㌡ 〉29 : dark cave.

1.1K 223 521
                                    

" Ryunji!! "

Jeritan lantang milik Kiara itu membuatkan Ryunji terperanjat begitu juga yang lain. Mereka semua memandang ke arah rumah tersebut dan selang beberapa saat, kedengaran bunyi das tembakan dilepaskan.

" they're in danger. " Ara mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah itu Ryunji dan yang lain mengekori dibelakangnya. Masing-masing menjaga langkah agar pemangsa itu tidak menyedari kehadiran mereka. Namun sebaik sahaja mereka menghampiri bahagian belakang dalam rumah, mata mereka membulat apabila melihat seekor gorilla sedang cuba menerkam ketiga ahli kumpulan mereka itu. Ia kelihatan sungguh ganas sehinggakan Kiara menangis melihatnya.

" ianya bukan musuh. " Areum berkata dengan wajah gelisah, dia menbawa keluar Machine Gun UVI nya lalu diacukan ke arah gorilla itu.  " mereka langsung tidak beritahu tentang haiwan pemangsa. " katanya sambil memandang ke arah Ara dan Ryunji.

" must be their little surprise then. " Mia menghampiri ke arah mereka lalu membawa keluar pedangnya. " would be fun though. " dia berkata dengan senyuman lalu meluru ke arah Gorilla kemudian menghayunkan pedang yang ada pada tangan nya.

Namun ia hanya memberikan kesan calar sedikit sahaja pada badan haiwan tersebut. Secara tidak langsung, ia menarik perhatian Gorilla itu ke arah mereka. Haiwan itu memandang mereka berempat dengan cerlungan yang tajam sebelum meluru ke arah mereka.

" badan dia seribu kali ganda lebih kuat daripada besi. " Ara memandang haiwan itu dengan tajam. " peluru pistol kita tak akan dapat mencederakan nya. " Ryunji mengetap bibir menakala Areum berlari ke arah Sarang, Kiara dan Hanak; memastikan sama ada mereka tercedera atau tidak.

" mungkin ia kukuh hanya pada badan.. " Ryunji mengukirkan senyuman sinis. Dia mengeluarkan double gun nya lalu ditumpukan pada mata haiwan tersebut.

"...but not at its' eyes. "

BANG!

Dua das peluru dilepaskan dan ia terkena tepat pada sepasang mata haiwan itu. Darah memercik dan haiwan itu mula mengerang dengan membuat bunyi yang sungguh kuat dan membingitkan. Tangan nya menghentak lantai rumah tersebut beberapa kali menyebabkan ia retak.

Berlainan dengan jangkaan Ryunji. Dia ingatkan haiwan itu akan tumbang tetapi nampaknya haiwan itu menjadi lebih liar. Ia mula menghayunkan tangan nya ke sana dan ke mari menyebabkan Mereka semua terpaksa mengelaknya.

Tiba-tiba hayunan tangan nya itu terkena pada badan Mia menyebabkan badannya terhentak pada dinding yang berdekatan. Mia menjerit kesakitan, badan nya bergeliut cuba melawan kesakitan yang di alami olehnya. Ryunji yang melihat itu terus menghampirinya.

Buat seketika, Areum terfikir satu rancangan. Dia pantas mengeluarkan sesuatu daripada beg galasnya lalu mencapai satu jarum suntikan. Hanako yang berada disebelahnya hanya memandang, melihat apa yang gadis itu lakukan. Areum kini mengeluarkan sebuah botol kecil yang berisi cecair merah. Melihat sahaja sudah menakutkan.

" pegang ini Hanako. " Areum berkata dengan serius dan Hanako pantas memegang botol yang dihulur oleh gadis itu. Areum kemudian nya menyuntik cecair daripada dalam botol tersebut kemudian memegang jarum suntikan itu dengan erat.

Sementara Ryunji dan Ara mengalih perhatian haiwan itu dengan menembak pada haiwan itu berterusan, Areum terus melompat ke belakang badan Gorilla itu lalu merangkul leher haiwan tersebut dengan kuat. Itu sekali lagi menyebabkan haiwan tersebut mengerang lebih kuat. Ia mula bergerak dengan begitu pantas dan mengoncangkan badan nya tetapi Areum memegang badan ia dengan begitu erat.

17 July.  Where stories live. Discover now