" Hoseok ada di dalam biliknya bersama seorang perempuan korporat sekarang. "Itulah kerja bapa ayam yang bernama Hoseok itu. Kiara menongkat dagunya dengan malas apabila mendengar salah seorang rakan sekerjanya memulakan topik tersebut.
" Sejak pulang daripada Pulau Dements tu, semakin banyak pelanggan mahu bermalam dengannya. " Kata kawannya itu lagi dengan bersungguh-sungguh ceritakan tentang Hoseok. Kiara hanya berpura-pura dengar.
Walaupun hatinya panas, tetapi dia hanya dengarkan sahaja. Menyorok perasaan sebenar dia. Darah dia dah mendidih, ada juga rasa cemburu yang kuat di dalam dirinya tetapi Kiara endahkan emosi tersebut.
Kata nak berubah? Bullshit, Hoseok.
Kiara menjeling. Mood dia terus tak ada malam itu. Ya, Hoseok merupakan majikan terbesar dia. Yang mengendalikan perniagaan pelacuran dan perdagangan perempuan. Sekarang lelakinitu masih giatkan lagi.
Hoseok yang sekarang dengan Hoseok yang dia kenal di Pulau Dements beberapa hari yang lepas memang lain.
Oleh kerana sewaktu di lapangan terbang hari itu Kiara langsung tak layan Hoseok, Hoseok jadi panas hati.
" suka hati kau lah. "
" kalau kau anggap aku tak wujud, aku juga akan lakukan perkara yang sama. "
Ianya menyakitkan hati Kiara sebenarnya apabila mendengar Hoseok berkata sedemikian tetapi dia tetap mahu Hoseok memberikan perhatian padanya. Tetapi ini sudah berlanjutan selama dua hari— lelaki itu jelas sekali langsung tak layan dia.
Malah, jika mereka berselisih di kelab di mana Kiara bekerja pun Hoseok langsung tak menegur dia.
Al maklumlah, Hoseok sendiri ada banyak lagi perempuan yang dia boleh layan selain daripada Kiara.
" kenapa aku tak ada pelanggan lagi ni? " Kiara menyoal dengan tidak puas hati, langsung memotong kata-kata kawannya yang tadi sedang sibuk bercerita. Kawannya itu memandang Kiara.
" Ada sahaja pelanggan, kau yang menolak permintaan mereka. Kau ni dah kenapa? " soal kawannya dengan pelik. Memang Kiara ada banyak pelanggan— setiap masa tetapi dia perasan sejak Kiara pulang daripada Pulau Dements tu dia bertindak lain macam.
Macam dah berubah pun ada.
Kiara menggaru kepalanya yang tak gatal. " Aturkan aku dengan salah seorang. Aku tengah bosan ini. " kata Kiara lagi sambil membelek kukunya. Kawan dia itu hanya menurut. Dia membuka komputernya kemudian mencari pelanggan untuk di aturkan temu janji dengan Kiara.
Sukar, berada dalam bangunan sama dengan Hoseok. Kerja di tempat sama pula tu. Banyak kali lah Kiara akan bertembung dengan Hoseok.
" aku nak ke tandas sekejap. " kata Kiara sebelum pergi daripada situ. Bunyi dentuman kepada beat drop lagu yang dikumandangkan boleh membuatkan gegaran. Tetapi oleh kerana Kiara sudah biasa dengan situasi macam tu, dia anggap benda tu perkara biasa.
Dia masuk ke dalam sebuah bilik air. Bunyi desahan kedengaran dan Kiara menggulingkan anak matanya. Bukan tak biasa, tetapi jijik apabila mengetahui ada juga orang sanggup buat seks di dalam tandas yang kotor ini.
Dia membasuh tangannya. Perfume dikeluarkan daripada poket dressnya kemudian dicalitkan ia pada bahagian leher, pergelangan tangan dan rahangnya.
Apabila puas dengan penampilannya yang sudah tersedia anggun itu, dia mengorak langkah keluar daripada bilik air. Kelihatan koridor di situ sunyi, tanpa sesiapa. Hanya dentuman lagu sahaja kedengaran.
YOU ARE READING
17 July.
Misteri / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...