" can you calm down? Chill, I won't do anything bad at you... yet. " Taehyung memusingkan pistol yang dipegangnya itu dan dia memegang ia pada muncung pistol tersebut. Apabila melihat perempuan itu seperti sudah reda sedikit, dia mula berkata lagi.
" Kau ke sini untuk membunuh. Sedih lah kalau kau yang bunuh diri sendiri. "
" apa? " Perempuan itu menyoal dan Taehyung sedar yang tangan perempuan itu mula mengigil dan matanya berkaca semula.
Pandangan Taehyung melembut apabila melihat keadaan perempuan itu. Lemah. Wajahnya yang putih seputih salju itu kemerah-merahan akibat tangisan nya. Dia tertanya-tanya, apa sebenarnya yang terjadi pada perempuan ini? Apa masalah nya sampai dia menangis sehingga matanya membengkak? Berdasarkan bentuk tubuh perempuan ini dan juga visual nya, sudah semestinya perempuan ini mempunyai teman lelaki. Barangkali, putus cinta dengan teman lelakinya?
Hajatnya untuk membuat perempuan ini sebagai koleksi organ seterusnya hilang begitu sahaja.
" Jangan biarkan orang lihat kau lemah. Tak perlu kalah pada dunia yang sering beri kau cabaran. Tunjukkan pada mereka yang kau bukan sekadar perempuan, tetapi kau juga wira untuk diri kau sendiri. " Taehyung membelek pistol itu lalu mengangkat keningnya terhadap pistol tersebut.
" taste kau bagus untuk perempuan seperti kau ini. " dia halakan bahagian pemegang itu ke arah Sarang dengan senyuman segaris. " pastikan kau tahu macam mana nak gunakan nya pada orang yang betul. "
Sarang terdiam. Matanya mula kering daripada air matanya. Dia memandang wajah lelaki yang pelik dihadapan nya ini dengan pandangan yang curiga. Kemudian, dia mencapai pistol tersebut.
" apa nama kau? " Taehyung menyoal sebaik sahaja perempuan itu mencapai pistol yang dihulur olehnya. Perempuan itu menundukkan wajahnya lalu memandang Taehyung melalui celah rambutnya yang panjang mengurai itu.
" S-Sarang. "
Taehyung tersentak. Matanya membulat sedikit tetapi dia tertawa kecil. " apa? " soalnya lagi dan perempuan bernama Sarang itu mengerutkan dahinya. " Sarang. " balasnya sekali lagi dengan nada yang mendatar. Dia paling benci kalau orang menyuruh dia mengulangi sebutan nama nya sekali lagi.
Sebab dia benci dengan nama dia.
" Sarang? " Taehyung menyoal untuk memastikan lagi sekali. Sarang mengangguk perlahan lalu memasukkan kedua pistol itu pada tali pinggang pistolnya lalu perempuan itu terus beredar daripada situ meninggalkan Taehyung di situ berseorangan.
Taehyung pula hanya melihat perempuan yang bernama Sarang itu beredar. Tanpa sedar, dia tertawa kecil.
" how can it be a name? " Taehyung memasukkan kedua tangan pada poket seluarnya badan nya dipusingkan ke arah bertentangan.
" because love means nothing. "
❨☠︎❩
" dan.. sejak bila kau makan daging biri-biri? "
Seokjin lantas menyoal sebaik sahaja Jungkook meletak pinggan nya di atas meja. Mata Hoseok bersinar apabila melihat banyak daging biri-biri yang terdapat atas pinggan itu. Hal ini kerana daging biri-biri merupakan kegemaran nya.
" sejak tadi dan.. Hoseok, tolong ambil untuk diri kau punya sendiri. Ini aku punya. " Jungkook menarik pinggan itu daripada Hoseok dan lelaki itu merengus. " alah, aku malas lah. Okay, Nanti aku berikan kau alat komputer aku.. Amacam? "
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...