㌋ 〉87 : bad decision.

483 103 92
                                    


" Bongcha! "

Kelihatan  Seulha dan Athena turun daripada salah satu helikopter kemudian menghampiri Bongcha. Mata gadis itu terbuntang apabila melihat kawan-kawannya berlari ke arahnya.

" Athena, Seulha! " dia mendepakan tangannya ke arah kedua kawannya itu. Senyuman lebar terukir pada wajahnya dan jantungnya berdegup kencang. Bertapa leganya diri dia apabila mendapati ke dua kawannya itu selamat.

Mereka berpelukkan buat seketika.

Kiara yang melihat hanya mampu tersenyum. Dia tercari-cari juga di mana kawannya yang lain, tetapi tiada seorang pun kelihatan. Dan seseorang yang paling dia cari adalah Ryunji.

Mana gadis itu?

" Kiara? "

Kiara menoleh dan mendapati Ara sudah tersenyum lebar. Ara seakan tak percaya bahawa dia sedang melihat Kiara di hadapannya, masih dalam keadaan okay.

" syukur kau masih hidup. " Ara memeluk Kiara buat seketika dan Kiara tersenyum simpul. Hatinya lega, sekurang-kurangnya salah seorang daripada kawannya masih hidup.

" apa dah jadi di sini? " Kiara menoleh, memandang sekeliling dan mendapati ianya bagaikan di medan perang.

Dia nampak ramai orang bertembak-tembakkan dan bermati-matian melawan konco Winston yang tidak terkira itu. Kiara menekup telinganya, bising sekali.

" sekarang kita perang. " Ara mengangkat senjatanya ke arah Kiara. " kau bunuh jelah orang yang kau rasa jahat. " Kata Ara lagi dan Kiara hampir hendak menyiku gadis itu.

Mata Kiara mencari tubuh Hoseok. Lelaki itu, mana dia?

Tetiba dia ternampak Jimin yang sudah kemerahan matanya, menahan sebak. Namjoon yang sudah terbaring. Hoseok yang sedang memeriksa nadi Namjoon. Wajah Hoseok kelihatan pucat lesi.

Kiara tak pernah lihat Hoseok begitu.

Ara memandang Kiara pelik apabila melihat Kiara seakan termenung. Dia mengekori pandangan Kiara. Matanya mendarat pada Hoseok, Jimin dan juga.. Namjoon.

Bongcha terus menghampiri Namjoon dan yang lain. Seulha dan Athena berada di belakangnya; mengekori. Bongcha memandang ke arah Hoseok dan Jimin.

" Dia tak cedera teruk, hanya kena pada bahagian bahu. Kita boleh selamatkan dia lagi. " jelas Bongcha tetiba.

Hoseok memberikan pandangan tajam pada Bongcha, pandangan maut. Jimin yang  menyedari itu, terus menyampuk. " Hyung, dia ada di sisi kita. " Hoseok terus mengalihkan pandangannya, kembali pada Namjoon. Pandangannya melembut semula.

" kita kena bawa Namjoon ke tempat lain, dia kena dapatkan rawatan. " Bongcha berkata lagi. Jimin mengangguk setuju lalu memandang ke arah Hoseok, menunggu jawapan.

" baiklah, bawa dia— "

" Areum tahu apa yang boleh kita lakukan. " tetiba Ara bersuara membuatkan semua orang memandangnya. Hoseok memandang Ara daripada atas sehingga ke bawah.

" siapa Areum? " soal Hoseok sambil menjungkitkan keningnya. Jimin juga kelihatan terpinga-pinga.

Ara mendekati Namjoon, riak wajahnya kelihatan sugul melihat lelaki itu lemah. Pertama kali dia melihat Namjoon dalam keadaan begini. Dia turut berasa sedih.

17 July.  Where stories live. Discover now