawa aku. " tambahnya lagi dan Kiara memuncungkan mulutnya.

" oh jadi ini yang kau lakukan jika kau terhutang budi dengan seseorang itu? " Hoseok mengangguk perlahan kemudoan sambung makan. Dia melirikkan matanya ke arah Kiara sekilas.

" jangan perasan sudah. "

Kata-kata Hoseok membuatkan Kiara tersengih. Ingat nak ke orang perasan dengan dia ni? " tak ada masa lah. " Kiara menjeling kemudian sambung makan spaghetti tersebut. Matanya membesar sedikit apabila mendapati ianya enak.

" aku ingatkan kau akan balas hutang kau itu dengan perkara lain. " Kiara mengambil tisu pada kotak tisu yang berhampiran kemudian mengelap bibirnya supaya tak kelihatan comot. " kau kan bapa ayam, after all. " kata-kata Kiara itu sempat diselitkan nada perlian. Tetapi Hoseok hanya sambung makan.

" jadi kau kenal aku? "

Soalan Hoseok dibalas dengan anggukan. Kiara membalas kata-kata Hoseok dengan wajah yang serba tidak percaya. " everyone knows who you are. " tambah Kiara dan Hoseok tersengih sinis. " aku tak sangka aku famous. " balasnya pendek.

" mhm right. " Kiara menggulingkan anak matanya ke atas. Spaghetti itu dimakan nya lagi. Sekali sekala, dia menghirup air yang disediakan oleh lelaki di hadapan ini. Dengan berhati-hati, dia lihat memang tiada langsung apa-apa ubat aneh yang di masukkan dalam air tersebut. Jadi pandangan nya bahawa Hoseok cuba memerangkap dia meleset sama sekali.

" anyway sorry pasal kondom dalam bilik air aku. " kata-kata Hoseok itu membuatkan Kiara tersedak. Hoseok terus menuang air Kiara yang sudah sedikit itu kemudian dihulurkan ke arahnya. " gelojoh. " katanya lagi.

" jangan lah mention perkara tu waktu makan. " Hoseok tersenyum kecil lalu menghirup airnya. " sorry, again. " Kiara hanya menggelengkan kepala dia.

17 July.  Where stories live. Discover now