㌼ 〉52 : when America fall

844 156 224
                                    

     Yoongi dalam dilemma sebaik sahaja mendengar pengunguman yang baru sahaja di umumkan. Senjata yang dipegang erat di tangan di pandang olehnya sekilas sebelum dia melirikkan matanya ke arah pasangan 'tak rela' dia itu. Do Kyungsoo.

Kalau dia nak bunuh saudaranya itu sekarang, ia akan menjadi masa yang tepat untuknya. Sah-sahlah dia menang memandangkan Do Kyungsoo dengan dirinya berseorangan. Jadi perlawanan mereka akan sama adil.

Yoongi tersengih dengan idea itu. Dia kemudian nya menggelengkan kepala dia perlahan apabila mendapati bahawa dia baru sahaja ingin membunuh saudara kandung dia sendiri.

Sisi gelapnya memang sukar untuk dikawal.

" aku tahu apa yang kau sedang fikirkan. " Kyungsoo berkata secara tiba-tiba  membuatkan Yoongi terkejut dengan kata-kata lelaki itu. Mujur sahaja dia tidak tunjukkan perasaan dia dengan reaksi wajahnya.

Bangtan, mengajar dia untuk berlagak kuat tidak kira di mana-mana atau bila. Mereka juga mengajar bahawa mereka tidak boleh sesenang hati menunjukkan perasaan mereka pada sesiapa yang tertentu kecuali mereka. Hal ini kerana ianya sebagai keselamatan mereka untuk masyarakat sekeliling tidak menganggap mereka salah seorang yang lemah dan senang untuk dikalahkan.

Kerana itulah Bangtan digeruni.

Wajah Kyungsoo dipandangnya sinis kemudian Yoongi terus mengatur langkah ke hadapan. Mengendahkan lelaki itu membuatkan Kyungsoo seakan seorang yang terdesak inginkan perhatian lelaki itu.

Kyungsoo mengetap bibirnya. Baran dengan sikap normal bagi saudaranya itu. Dia lantas terus membawa keluar parangnya daripada beg dia. Sebelum sempat dia melemparkan ia pada Yoongi, tiba-tiba ada sebuah suara bergema di dinding sebelah mereka membuatkan Kyungsoo terhenti daripada melakukan nya.

Langkah Yoongi terhenti apabila dia mendengar suara tersebht. Terus sahaja dia mendekati dinding itu kemudian mendekatkan telinganya pada permukaan dinding tersebut. Wajah dia berkerut seribu apabila dia dapat dengari lagi jeritan beberapa gadis di dalam itu.

" tolong aku hancurkan dinding ini. " terus Yoongi berkata sebelum dia membawa keluar bom grenade nya. Wajahnya begitu serius menyebabkan Kyungsoo tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi.

" kenapa pula? Ada mangsa ke dalam tu? " soalnya bertubi-tubi tetapi Yoongi tidak endahkan soalan lelaki tersebut. Dia sibuk membawa keluar kayu besbol yang diperbuat daripada besi yang dia ada kemudian mengangkatnya tinggi; ingin menghayunnya.

Sebelum sempat dia menghayun besbol tersebut, tiba-tiba ada seorang lelaki mengacukan pistol pada kepalanya. Yoongi terkejut dengan kehadiran lelaki yang dia langsung tak perasan sejak tadi lagi. Terus sahaja pergerakkan nya terhenti lalu melirikkan matanya ke arah si empunya pistol tersebut.

Matanya membulat apabila melihat Jimin sedang memgacukan pistol tersebut ke arah dahinya dengan pandangan yang tajam. Wajah Yoongi terus berkerut seribu apabila mendapati lelaki itu hanya berkekalan dalam posisi itu tanpa bergerak. Meskipun dia sudah nampak bahawa ianya Yoongi yang ada di hadapan dia.

" Jimin, put the gun down. " arah Yoongi tetapi tangan Jimin langsung tidak bergerak. Dia hanya setia mengacukan pistol tersebut ke arah Yoongi dengan wajah yang tegang. Matanya memandang wajah Yoongi dengan pandangan maut.

Kyungsoo menjungkit kening. Apa Bangtan memang begini jika berjumpa dengan ahli satu sama lain? Mereka tidak rapat ke sehinggakan salah seorang daripadanya sekarang ini cuba untuk membunuh rakan sepasukan dia sendiri?

How funny. Kyungsoo tertawa kecil melihat situasi itu. Dia memang teruja untuk drama seperti ini. Sudah tentu sahaja Yoongi tak akan sampai hati ingin membunuh Jimin dan dia sendiri tahu jikalau Yoongi berkelakuan sedemikian, dia tak akan menang.

17 July.  Where stories live. Discover now