㌠ 〉49 : guiltу.

847 151 205
                                    

            " kenapa Kiara? "

Kiara merasakan mindanya berputar. Pandangan nya juga tidak stabil. Dia seakan melayang-layang dan dia juga tak boleh mengawal pergerakkan dia dengan bagus. Pandangan dia kabur. Sehun yang berada di sebelahnya memandang dia dengan pandangan yang risau.

" uh, tak— " dia hampir terjatuh lagi dan mujur Sehun mendapatkan dia. Kiara seolah-olah lemah buat seketika. Sehun terus membaringkan gadis itu di atas ribanya. Matanya ralit memerhatikan keadaan Kiara dengan begitu teliti.

" Kiara? " soalnya lagi dan Kiara tidak membalas. Wajahnya nampak pucat. Sehun mula risau apabila Kiara langsung tidak menjawab pertanyaan nya.

Tiba-tiba mata Kiara terbuka dan pandangannya mencerlung tajam ke arah Sehun. Dia menolak Sehun daripadanya dengan kasar dan dia mula keluarkan kapaknya. Pandangan Sehun berubah apabila melihat bertapa belainannya gadis itu selepas dia menyedarkan diri.

" Kiar— " belum sempat dia habiskan kata-katanya, gadis itu menghayunkan kapaknya ke arah dia membuatkan lelaki itu terundur kebelakang. Wajah Sehun seratus peratus berubah apabila melihat tindakan Kiara yang cukup gila itu. Sangkaan nya Kiara boleh berbaik-baik dengan nya tetapi sekarang kelihatan macam ianya mustahil.

Tetapi kenapa sekarang?

Sehun tidak sempat bangun dan gadis itu sudah pun duduk di atas badannya, menahan kepalanya daripada terangkat dengan batang kapak dia. Wajah nya berkerut seribu melihat retina mata gadis itu seakan bukan pandangan biasa Kiara padanya.

Ini bukan Kiara yang sebenar.

Sehun mengangkat kakinya ke atas dengan begitu kasar sehinggakan tubuh Kiara terpelanting ke hadapan. Dengan pantas, dia bangun kemudian duduk melutut di atas lantai itu. Dia bernafas berat, cuba menghadam apa yang baru sahaja terjadi.

Kiara terbaring, tetapi dia terus bangun seakan tidak mempunyai apa-apa kesan pada dirinya. Sekali lagi, pandangan yang sama dilontarkan ke arah Sehun.

" I will kill all of you. " Kiara tergelak perlahan kemudian matanya mencerlung taham ke arah Sehun. Wajah Sehun hanya tenang memandang gadia tersebut. Dia tahu gadis itu bukan dirinya yang sebenar. Tetapi takkan lah dia perlu melawan gadis itu sehingga ke akhir permainan? Melihat segala pukulan yang diterima oleh Kiara tadi, gadis itu seakan masih lagi bertenaga. Seperti tenaga gadis itu langsung tak dijejaskan.

" try me. " Sehun membalas dan Kiara memegang erat kapaknya. Dia menghayun ia ke arah lelaki itu tetapi Sehun dengan pantas menunduk daripada dirinya terkena dengan hayunan tersebut. Sehun pantas meluru ke arah Kiara yang tidak sedar kehadiran nya itu daripada belakang kemudian merampas kapaknya. Dia terus mencekik Kiara menggunakan pemegang kapak tersebut.

" please, come back. " kata Sehun dengan perlahan; berharap agar gadis bernama Kiara itu kembali semula tetapi Kiara membalasnya dengan tusukkan pisau lipat daripada poket kecilnya ke arah lengan Sehun. Sehun berundur kebelakang sambil mengerang kesakitan. Wajahnya berkerut seribu dan darah mula mengalir daripada luka tersebut.

Kiara bernafas berat dan dia mencapai kapaknya semula. Wajahnya mengukirkan senyuman puas sebelum dia perlahan-lahan berdiri; menghadap Sehun dengan wajah peliknya. Kini, dia mendapat peluang untuk membunuh mangsa pertamanya. Melihat bertapa gerun dan kecewanya lelaki itu pada dia membuatkan senyuman Kiara semakin melebar.

" this is really me, Kiara. " jawabnya dan dia mengangkat kapaknya dengan begitu tinggi. Nafas Sehun tersekat-sekat malah peluh yang mengalir pada wajahnya dibiarkan sahaja. Matanya memandang dalam ke arah mata Kiara. Berharap supaya sebuah keajaiban berlaku.

Namun, hayunan kapak tersebut tersekat. Kiara cuba menarik tangannya daripada batang kapak itu tetapi ia seakan ditahan oleh seseorang. Kiara merengus lalu menunduk ke bawah, menyadung kaki orang yang berada di belakangnya.

17 July.  Where stories live. Discover now