㌘ 〉19 : allies.

1.3K 244 415
                                    

Mia menyorok di bawah beberapa semak-samun. Dia memegang double gunnya dengan cermat cuma pistol lagi satu itu disimpan di dalam weapon beltnya. Peganggan nya erat pada pistol yang ada ditangan, Memastikan sekelilingnya tiada musuh yang menghendap.

Mia mendapat sebuah beg galas yang penuh dengan senjata. Tetapi tiada langsung bekalan makanan dan minuman, itu merisaukan Mia tetapi dia menolak perasaan itu ke tepi. At least dia ada senjatanya dengan lengkap.

Dengan cermat, dia berlari perlahan ke arah belakang sebatang pokok. Menyorok disitu. Ini memang menyusahkan, sudah hampir 15 minit berlalu dan dia masih tak dapat mengesan sesiapa di sekitarnya. Bosan nya.

Kepenatan, Mia keluar daripada tempat memyoroknya lalu dia berjalan dengan selamba tanpa merisaukan apa-apa ancaman disekitarnya. Dia yakin tak ada sesiapa di sekitarnya. So, why bother?

Tiba-tiba, dia terdengar bunyi derapan kaki. Mia lantas menundukkan dirinya dan menyorok dibelakang sebatang pokok. Terkejut kerana tadi sewaktu dia menghendap, tiada pula yang ingin muncul. Dirinya dapat merasakan derapan langkah seseorang itu mendekatinya. Mia mula mencangkung dan mencuri lihat daripada semak-samun. Matanya ralit melihat siapakah gerangan yang berlari ke arahnya itu. Adakah orang itu telah mengetahui kewujudannya di sini? Matanya ditajamkan dan dia akhirnya dapat melihat siapakah gerangan tersebut.

Lelaki itu, that pervert ass! Well, actually he's not pervert at all. Maybe dia sendiri yang perasan bahawa lelaki itu ingin melakukan perkara yang kotor padanya.

Walaubagaimanapun, dia adalah musuh nya. Terus dia mengacukan pistolnya ke arah lelaki itu. Fokusnya tertancap pada lelaki tersebut. Dia menfokuskan pandangan nya ke arah bahagian kaki Jimin. Sudah tentu lelaki itu akan cedera parah jika dia menembak pada bahagian kakinya kerana ia merupakan anggota utama untuk dirinya supaya membolehkan dirinya bergerak.

Tetapi belum sempat Mia menarik picu pistolnya, Jimin sudah pun dekat. Lelaki itu sempat memandang ke arah Mia sebelum pandangan nya tertumpu pada arah bertentangan dengan gadis itu. Pemukul bola yang diperbuat daripada besi yang dipegangnya erat itu dia hayunkan ia ke arah belakang Mia.

Suprisingly, Mia terkejut apabila mendapati ada seorang lelaki yang ingin menyerangnya. Ternyata ianya salah seorang pemain rahsia dan pukulan kuat Jimin itu membuatkan kepalanya terpusing. Kemudian Jimin menghayunkan lagi besi pemukul bola itu dengan sekuat hatinya daripada bawah ke atas. Kepala lelaki itu tercampak ke atas; darah memercik. Itu cukup membuatkan Mia berasa terancam dan pada masa yang sama, dia kaku. Mia mengundurkan dirinya; jauh daripada Jimin supaya lelaki itu tak mengapa-apa kan dirinya.

Mata Jimin yang dingin dan kebiruan laut itu dilirikkan ke arah Mia. Mata gadis itu membulat apabila mendapati mata Jimin berubah. Ia amat lain daripada pandangan matanya pada waktu pertama dia berjumpa dengan lelaki itu.

Kini, wajah Jimin kelihatan lebih segar daripada semalam. Wajahnya berkilat seolah permukaan patung porselin. Keningnya tak begitu tebal dan juga tak begitu nipis menampakkan bahagian lekukkan keningnya yang terbentuk asli. Bulu matanya juga panjang-panjang belaka. Bibirnya kemerahan dan rambutnya seakan berserabai itu diraupnya ke belakang menyebabkan dahinya terdedah. Pandangan nya mendingin apabila dia melihat pandangan Mia sudah pun tertancap padanya.

" you sure don't even know how this game even works don't you? " Jimin menghulurkan tangan nya ke arah Mia untuk menolong gadis itu bangun tetapi Mia langsung tak mencapainya. Dia bangun sendiri dan peganggan pada pistolnya itu dieratkan. " I knew how it works. " Mia menjeling matanya ke arah lelaki itu.

17 July.  Where stories live. Discover now