Mia bangkit daripada baringnya. Berdengung telinganya akibat letupan tadi. Dia hampir sahaja pekak. Mia cuba untuk kembalikan pendengarannya semula tetapi ianya mengambil masa." this is— ugh! "
Bahagian lehernya tercedera. Seperti ada serpihan besi kecil tertusuk di dalam lehernya. Ianya amat pedih setiap kali dia cuba untuk melakukan pergerakkan.
" tolonglah " Mia mengaduh sakit. Tuhanku, macam mana dia nak larikan diri dan berlawan jika dia dalam keadaan begini?
Tusukkan besi itu amat dalam, Mia dapat rasa darah mengalir daripada lukanya dileher.
Dia gagahkan dirinya untuk bangkit. Tak ada masa kalau macam ni. Dia mungkin akan dibunuh kalau dia sering leka dan hanya memikirkan tentang lukanya sahaja. Dia perlu cari tempat untuk menyorok dan recover.
Sedang dia mengumpul kudrat tenaganya untuk bangkit, tiba-tiba sahaja ada seseorang menolongnya dengan memapah dirinya. Mia terkejut, kedatangan orang itu langsung dia tidak jangka.
Dia menoleh ke arah orang tersebut, ianya Jimin.
" can you walk? " soalnya dengan wajah yang serius, tak bertentang mata langsung dengan Mia. Mia hanya berdehem sahaja. Mereka mula mengorak langkah kehadapan.
Sedikit sebanyak yang Mia tahu, dia lega Jimin ada untuk menolongnya.
—
Tubuh Bongcha dilemparkan ke dalam sebuah bilik bertutup yang terbiar. Keadaan bilik itu amat tidak menyenangkan. Ada bau yang busuk, air daripada saliran tangki yang bocor, dan lantainya juga berdebu dengan tanah. Bongcha hampir sahaja menjerit kegelian apabila kedua tapak tangannya menyentuh lantai tersebut.
" kau duduk sini sehingga ketua datang. " arah pengawal yang melempar Bongcha. Wajah mereka amat tegang. Dengan tubuh maskular itu, Bongcha tahu dia tidak dapat melawan lelaki tersebut. Dibandingkan dia dengan lelaki itu, memang sudah terang lagi bersuluh bahawa lelaki itu akan berjaya mengalahkan nya.
Sebelum lelaki itu keluar, Bongcha memerah otaknya untuk mencari jalan keluar daripada tempat itu.
Dia kena jumpa dengan Edryna. Kawan-kawannya yang lain juga memerlukan bantuannya.
" aku berada di pihak kau lah! " Bongcha lantas berkata dengan suara lantang. Langkah yang diaturkan oleh pengawal itu terhenti.
Kepala pengawal tersebut tertoleh ke arag Bongcha. Matanya tajam. " apa jau cakap? " soalnya dengan suara mendatar.
Bongcha mengawal reaksi wajahnya. " Aku berada di pihak kau. Aku lakukan semua ini kerana ini merupakan rancangan antara aku dan Winston. Aku bunuh dia secara palsu supaya dia boleh escape. " katanya lagi dengan suara yang meyakinkan.
Pengawal itu nampak ragu-ragu.
" Aku sengaja berlakon supaya mereka semua tidak syak apa-apa pada aku. " Bongcha mulai bangkit daripada duduknya. Senyuman diukirkan, ia kelihatan sinis sekali. " Jadi kau tak perlu lah menahan aku. " tegas Bongcha mengatakannya.
Pengawal itu mulai nampak termakan dengan kata-kata Bongcha. Wajahnya mula nampak percaya dengan tipu helah Bongcha.
" Baiklah kalau begitu, aku akan lepaskan kau pergi. "
Bongcha tersenyum sinis.
—
Jimin menyandarkan Mia pada sebuah dinding. Mereka kini berada di tempat yang bertutup, jauh daripada mana letupan bom berasap racun itu terjadi.
Sebaik sahaja Mia melabuhkan punggungnya, Jimin terus melutut di hadapan Mia dan mengeluarkan sesuatu daripada begnya. Mia hanya memerhatikan dia.
Gadis itu terasa begitu penat. Pandangannya juga mulai kabur. Rasanya kalau keadaan dia terus begini, dia akan pengsan tak lama lagi. Mungkin kerana darahnya yang mengalir tanpa henti.
" Hey, Mia... please stay with me. " Jimin memandang ke arah gadis itu. Namun Mia seakan tidak sedar dengan apa yang dikatakan oleh Jimin. Dia nampak berkhayal.
Jimin terus membuka kotak first aid nya. Sudah menjadi kebiasaan bagi ke semua ahli Bangtan untuk mengetahui asas untuk membalut dan merawat luka. Memandangkan mereka sentiasa mengumpul luka.
" ini mungkin akan sakit sikit. " Jimin mengeluarkan jarum dan benang khas untuk menjahit luka. Memandangkan luka Mia sedikit besar dan memerlukan jahitan, dia perlu lakukan ia untuk menghentikan pendarahan.
Jimin mula menjahit luka tersebut setelah mengelap darah yang mengalir itu. Dia melakukan ia dengan begitu teliti. Sekali sekala, dia memandang ke arah Mia, ingin memastikan bahawa apa yang dia buat itu tidak menyakiti gadis itu sangat.
Setelah beberapa minit, Jimin akhirnya membalut luka Mia dengan balutan yang dia ada. Balutan nya begitu kemas. Setelah habis, dia memandang ke arah Mia. Gadis itu sudah pun terlena.
Rambut Mia diseka kebelakang. Wajahnya ditatap.
" you did great. "
—
Ryunji melarikan diri. Dia langsung tidak menoleh kebelakang. Apa yang dia tahu, hanya berlari dan berlari.
Dia dapat rasakan sesuatu yang aneh mula terjadi pada tubuhnya. Rasa panik mula menyebulungi diri dia. Dia perlu lekas mencari tempat yang bertutup.
Ke semua kawannya sudahpun hilang. Dia tak tahu sama ada mereka masih hidup lagi ataupun tidak. Tetapi sebaiknya, dia berharap agar mereka yang lain masih lagi hidup.
Sampai sahaja di sebuah lorong yang terpencil, Ryunji terus menyorok di belakang tempat pembuangan sampah. Meskipun bau sampah mencucuk ke dalam hidungnya tetapi dia hanya menahan.
Dia menekan telapak tangannya. Sebuah skrin hologram terpancar. Baterinya sudah mula berkurangan. Ia ditahap paling minimum.
Ryunji melepaskan keluhan yang begitu berat. Dia menghentak kepalanya pada dinding kerana stress dan bingung. Sungguh, dia tidak menyangka akibat letupan tadi akan memberikan effect pada baterinya. Tak guna.
" kitty, is that you? "
Suara garau milik seseorang membuatkan Ryunji terkejut. Di dalam lorongnyang terpencil ini, siapa pula yang dapat temui dia?
Ryunji nampak ada seseorang berjalan ke arahnya. Daripada gaya jalan, Ryunji seakan tahu siapakah gerangan tersebut. Wajah Ryunji terus bertukar pucat apabila melihat Yoongi berjalan ke arahnya.
Dalam banyak-banyak orang dalam dunia ini, kenapa mesti dia?
Yoongi berjalan ke arah Ryunji kemudian melutut di hadapan gadis itu. Senyuman senget diukirkan.
" my little kitty, are you scared? "
—
Sorry for late late lateeee update :((
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...