Pagi itu, kedengaran bunyi kicauan beberapa ekor burung daripada luar tingkap Mia. Wajah gadis itu kelihatan benar-benar sembap oleh kerana dia tidur lambat semalaman.Kerutan di wajah menjadi penghias wajah pagi itu. Sebaik sahaja dia telah mengikat tali kasut mereka sehabis kemas, dia mula bangkit kemudian keluar daripada biliknya. Keluhan dilepas.
Entah kenapa, dia dapat rasakan harini akan menjadi hari yang paling bersejarah.
Langkahnya ringan menuju ke bilik Sarang dan Hanako. Bertuahnya dia, sebaik sahaja dia sampai di hadapan kamar ke dua gadis itu, mereka telah pun bersiap. Nampaknya pemakaian mereka buat finale ini teramatlah simple.
Cukup dengan segala senjata yang mereka jadikan sebahagian daripada keistimewaan uniform mereka.
Dan pagi itu juga, Hanako tidak kelihatan berseri seperti selalu.
Wajahnya nampak lebih gusar, gelisah dan tidak tenteram.
Barangkali kerana pertarungan terakhir mereka. Jadi tiada sesiapa di antara mereka membuka mulut. Masing-masing hanya membatukan diri dan berjalan ke bilik Kiara, Ryunji dan Ara.
Mia menundukkan wajah. Mereka semua tahu yang pertarungan terakhir ini bermakna hanya ada seorang sahaja daripada mereka yang akan terselamat.
Mungkin ini merupakan hari terakhir dia bernafas di muka bumi.
Pada masa yang sama, langkah Mia hampir terhenti apabila dia melihat kelibat seorang lelaki memunculkan diri daripada sebuah lorong pada sebelah bilik mereka.
Kelihatan Jimin sedang berjalan sambil mengemam lolipopnya. Pandangannya sempat mendarat pada Mia. Mia juga sempat memandangnya tetapi gadis itu terus mengalihkan wajahnya ke arah yang berlainan. Mengendah.
Hanako dan Sarang sambung berjalan, menganggap Jimin seperti tiada di situ. Mereka kebarangakalian mungkin termenung jauh dan tak perasan kehadiran Jimin. Tetapi tidak bagi Mia.
Jimin memandang ke arah Hanako dan Sarang. Kedua gadi itu hanya berjalan sahaja. Matanya kemudian di lirikkan semula pada Mia.
Mia masih berdiri di situ, memandang Jimin. Tetapi apabila lelaki itu memandang ke arahnya, Mia menundukkan wajah.
Tak pasti kenapa dia tak mulakan langkah lagi.
" hey. " Jimin meluru ke arah Mia. Tangannya menyeluk poket hoodienya. Dia meraba sesuatu daripada dalam poketnya itu. Mia hanya mendiamkan diri— memandang apa yang dia cuba lakukan.
Jimin keluarkan sebatang lolipop berperisa Vanila. Wajah Jimin terarah pada gadis itu semula. Daripada pandangan, lelaki itu kelihatan seperti seorang lelaki naif yang cuba berlakon baik.
Mia mencapai lolipop itu. Senyuman Jimin bertambah lebar. Namun daripada senyuman nya, terselit seribu perasaan yang disorokkan.
" goodluck dengan finale nanti. "
Mia hanya ukirkan senyuman segaris. " terima kasih untuk manisan ini. harapnya kau tidak meracuni ia kerana aku sukakan lolipop. " Mia berkata dengan nada perlian. Jimin terdiam.
" aku bukan lelaki sekejam macam tu, Mia. "
" oh ya? " Mia mendekati Jimin. Wajahnya kelihatan tegang. " Buktikan. " katanya lagi dan pandangan Jimin menjadi tajam pada gadis itu.
YOU ARE READING
17 July.
Misterio / Suspenso❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...