㌀ 〉105 : don't stop.

530 106 77
                                    


Jimin tak boleh berhenti melihat Mia.

Apabila melihat gadis itu memakai baju t-shirtnya yang kelihatan besar pada tubuh yang kecil itu dengan hanya memakai seluar pendek di dalamnya. Di mana rambut Mia dibiarkan lepas, mengurai. Dan bila Mia menyanyi kecil sambil tangannya sibuk merebus sosej untuk dimakan sarapan bersama. Apabila Mia menolak beberapa helaian rambutnya ke belakang telinga.

Semua itu, membuatkan Jimin tak henti tersenyum.

Jimin mengalihkan pandangannya ke tempat lain apabila menyedari kelakuannya merenung dan memerhatikan gerak geri Mia itu seperti menyeramkan. Dia takut dia membuatkan Mia tak selesa. Jadi Jimin mengutuskan untuk memandang skrin telefonnya walaupun dia ada curi-curi pandang melihat gerak-geri gadis itu.

Tetiba Mia mengerling padanya, bermain mata. Jimin mengalih kan pandangannya ke tempat lain, cuba untuk mencover wajahnya yang segan apabila ditangkap mencuri pandang.

" Mia "

Mia hanya membalasnya dengan berdehem. Dia sibuk melakukan kerjanya untuk menyiapkan hidangan itu. Melihat kesibukan Mia, Jimin utuskan untuk terus menyoal gadis itu.

" macam mana kau boleh terselamat? Kau dibawa ke hospital ke? "

Soalan Jimin membuatkan Mia terhenti daripada memasak telur mata di atas pan tersebut. Gadis itu termenung seketika sebelum dia mengetap bibirnya. Jimin sudah tanya.

Jimin yang langsung tak syak apa-apa menjungkitkan keningnya. Senyuman mekar di wajah. " Mia? " soalnya dan Mia terus memandangnya dengan senyuman.

Mia tahu saat ini akan tiba.

Api ditutupkan sebelum Mia menyediakan hidangan sarapan bagi dua orang. Dia meletakkan hidangan tersebut di hadapan Jimin dan di tempatnya. Jimin memandang hidangan itu dengan pandangan yang bersinar.

" mhmm.. " Jimin menutup matanya tatkala dia mengunyah makanan tersebut. " sarapan paling enak aku pernah rasa. " balasnya membuatkan Mia tersipu-sipu. Bukan selalu Mia memasak— tetapi dia cuba mencabar dirinya pada hari itu memandangkan Jimin memaksanya untuk melakukannya.

" aku boleh bayangkan bagaimana keadaannya jika kau jadi isteri aku. " Jimin mengukirkan senyuman kecil. Mia hampir sahaja tercekik mendengar kata-kata Jimin itu. Mata Jimin membulat lantas dia mencapai gelas yang berisi air dan hulurkan ia pada Mia. Mia menyisipnya perlahan sambil mengurut dadanya.

" Jimin. " Mia menyebut nama lelaki itu dengan nada yang mendatar; memberikan amaran. Jimin cuba sedaya upaya untuk tidak tertawa jadi dia hanya tersenyum simpul.

Apabila sudah pasti bahawa keadaan dia okay, Mia kembali menyuapkan makanan kedalam mulutnya lagi. Jimin menongkat dagunya sambil kepalanya disengetkan; merenung Mia.

" sorry sayang. "

Mia tercekik lagi. Jimin tertawa perlahan apabila melihat Mia meneguk air disebelahnya dengan rakus.

" Jimin-ssi! " Mia menepuk bahu lelaki itu dengan perasaan yang bengang. Jimin terkekeh-kekeh ketawa.

Melihat Mia malu apabila dia flirt dengan gadis itu membuatkan dia terhibur. Dia tak tahu kenapa, tapi rasanya dia memang suka apabila melihat wajah Mia dibahagian pipi dan telinga kemerahan. Mia akan mengemam bibirnya sambil memandang dia dengan pandangan yang berkerut. Hidung gadis itu juga akan berkerut. Comel, comel sangat.

17 July.  Where stories live. Discover now