Ryunji mengekori dibelakang gadis bernama Kang Bongcha yang baru sahaja dia kenali tadi. Tak sampai beberapa minit, mereka sudah pun rapat.
Namun, walaubagaimana pun, Ryunji tak mahu meletakkan kepercayaan dia tinggi pada wanita itu. Hal ini kerana, Memandangkan Kang Bongcha ini merupakan kakitangan setia Celine tak mungkin dia akan menikam belakangnya juga.
Lagipun, apa yang sudah terjadi pada lelaki muda yang selalu berkepit sahaja dengan Bongcha?
Itu menimbulkan lagi sebuah persoalan dalam diri Ryunji tetapi gadis itu hanya mendiamkan diri. Bongcha kini memperlahankan langkahnya lalu dia sampai di sebuah lorong mati. Ryunji memandang sekeliling lorong tersebut dan wajahnya berubah pelik. Apa semua ini?
" ya, aku tahu apa yang kau mahu tanya aku. " Ryunji memandang ke arah Bongcha lalu dia menyengetkan kepalanya. Bongcha mengangguk kepalanya perlahan lalu memberi isyarat untuk gadis itu mengikutinya. Ryunji yang faham akan arahan itu terus sahaja mengekori gadis tersebut tanpa banyak soal.
" this game diberikan nama 'deadly end' bersebab. " Bongcha mengerling ke arah Ryunji dengan pandangan yang meyakinkan. Pada hujung dinding lorong itu kelihatan ada banyak semak-semak daun yang berjuntaian dipermukaannya. Ia hampir menutup sebahagian daripada lorong tersebut. Malah, kedengaran juga bunyi tikus berdecit mengelilingi lorong tersebut.
Bau hapak menusuk ke dalam rongga hidung Ryunji membuatkan dia tak selesa. Dia menggosok hidungnya beberapa kali sebelum memicit hidungnya kuat. Dahinya berkerut. " Kau tak bau sesuatu yang hapak dan meloyakan ke? " soal Ryunji dan Bongcha memandang wajah gadis itu pelik.
" tak langsung. Kenapa? " Bongcha menyoal. Terus, Ryunji melepaskan picitan pada hidungnya dan bau itu menusuk ke dalam rongga hidungnya sekali lagi. " tak– uhuk!— tak ada apa-apa. " Ryunji menggeleng. Bongcha hanya mengerutkan dahinya sebelum melontarkan pandangan dia pada dinding lorong tersebut.
Dia meraba-raba dinding itu dengan penuh fokus. Berharap apa yang dia lihat dalam fail semalam itu adalah perkara yang benar kerana itulah satu-satunya harapan dia untuk menyelesaikan masalah ini dan keluar daripada sini.
Dia tak mahu jadi korban di dalam game yang mengarut ini.
" oh, " Bongcha mula tersenyum lebar apabila dia mula rasakan satu bonjolan seperti button di situ. Diselaknya segala dedaun yang ada disitu dan dia dapat lihat butang tersebut berwarna silver; sama seperti warna dinding tersebut menyebabkan ia susah untuk dilihat.
" Ryun— "
Baru sahaja dia ingin menoleh ke arah gadis yang bernama Ryunji itu, tiba-tiba satu das tembakan dilepaskan daripada gadis tersebut. Ia hampir terkena pada wajah Bongcha. Peluru tersebut menusuk ke dalam dinding yang berada di sebelah Bongcha. Mata Bongcha terbuntang.
" Ryunji? "
Dia melihat gadis itu telah mengeluarkan double gunnya lalu diacukan dengan teliti ke arah Bongcha. Mata gadis itu tajam memandang wajah Bongcha.
" i'm gonna kill you. " Ryunji berkata dengan nada yang keras. Peluh daripada dahinya yang mengalir itu dibiar sahaja mengalir. Wajahnya kosong, tidak menunjukkan sebarang emosi. Bongcha mula mengesan sesuatu yang pelik.
" all of you. " Ryunji sekali lagi berkata sebelum dia tertawa kecil.
❨☠︎❩
Aoi Kireina Hanako dipasangkan dengan pasangan lelaki bernama Byun Baekhyun.
Meskipun lelaki itu kelihatan kebudak-budakkan walaupun dia lebih tua daripada Hanako, namun ianya merupakan pasangan yang bagus kerana kedua-duanya mempunyai sikap ramah yang terlampau melebihi had.
YOU ARE READING
17 July.
Misterio / Suspenso❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...